Showing posts with label life love. Show all posts
Showing posts with label life love. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

My life starts as........ runner

Sebab exam pun dah habis... Ana mula bergiat balik dalam marathon 10km... Sebab dah setahun lebih tak berlari so badan Ana dah mula malas...lebih-lebih kaki... mental dan pernafasan.... Problem Ana bila marathon ni... tak tahu lah maybe ada kena mengena dengan ketinggian vs berat badan di mana BMI Ana underwight... Berat Ana 36kg dari dulu sampai sekarang... Tak pernah cecah 40kg...Orang kata badan ringan ni bagus sebab kalau tiup angin melayang... pastu ringan ini bersamaan dengan laju????

Kalau ada sportman kat sini, leh la tolong bagi advice kat Ana macamana
1. Menjaga pernafasan semasa berlari supaya tak semput
2. Sakit kat pinggang masa berlari
3. Nak kuatkan stamina & endurance bila berlari jauh ni
4. Nak kuatkan mental sebab masa berlari selalu clash antara otak & hati... Otak kata kaki dah penat tapi hati kata kena habiskan... So otak kata kat hati...sila berjalan slow-slow ambil nafas.. bla bla... & tahulah bila dah sedap berjalan memang berat nak berlari
5. Sakit tapak kaki.. rasa panas jer... sebab tapak kasut atau sebab cara kita berlari yer...

Ana terima semua nasihat termasuklah pemakanan, baju apa yang sesuai untuk dipakai bagi perempuan yer.. kecuali suruh Ana ambil dadah.... Say NO to the drugs okieh... Semangat kesukanan.. Maju sukan tanpa dadah... Even Ana main paintball dengan geng-geng yang lain walaupun kadang-kadang rasa macam nak bagi penyepak kat diaorang tapi diaorang tetap bersih daripada najis DADAH... bukan sebarang NAJIS, dadah ni... sekali dah kena memang susah nak cuci lah... Kemenangan di sebabkan oleh dadah bukanlah kemenangan sebenar sebab yang menang itu adalah dadah bukan usaha kita....

Ana ada sebulan lebih sebelum pertandingan Sime Darby Group Game.... Harap semua berjalan lancar


Friday, 19 October 2012

Life @ October

Life as Sime Darbian ini penuh suka duka.... Demam-demam pun kena datang office..Bukannya bos tak tahu..time demam ini productivity, brain performance sangat rendah sampai tahap tengok nombor pun salah..huhuhu... Dalam keadaan kesakitan tu masih ada kegembiraan bila kita tahu ada orang menyayangi kita dan menjaga kita... 

Hari Khamis (18 Okt 2012)... hari penuh dengan tanda tanya dan senyum-senyum kambing gitu~ Duduk di barisan hadapan bersama Nurul & Yvonne... Tumpuan 100%... Kalau duduk belakang mesti tak boleh bagi tumpuan macam tu sebab..

1. Tak nampak slide an tulisan yang dengan tulisan yang kecil dan silau
2. Tak dengar apa facilitator tu membebel kat depan (mic problem)
3. Yang paling penting ada anak Uncle RJNSRD

Pada hari Khamis tu, Ana kena pergi Sime Darby Industrial kat Puchong.. Ana tumpang Nurul.. So pukul 7.40 pagi macam tu Nurul sampai ambil Ana dekat Apartment... Sebab ada kereta rosak kat airport, jadi dia lambat sikit.. lepas tu kena ambil Jacky Wisma Sime Darby kat USJ... Alamak..nak menempuh kesesakan lalu lintas kat Summit tu...cuma Tuhan sahaja yang mengetahui...kenapa tak buat flyover jer siapa yang nak pergi straight kan...Lepas ambil Jacky, sesak dekat tol Puchong pulak... Kalau hari-hari macam ini, gaji RM5,000 pun lum tentu cukup... Mesti habis kat kereta jer... So Ana, Nurul & Jacky masuk lambat... so kami ikut pintu belakang dan malang nya tempat dah boleh dikatakan dah penuh... Dalam mencari tempat duduk, sebelah anak uncle tu ada kosong satu kerusi... Ana rasa Ana boleh mati sakit jantung kot kalau duduk sebelah dia... Sebelah hati kata gamble jer duduk sebelah dia ..untung apa... sebelah hati lagi kata jangan... nanti tak leh concentrate...huhuhuhu... Akhirnya Ana & Nurul duduk di barisan hadapan sekali bersama staff dari Industrial... 

Belum pun panas kerusi, kitaorang dah dikejutkan dengan bunyi loceng latihan kebakaran... Peluh pun tak kering lagi...huhuhuhu...Nasi baik Industrial ini bangunan dia tak tinggi.. kalau buat kat Property, mau hilang 1kg turun tangga dari tingkat 7 tu.... Lepas ambil kedatangan semua, kitaorang naik balik bilik training... dan nasib baik Ana tak terlepas waktu minum pagi... Dan di kala itu lah dengan harapan dapat mulakan sesi berkenalan tapi tak tercapai padahal dah depan mata...Abang Kheiruddin langsung tak membantu... cis... To be honest, Ana puas fikir apa yang harus Ana bualkan... dalam otak Ana fungsi "searching topic" tu ambil masa lama... Pandang sahaja lah dia makan..huhuhuhu...Dia pun macam takde topic nak bualkan... Mungkin anak Uncle tu pemalu orangnya... (Bukan mungkin..memang dia seorang pemalu sampai berjangkit kat Ana)... takpe..kita perhati dia lagi..baju biru kotak kotak kecil, seluar hitam garisan tegak.. bak kata persaing Ana dia tu bab bergaya mungkin boleh la tapi lucky dia hensem...tu belum tengok body ke bank statement ke... tapi yang pasti ramai jugak peminat anak Uncle ini rupanya... Macamana Nalina tu boleh tak nampak kehenseman dia??? Dia kata kalau hensem mesti dah alert awal-awal... Maybe bukan taste orang finance kat Property (kecuali Ana lah) kot tapi taste orang finance kat Group... Saingan sengit sebab orang group finance terrer... So Ana mesti majukan diri lagi... Dear anak Uncle, doakanlah Ana selalu yer~ chewahhh 

Ding selalu kata Ana ini selalu berangan nak jadi puteri.. macam cerita fairy tale... Yeah..life ni bukan macam kisah cerita dongeng but it is not impossible kan kalau satu hari nanti Ana leh jadi macam Cinderella happy ever after dengan prince Ana... Tak perlu tittle 'putera raja' dan menunggang kuda putih untuk jadi Prince Charming kerana Prince Charming yang Ana cari adalah orang yang boleh menjaga Ana sehingga akhir hayat, seseorang yang boleh jadi pendengar masalah, bantu Ana dalam mempertingkatkan agama Ana dan seorang yang memahami kesedihan, kesukaran dan kegembiraan Ana...

Sekarang ini Ana rindu pada Cik Lat yang dah tinggalkan Ana sekeluarga... Dia memang kucing yang manja... Saat Ana berasa sedih, Ana nak sangat peluk kucing dan layan kereneh kucing... sebab Apartment sewa tu Ana kongsi dengan orang yang takut kucing so Ana kena hormatkan diaorang... So bila sedih, Ana peluk teddy bear bila nak tidur sebagai pengganti kucing... Kalaulah Junior ada waktu ini, mesti dia akan ada kat sebelah Ana, rasa suhu badan Ana dengan paw dia... Junior tu kalau Ana demam dia tak ganggu tidur, duduk tepi jer...tapi kalau Ana sihat... memang tak selesa tido dibuatnya..dan sekarang Junior pun dah tak balik...Rindu sangat..huhuhuhuhuhu~



Saturday, 29 September 2012

My Life At.... 26 years old

Dah 26 tahun Ana hidup kat dunia ni... 26 tahun, 6 bulan 12 hari ... Banyak benda  yang dah lalui daripada putus cinta, bercinta lagi, masuk universiti, job hunt, jumpa orang, berpisah dengan orang, jumpa kucing, kucing mati, kucing hilang, kucing sakit, Ana pengsan kat lowyat, dapat gaji pertama, dapat bonus pertama, dapat kereta, belajar isi borang buat loan, dapat biasiswa, buat Master, kereta kena curi... 

Benda yang belum buat ialah dalam umur 26 tahun ini ialah

berkahwin (expected date - ??????)

ada rumah sendiri (in progress - impian jadi kenyataan dalam 3 tahun lagi)

pergi haji & umrah (plan dengan Mak lagi 2 tahun)
 

kereta Ford Fiesta/ Ford Focus yang baru tu / BMW (expected date - ????)

Banyak benda yang dah dilalui dan ada banyak benda yang akan kita lalui... dan sebanyak mana yang kita tempuhi memberi pengajaran untuk persediaan kita pada masa akan datang. Baik buruk yang kita lalui semuanya ada hikmah... Apa yang kita miliki sekarang ini dan apa yang kita dapat bukan milik kita seorang kerana apa yang kita dapat pada hari ini memang ada bahagian orang lain di dalamnya. Contohnya gaji... Memang kita berusaha kerja keras untuk dapatkan duit dan bila kita dapat duit itu kita share dengan orang lain dan dia gembira... Bukankah itu satu ganjaran juga melihat orang lain senyum dan gembira... Lupakan persoalan bagaimana kelak bila kita susah dan tiada siapa yang akan bantu kita kerana pada saat dan ketika itu, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah itu sentiasa ada.... :-D

Monday, 17 September 2012

My Life Starts as.... Orang Nogori Sombilan

Tetiba nak buat entry ni sebab baru dapat news dari my sis in law yang hubby kesayangan dia a.k.a Abang... baru dilantik sebagai Datuk Malim Panglima dalam adat pepatih yang terkenal di Negeri Sembilan.

Ramai orang takut dengan orang perempuan yang berasal daripada Negeri Sembilan sebabnya... takut sangat harta dia kena bagi isteri yang berasal daripada Negeri Sembilan itu... Takut sangat isteri tu bolot semua harta suami dia... Tapi sebenarnya siapa nak bolot harta siapakan... ramai orang keliru dengan Adat Pepatih ni...

Macam dalam buku Sejarah, adat Pepatih ni berasal dari Minangkabau Sumatera... di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh Raja Melewar... adat Pepatih ni totally berlainan dengan adat Temenggung... Adat Pepatih ini merangkumi perlantikan pemimpin, harta, nikah kahwin, hukuman yang langgar adat... Contohnya pemilihan pemimpin eg. Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan... Pemilihan Yang di Pertuan Besar bukan ikut keturanan..contohnya dari bapa jatuh ke anak lelaki tetapi melalui mesyuarat dan kesepakatan Undang Luak berempat yang terdiri daripada Undang Luak Sungai Ujung atau lebih dikenali dengan Seremban, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol & Undang Luak Jelebu... So siapa pula yang pilih Undang Luak ni pulak???

OK.. dalam Adat Pepatih ini ada 3 kumpulan... Kumpulan yang paling asas dipanggil Perut, pastu yang besar sikit di panggil Suku pastu Luak. Perut ini berasal daripada moyang (keturunan perempuan - sebab Adat Pepatih ni ikut nasab Ibu) yang sama. So setiap Perut diketuai oleh seorang Buapak yang dipilih oleh anak-anak buah Perut tu.... Suku pulak dibentuk dengan beberapa Perut... Kira macam ini lah Perut A1 + Perut A2 = Suku A dan suku diketuai oleh orang yang bergelar Dato' Lembaga... Luak pulak ialah kawasan pentadbiran adat... Yang Utama adalah yang empat itu lah... Sungai Ujong, Rembau, Johol & Jelebu yang diketuai oleh Undang... tapi ada satu Luak dipanggil Luak Tanah Mengandung... Luak Tanah Mengandung ini terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Inas, Ulu Muar, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol. So kalau nak tittle Yang di Pertuan Besar tu sangat... rasuah la semua orang di Negeri Sembilan.... Ada 12 suku semuanya kat Negeri Sembilan...

(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka

Orang kata Adat Pepatih ni sangat sinonim dengan perempuan = harta... Well adat Pepatih ni memang lebih pentingkan perempuan sebab perempuan mengandung dan lahirkan zuriat dan kesinambungan keturunan... sebab tu dalam Adat Pepatih, harta pusaka diberikan pada perempuan sebab harta pusaka itu memang harta pusaka belah pihak perempuan tapi pelik lak bila si suami yang sibuk-sibuk nak tuntut kononnya itu harta sepencarian.... Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat Pepatih ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita adat Perpatih. Reasonnya ialah walaupun miskin macam mana pun wanita itu tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Tetapi, kalau itu adalah harta sepencarian makan pembahagiannya ikut Islam iaitu ikut Faraid... Tujuan harta pusaka termasuk tanah & rumah induk diwarisi oleh perempuan sebab bukan sahaja  perempuan mengandung dan melahirkan anak sekaligus membawa darah keturunan... tapi ia juga bertujuan agar kaum wanita ini terabai jika diceraikan suami... Sebab itu harta pusaka tidak boleh dijual sebenarnya... 

Secara logiknya dalam sebuah kampung biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagikan dari awal keturunan hingga sekarang... Sebab tu kita selalu dengar daerah Rembau, Jelebu & Kuala Pilah ni antara pengikut kuat adat Pepatih... So kesimpulannya ada 5 prinsip utama dalam adat Pepatih ini

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.





Monday, 27 August 2012

Hana Berhari Raya

Selamat Hari Raya semua (raya sebulan). 
Maaf Zahir & Batin...

Raya tahun ini diserikan dengan baju baru 2 pasang jer... 1 pasang baju kurung biasa colour kuning dan satu pasang lagi ialah jubah raya colour kuning gak tapi yang ini pemberian daripada En.Faiz... nak kasi sama dengan Mak...  Alkisahnya bulan pose tu pergilah beli makan berbuka dengan housemate Ana, Zaihan... Dia call kata ada barang tertinggal... Ana fikir Ana dah bawa semua keluar barang Ana dalam kereta dia & kalau ada barang tertinggal pun hari Khamis masa dia nak hantar Ana naik komuter pun leh bagi... So, conclusion nya dia nak buat surprise... cuma tak tahu apa suprise dia sangat sampai beriya-iya macam tu rupanya nak bagi jubah raya sama macam Ana beli untuk Mak Ana, tudung raya sama macam Ana beli untuk Kak Yus dan beg tangan yang besar...

Hari raya tahun ini diserikan lagi dengan potongan rambut... Kak Yus belanjer... Murah jer RM28.00 termasuk cuci rambut... Pandai orang tu potong rambut.. I Like.... bukan setakat potongan rambut jer yang Ana tunjuk kat Mak Ana, Ana belikan portable vacuum untuk Mak dan Boboi belikan almari showcase untuk Mak... Pastilah kami nak Mak happy di hari Raya ini.... vacuum tu Ana tengok dengan Faiz kat Harvey Norman...RM600 tapi Ana beli kat Seremban & ada sales raya so Ana dapat RM399... almari showcase dari IKEA pulak RM179... berat jugak nak angkat almari tu~

Pagi Raya yang cerah tu, Ana, Boboy bersalaman dengan Mak & Ayah... Abang & Kak Yus balik raya di Johor tahun ini... Along & Kak Suzi datang lambat sikit... Lepas tu kitaorang satu family pergi beraya rumah Ibu, tengok nenek kat rumah Ibu.... Pak Tam, Mak Dah pun ada sama... Kemudian raya rumah Abong a.k.a Pak Ndak... banyak kucing kat rumah Abong... & Abong pandai train kucing...Kagum sungguh~ Lepas Asar baru kitaorang bertolak ke Melaka...

Perjalanan dirasakan sungguh jauh ke Merlimau sebab Ayah bawa kereta 80-90 km/j... Kalau time pose ni, memang dah berbuka dalam kereta dah.... Kat Merlimau aktiviti kitaorang makan sup gearbox, lemang, ketupat, otak-otak, minum air long chan (orang kata air oren/soda/anggur/etc bodoh)... Budak kecik pun minum air ini...hmmmm..... dan Ana, Boboi & Mak balik ke seremban keesokkan harinya...

Hari Rabu, kitaorang adakan doa selamat dan tahlil... diketuai oleh Abong... Sedara mara yang datang family Mak Long, Mak Ngah, Pak Tam, family Abong, nenek, family Paksu, family Along, family Abang yang baru balik dari Johor... Menu yang paling hot ialah ayam panggang Giant... ada bihun goreng, mee kari, air long chan dari Melaka, lemang.... Lepas kenduri Ana, Boboi & Kak Yus pergi Tesco beli buah & tambah la apa-apa yang patut (chocolate) untuk hantaran tunang Boboy... Keje last minute bab-bab hantaran ini dah sebati dah dari zaman Along kahwin... Mastermind-->Ana... Last minute pun...hantaran semua ok jer kitaorang buat... Tugas Ana untuk hantaran chocolate & buah... Buah tu ok la nak susun2 tapi chocolate tu pening gak la sebab barang terlalu banyak...

Dan keesokkan harinya (Khamis) kitaorang bertolak ke Alor Setar....Perjalanan yang jauh tu Ana tah berapa kali tertido dalam kereta... Abang memang tahan lasak bab jalan jauh nie... Ana kalau dapat pegang stereng.. OK jer jalan jauh-jauh... Kalau jadi passenger tu yang mengantuk tu sebab bosan.... Tak ingat berapa jam perjalanan sebab ada berhenti dekat R&R...Sampai jer kat Homestay...terus cari bantal... hahaha...

Esoknya (Jumaat) bermula la edisi rombongan pertunangan En.Boboy kepada Cik Gegirl (Hamizah Hassan)... Tetiba rasa best nyer bertunang... hahahaha.... Sab baik dekat jer Seremban ngan KL tu...hehehe... Buat Cik Miza... Selamat jadi tunangan orang... tempoh dalam 1 tahun... hantaran RM8k & mas Kahwin RM2k.... banyak duit Boboy yer... Selapas majlis, Abong & the gang, Mak Dah & hubby dia balik dulu... So tinggal Ana, Boboy, Mak, Ayah, Abang Jai & family Abang... Rancangan yang dinantikan ialah rombongan Makcik Kiah ke Langkawi...hehehehe....

Hari Sabtu semua pergi Langkawi... Naik ferri pukul 7 pagi. Perjalanan 1 jam 30 minit... kalau boleh nak sambung tido jer tapi budak-budak kecil ni jakun naik ferri tu yang berjaga takut ada yang jatuh tangga atau laut... Sampai jer Langkawi, Ana & Boboy pergi beli tiket balik...pukul 7 malam & balik hari... dan sewa kereta/van... Nissan Serena...Driver--> Abang.... Mula-mula kitaorang pergi melawat sedara (sepupu Mak) kat Langkawi... Tak tahu pun ada sedara kat Langkawi, pastu pergi Underwater, Padang Maksirat, Pekan Kuah & Jeti... Rasa terkilan tak dapat naik Cable Car & pergi Pulau Dayang Bunting... Masa pergi Padang Maksirat yang terkenal dengan peristiwa beras terbakar, kitaorang shopping sakan beli batik sampai tak ingat dunia... Ana lak bargin harga sampai Boboy & Kak Yus pun pening dengan loghrat bahasa Ana... Kejap negeri, kejap kelantan kejap kedah...hahahaha.... Lepas tu kitaorang pergi Pekan Kuah... Haji Ismail Group sasaran kitaorang... chocolate, periuk, fuh...rambang mata.... tak fikir time naik ferri balik nanti macamana... Masa nak keluar dari Langkawi, barang yang kitaorang kena beli tu kena tax sebab kitaorang tak stay 3 hari... cuma Ana & Abang jer kuar resit...  Orang Kastam tu kira 30% dari total resit kitaorang kena tax lepas tu tolak lagi 50% daripada 30% tu... Meaning 30% tu kitaorang kena bayar RM148 pastu dia tolak separuh so jadi RM74 lepas tu dia kena ketuk dengan belon spongebob Hazim...dia kata kitaorang kena bayar RM50 jer... sewa troli RM1 & bila nak keluar masuk ferri kitaorang kena bayar lagi RM4 sebab barang banyak...

Perjalanan pulang dari Langkawi yang memenatkan, Ana rasa kepala Ana sakit sangat, sejuk (aircond dia sejuk betul macam baru lepas servis aircond) tapi pening tu hilang bila layan kerenah Daniel Hakim dengan Boboy main O-Som... Semua jenis benda keluar... Bukan setakat burung batu air atau gunting kertas batu..pistol, matahari, ultraman, verygood, pisau semua keluar dan argument dia kadang-kadang memang masuk akal.... Sampai kat Kuala Kedah, Ana terlupa yang kitaorang dah berada di Tanah Besar tapi kat tempat parking Ana tercari-cari kereta Serena...hahaha...mood Langkawi tak hilang.... Next time bila kita pergi Langkawi lagi, kita pergi Pulau Dayang Bunting dan naik cable car~ Nanti buat entry my engengagement day lak... hehehehe...To Miza, welcome to the club


Saturday, 4 August 2012

Hana & her choice

Bila sebut pilihan atau memilih sesuatu untuk diri kita, sememangnya kita berhak untuk memilih cuma ada beberapa perkara yang kita tidak boleh memilih seperti memilih siapakah ibu bapa kita semasa kita dilahirkan, memilih waktu kematian... Ada benda kita boleh pilih seperti memilih untuk berjaya atau gagal, memilih untuk katakan Tidak atau Ya... memilih siapakah rakan dan musuh... dan banyak lagi hak kita untuk memilih... Tidak kisah lah apa jua pilihan kita nanti tapi yang penting apakah akibat atas pilihan kita itu? Ada benda kita boleh memilih untuk pasrah dan menerima sahaja apa yang terjadi seperti kelahiran dan kematian... Ada benda kita perlu bangun dan bertegas dengan pilihan kita dan ada benda kita rasa ragu-ragu untuk memilih sebabnya kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri... Kalaulah kita tahu segala-galanya yang terbaik untuk kehidupan kita~

Sepanjang Ana buat pilihan, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... Ana memilih tempat Ana menuntut ilmu tanpa sebarang masalah... Ana memilih rakan-rakan yang terbaik untuk masa susah dan senang Ana dan yang penting mereka memahami diri Ana... dan Ana memilih untuk memasuki program Sime Darby MAP untuk carrier Ana... Pastilah selepas ini piihan Ana ialah perkahwinan.... Jodoh? Siapa tentukan jodoh? Memanglah kita boleh memilih siapa calon suami/isteri kita tapi boleh ke kita pastikan itu adalah terbaik dan yang paling sesuai... Misteri~.... Kadang-kadang apa yang kita rasa terbaik itu sebenarnya bukan yang terbaik... dan kadang-kadang jika dia bukan yang terbaik di mata kita sekarang sebenarnya dia peneman kita di dunia dan di akhirat .. dan kadang-kadang perkahwinan itu sebenarnya satu pilihan.. Memilih untuk berkahwin atau hidup sebagai single... Kalau anda seorang lelaki siapa kisah tapi jika anda seorang perempuan semua orang kisah... dan Ana, Ana tak kisah apa orang kata jika Ana tidak berkahwin sebab Ana memilih untuk menghargai diri Ana jika orang di luar sana hanya memandang diri Ana sebagai satu objek... untuk ini Ana berhak mengatakan Tidak pada perkahwinan... dan jika sebaliknya, dalam sekumpulan manusia itu ada seorang yang akan menghargai diri Ana, menghormati keluarga Ana, Ana akan katakan Ya untuk perkahwinan sebab alam perkahwinan bukan sesuatu yang alam yang pendek macam belajar kat universiti, 3-4 tahun lepas tu boleh keluar dan perkahwinan bukan perkara yang boleh diambil mudah.... yang boleh diakhiri dengan penceraian.... kerana setiap orang pun megharapkan bersama pasangan hingga ke nafas terakhir...

Dan kini pilihan Ana untuk teruskan kehidupan Ana...pilihan Ana untuk habiskan Master, pilihan Ana untuk katakan Tidak pada perkara yang Ana tidak suka dan pilihan Ana untuk katakan Ya pada kemajuan dan kejayaan....dan juga pilihan Ana untuk hidup gembira sehingga Ana tidak boleh membuat pilihan lagi~


Sunday, 17 June 2012

Life Life Life

Setiap kehidupan yang dilalui mesti ada suka dan duka, geram dan cool, tawa dan sedih.... Sepanjang tak berblog ini Ana lalui semua ini.... but I'm glad ada dalam Ana hadapi semua masih ada orang di sisi Ana dan kalau tak di sisi Ana pun ada orang yang sentiasa doakan Ana di sini selamat dan gembira....

Sekarang ini Ana kena hadapi year end nak tutup akaun untuk tahun 2012... come on semangat... datang cepat... keghairahan dan kegilaan di office itu... Sejak dua menjak ini agak moody sikit dalam office... tak lah moody sangat... cuma sedang mencari kekuataan dan rasa seperti Ana dulu dah takde... sebab kereta kena curi kot... Patutlah orang kata tak boleh idup tanpa kereta sebab kereta itu dah sebati dalam hidup Ana...

Master Ana pula... sekarang ini dah start short semester... next semester Ana dah kena buat dissertation... I'm glad ada Zaza dan Anuar... dan kelas sekarang ini Ana berkenalan dengan satu guy kerja kat Amanah Raya.... Kecik-kecik jer orang nyer sampai Zaza cakap "Ana mana abang ko?" pastu Ana tanya "sejak bila Ana declare dia tu abang Ana?" & Zaza cakap sebab dia kecik macam Ana... Ceh... sekali Ana cakap "Awak pun bukan besar sangat" hahahaha.... Hopefully dia ni tak bagi masalah macam satu perempuan ini... eeee...geram betul.... Berani dia cabar kesabaran Ana... Bak kata Zaza... memang nak kena curse sepanjang hidup dia.... Bab gaduh-gaduh ini jangan underestimate orang kecik sebab memang kaw kaw dia lawan... Alamak..mamat Amanah Raya tu pun kecik gak orang nyer... Kalau gaduh dengan dia konfom bertemu buku dengan ruas...

Ana tahu buat orang sakit hati sebenarnya kita pun menyakitkan hati kita sendiri... Ana rasa penat sangat nak marah-marah.. rasa macam pendek umur... Tapi akan ada dalam seribu orang yang menyukai kita akan ada seorang yang akan membenci kita... Bila perasaan dendam dan dengki menyaluti hati dan fikiran, orang akan buat macam-macam terhadap kita... Doa pada yang lebih berkuasa adalah jalannya... Bukan semua benda boleh diselesaikan dengan berbincang atau bertumbuk... Pada mereka, melihat ketakutan kita itulah piala kemenangan bagi mereka. Nak jadikan story sepanjang hampir satu tahun Ana duduk di Ara Damansara, malah sepanjang Ana hidup, itulah kali pertama Ana diganggu oleh 'makhluk halus'. 

Kisahnya begini.....
Ana ada exam specialize industry pada hari Sabtu pukul 9 pagi kat UiTM. Sebab penat, Ana tertidur kat ruang tamu dan pukul 3 pagi Ana terjaga sebab kaki Ana tersepak air... Lepas bersihkan lantai, Ana sambung study sampailah pukul 4 pagi dan kemudian Ana sambung balik tidur... Tak lama kemudian, Ana terjaga dari tidur Ana sebab Ana rasa ada benda yang kejutkan Ana dengan menekan tilam Ana... Waktu itu Ana tidur mengiring ke kanan mengadap tingkap di bilik Ana. Ana ingatkan housemate Ana nak kejutkan Ana sebab Ana ada exam pagi itu tapi bila Ana selak langsir, keadaan langit kat luar masih lagi gelap. Kemudian Ana dengar bunyi seperti ular berdesir... Ana dah cuak sebab dan fikir macamana ular boleh masuk rumah dan naik atas katil. Apa pun Ana mengucap dulu... Bunyi ular berdesir itu masih lagi kedengaran dan Ana baca ayat 3 Qul & ayat Kursi. Badan Ana memang dah kaku la... Tak tahulah apa nasib Ana nanti kemudian Ana cakap Aku bukan tuan engkau dan aku tiada masalah dengan engkau, pergilah dari sini...pastu bunyi itu hilang.... Ana tunggu sekejap then Ana cari handphone call Faiz.... then call my mum... Selama Ana hidup 26 tahun, ini kali pertama Ana rasa ancaman. Mungkin Ana ada dosa dengan orang dan sakitkan hati orang tapi tak perlu lah nak hantar benda halus ini kerana ia bertentang dengan agama kita... Apa pun Ana cuma berlindung di bawah kuasa Yang Maha Esa...  Tiada perlindungan yang terbaik selain daripada Dia... Ya Allah, lindungilah hamba-Mu dan berilah kekuatan padaku untuk menghadapi segala ancaman dan hasutan daripada syaitan yang direjam... Kalau orang kata Ana berani, meraka patut dengar kisah nenek Ana yang umur dah 70 lebih itu melawan ular sawa yang lebih besar daripada dia... dan Allah memanjangkan umur Nenek daripada berkubur dalam perut ular sawa itu.... Jangan kata kami bela saka sebab kami orang Negeri Sembilan sebab kalau kami ada saka, tak lah susah bagi Ana untuk kenakan orang yang kenakan kami tapi berkat kesabaran itu akan dibalas oleh Allah dengan sesuatu yang lebih baik... contohnya umur kita akan jadi lebih panjang sebab tak marah-marah....

Sunday, 13 May 2012

My life starts as.... Sime Darbian

Dah tak tahu part berapa dah tajuk ni....
Bulan May ini... Ana rasa diri Ana macam xde mood, motivation & very2 slow.... Mungkin sebab dah lama tak ambil cuti dan body Ana rasa penat sgt... Yelah, dengan account la, budget la pastu nak mengadap bulan Jun sebab Financial Year End kitaorang bulan Jun... huhuhuhu... ditambah lagi dengan beban study, assignments, group presentations, exams sampai rasa tak dapat nak cover semua... orang kata time management... susah tau nak manage time ini... Sebab kerja Ana selalunya tiada masa nak study apatah lagi kalau dapat masa study pun malam-malam sebab balik awal, masa itu Ana tak dapat guna untuk study, sebaliknya siapkan assignment... Tulis blog ini pun sebab dah penat baca artikel... Sejak dua menjak ni Ana selalu balik awal... well pukul 7 pm 8 pm tu pada kitaorang consider awal la yer... I dont know whether I'm wrong or not... Ana ada 2 life... student & worker... Time kerja memang takde masa lah nak study semua, so masa Ana study, kerja tak boleh kacau la kan... CGPA vs KPI... What happen if they dont accept it??? Kena siapkan kerja dulu... then my study jadi tunggang langgang la kan sebab tak balance... Honestly Ana tak tahu betul atau tidak tapi sekarang Ana rasa my study sama penting dengan kerja sebab dah nak habis dan dah nak final exam and next semester tinggal buat dissertation... Kalau buat study case, kena tambah satu kelas...hmmmm.... Ini baru life student + kerja... Kalau dah kahwin macamana pula yer???? Ada anak lagi??? Serius Ana tak tahu macamana orang kat luar sana boleh buat dan mungkin Ana belum cukup terdaya untuk lakukannya... Kerja + Study + Husband & Anak....  Mungkin boleh jika dapat husband & bos yang memahami... Kadang-kadang Ana fikir kenapa Ana pergi buat Master ini... bukan sekadar nak bagi alasan jika menganggur tak dapat kerja nanti.... tapi Ana ambil adalah untuk keselamatan dan masa depan Ana... Ana tak ambil company scholar sebab entah bos Ana sokong ker tak... Pakai duit sendiri, ikat perut, tahan diri dari shopping beli baju, kasut, handbag, make-up semata-mata untuk masa depan Ana... Ana harap Ana dapat habiskan semua ini secepat mungkin dan kepala Ana tak serabut memikirkan hal ini bila bos Ana bising sebab tak bagi commitment dekat kerja sebab study walaupun kadang-kadang rasa nak melawan jugak tapi biarlah.... Ana tak kan sia-siakan setiap buah catur Ana dalam strategy Ana.... Bersabarlah Ana....

Saturday, 21 April 2012

My life starts as ... Hana in April part 2

Sekejap jer bulan April dah nak habis... pastu masuk bulan Mei, Jun, Julai dan seterusnya...... Any special event pada masa akan datang???? Kita tunggu dan lihat... hehehehe... Hari ini hari jadi Mr Polar Bear... Happy Birthday.... & kebetulan esok adalah birthday Mak yang ke 58... Meriah sungguh sekolah Mak buat majlis persaraan Mak.... Lama betul Mak berkhidmat kat Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah... Sejak Ana belum lahir... meaning dah lebih 26 tahun la kan.... Student sekolah Mak siap hias kereta Mak macam kereta orang nak kahwin.... dulu Ana bercita-cita nak jadi cikgu sebab ramai cakap Ana ada bakat mengajar.. Mak pun suruh Ana jadi cikgu... Ye lah menyambung tradisi keluarga... Bestnyer jadi cikgu, every year dapat hadiah dari student (hari guru), pastu satu-satunyer pekerjaan kat Malaysia yang boleh cuti sebulan lebih (cuti sekolah), kalau kena pergi kursus, dok kat hotel.... fuhhhhh..... best ooo... So apsal Ana taknak jadi cikgu??? Sebab Ana tamak...hehehehe... Ana dapat tahu kalau Ana belajar Accounting pastu Hons pastu ada MIA, tangga gaji Ana jauh lebih tinggi daripada orang yang ajar Math, Sains mahupun Bahasa Inggeris... So Ana tak tahulah sekarang ini boleh pakai lagi ker tak....

Satu assignment dah hantar dan satu test dah lepas (failed jawab soklan... rasa macam curi kertas jawapan Ana balik jer...huhuhuhu)... So sekarang tumpukan perhatian pada
Individual assignment financial statement analysis----------------------1%
Test financial statement analysis ---------------------------------------0%
Group assignment financial statement analysis-------------------------1%
Group assignment specialize industry----------------------------------70%

Hari ini hari Ahad dan kelas takde sebab lecturer pergi kursus kat PD... So hari ini Ana nak kemas bilik dan buat mula study dengan hati tenang........

Friday, 16 March 2012

My life starts as ... Hana in March

Macam-macam hal berlaku sejak 2 menjak ni.... Pening kepala dibuatnya... Bermula dengan notification land slide kat Fraser Hills yang buatkan Ana terpaksa batalkan rancangan bercuti, pastu bermulanya kelas Master Forensic Accounting dengan perkhabaran yang tak pernah duga - orang yang Ana tak percaya boleh failed paper, masuk kelas Master Accounting & jumpa kawan baru keje kat LHDN (nenti nak anta resume kat dia pas dapat MIA). Bulan ini walaupun banyak benda yang tak best berlaku, ada juga benda yang best buat Ana senyum sorang-sorang... Pergi Putrajaya tengok Taman Warisan, Taman Botani, Taman Putra, Masjid Besi @ Masjid Tuanku Sultan Mizan. End up pening kepala.... Kemudian pergi tengok fiesta air balloon kat Putrajaya tu... Giler driver bawak laju2 semata-mata nak dapatkan tiket naik air balloon tu tapi dah habis dah kol 7.30 pagi tu sebab orang dah start beratur dari kol 5 pagi...huhuhu....Nasib baik tak beratur untuk sessi petang sebab petang hujan lebat giler... :-( Maybe next year.... Tapi banyak game kitaorang join.... Masuk waktu solat Jumaat, Ana leh lepak jap kat pintu masuk Masjid Besi tu tengok pak menteri mana yang solat Jumaat kat situ... Jumpala anak Dr Mahathir yang hensem tu Mukhriz.... ada jumpa yang biasa tengok kat TV tapi tak ingat nama... Maybe diaorang tak cukup jasa kat rakyat???? And... anak uncle RJNSDN (macam uncle sendiri jer) tegur Ana time Ana tengah busy ngan keje... OMG... I'm totally speechless... nie kali ke-3 dia tegur...  Speechless sebab jarang berbual dengan dia so tak tahu nak cakap apa... Speechless sebab tengah fokus kat kerja (even though dah habis waktu kerja). Pastu tak tahu kerja dah sampai mana & nak buat apa for 5 minutes...huhuhhuhu... Speechless sebab bila tengok muka dia, macam dia cakap dengan budak kecil..Im 26 years old ya... Macamana nak describe cara dia cakap yer.. mungkin macam ni "Adik, jangan nangis, Abang bagi gula-gula yer...". Sebelum tu dia tegur pun dengan muka innocent dia tu dan Jacky pun ketawa terbahak-bahak...cis.... Madam LA lak nyakat pas tu.... cis.... Cuba dia tanya macam ni "Banyak kerja nampak...sampai guna 2 komputer..." Dia dangan staff dia (kawan masa MAP) bukan muka jer lebih kurang, perangai pun 2x5...  Yang tua kalau datang Finance kacau Ding.. Yang junior datang Finance kacau Ana.. Yelah dia nak kacau sapa lagi kat Finance.... kalau dia turun Marketing dia kacau la my housemate tu atau 'pasangan gay' dia tu... Just kidding.. cuma dia dua orang ni terlalu rapat... Mamat tu lak ada potensi dengan muka yang jambu... hehehehe.... Esok my birthday yang ke 26... Mood untuk celebrate: UNKNOWN :-(... Kalau ada teddy bear besar delivery anta ke opis by ehem ehem ... maybe mood tu tukar ke ANGAU jap... hahahaha... Anyway Ana suka tengok  cincin buluh pecah... Nice & small... Jacky kata rugi sebab jari Ana kecil so emas kurang.... hahahaha...

Tuesday, 24 January 2012

My life starts as ....... event organizer part 1

Event organizer... hmmm tu level 1 baru tu... nak polish bakat sampai tahap queen control... bila Ana kata semua kena berkumpul sekian hari sekian tempat semua kena ikut... hahahaha.... My facebook sekarang ini dah macam family event organizer dah... Semua bermula bila fikir nak pergi celebrate birthday Ana yg ke-26 kat Fraser Hill nanti... pastu siap voting lagi tu...pastilah vote Abg MAS a.k.a Abg Fendi... hahaha... Bermula dengan aturcara pertama dinner McD kat Senawang...

Dinner kat McD... idea tanpa dirancang... idea datang bila Kak Yus beriya-iya nak makan prosperity burger... Bila queen control call, alhamdulillah semua datang... 
Abg Fendi + wife + 2kids
Along + wife + rezqi
Abang + wife + 3kids
Ayah + Mak + Abg Jai + Boboi

Kali ini Ana belanjer family Ana... 3 digit jugak la habis... tapi puas hati sebab semua enjoy... 2 family set prosperity (2 ayam & 2 daging, 6 twister fries, 4 aiskrim coklat & strawberry, 8 air) 2 set besar prosperity (ayam & daging), 5 happy meal (nugget),      1 set besar double chease burger, filet-o-fish, bubur ayam.... sab baik parent Ana, mak & ayah sporting makan McD... hehehe...  

Lepas tu ada pulak cakap.. "auntie.. lepas ini KFC lak" huhuhuhu... xper la..selagi semua gembira.. Ana xkisah... kemudian Abang & Kak Yus satu keluarga balik Johor malam tu juga dengan perut yang kekenyangan

Ini cuma acara makan-makan sahaja... Nantikan event seterusnya... "Ber BBQ di Melaka" anjuran big bro Melaka (sebab queen event suh buat..hehehe) ... Kalau takde Ana... mesti bosan idup diaorangkan... hahaha... BBQ di Melaka adalah sempena besday Abg Jai, anniversary Abg Fendi & besday Abg Fairus... hehehe... So enjoy dulu muka orang dapat McD...



postmortem event ... = zzzzzz




Monday, 23 January 2012

My life starts as .......

Hoyea... dah habis exam + presentation... jom enjoy segala penat lelah semester tiga ni... dalam semester ini ana belajar yang ana tak suka buat presentation dalam keadaan tak ready... tang tu la nak buat slide tang tu nak cari isi...dan result dia I'm not ready for presentation dan seterusnya merapu kat depan... OK lupakan semester 3 ni.. tunggu result.. Serius ana risau pasal paper Public Service Accounting (PSA).. giler susah & merapu jawapan Ana...dan Ana ada 1 tahun lagi sebelum memakai jubah graduan... I wonder siapa akan temani Ana nanti...

Sekarang, macam-macam Ana fikir untuk tahun ini dan tahun depan....
1. Nak habiskan Master dalam 1 tahun ini ... Insyallah
2. Sambut hari jadi kat Fraser Hills dengan family...
3. Pergi Bali dengan family
4. Khawin ....???? Sekarang tengah pening kepala.... betul ke Ana dah sedia untuk itu semua... hati Ana betul-betul celaru... mungkin Ana kena beri masa pada diri Ana dan dia menyiapkan diri ke alam baru... sekarang ini fikiran Ana lebih kepada mengejar impian Ana membuktikan pada orang sekeliling Ana yang kesenangan itu bukan sesuatu yang kita boleh dapat dengan mudah... mungkin kerana itu ana rasa benda yang sama pada kebahagiaan... mungkin sebab Ana rasa yang Ana bukan orang yang bertuah dapat apa yang segala apa yang Ana hajati... Seperti cerita novel dan juga impian semua gadis ingin memiliki seorang suami yang bertanggungjawab, menghormati keluarga Ana, romantik dan mampu bimbing isteri kejayaan dunia & akhirat... Mungkin tunggu my classmate-Zaza dan my younger brother khawin dulu... kot-kot leh dapat iPad..hehehehe...

well.. I'm so surprise my old friend send me flower.. 1 dozen... Along kira-kira..satu kuntum bunga ros RM8 so kalau 12 kuntum campur ngan service charge dah brape... maybe RM100... pastu ngan ayat Along yang sinis... bunga bukan boleh buat makan ... kalau bunga tu ganti ngan coklat mesti best... but the fact that dia hantar dan beri depan madam Loretta...I'm totally speechless...  Anyway thank you for the roses... and all the best... dan Ana harap dia akan jumpa someone yang lebih sesuai daripada Ana yang boleh menemani dia menuju ke puncak kejayaan...  dan Ana pula... akan terus menuju kehadapan walaupun lambat walaupun bersendirian....

Friday, 2 December 2011

My life start as ....... a lover siri kaki makan.....yum2x

Siapa kata orang yang perut kecik ni nafsu makan dia pun kecik jugak???? OK, my weight is 36kg and my height is 152...agak petite jugak la kan... Masalah terbesar Ana ialah walaupun makan banyak especially time raya, berat Ana tak pernah naik... Best tak.. Makan banyak tapi badan macam model ( tak termasuk ketinggian yer)... Model-model perempuan kat sana tu puas la makan segala jenis pil untuk jaga berat badan dan sentiasa kelihatan kurus supaya muat baju nanti nak pakai... Tapi kalau terlalu skinny pun tak comel kan..huhuhu... Walaupun Ana melantak banyak, rahsia Ana untuk kekal kurus..chewahhh... nombor 1 berpantang makan sekarang sebelum dah tua nanti.... Walaupun Ana kuat melatak tapi Ana memilih jugak... Buah-buahan sangat penting untuk membuat muka sentiasa kelihatan comel gitu... Yang oily2 ni Ana balun gak tapi kuantiti sikit jer.. Lepas tu amalkan makan dalam kuantiti sikit tapi kerap. Baru leh makan macam-macam kan. Ni tak... amik ayam goreng sampai 5 ketul pastu melepas puding buah yang mengiurkan itu...

Selain daripada melantak, Ana suka layan rancangan TV pasal masakan. Dulu tak layan sangat program marilah memasak kat TV ni..lagi-lagi kalau rancangan Melayu...Macam tak menarik langsung sebelum wujudnya Astro ni... Sekarang Ana tengok Hell Kitchen, Masterchef USA, Masterchef Australia, Top Chef, & Cake Boss. Nak Ana kata Ana salin resepi tu takde lah. Tapi Ana suka tengok diaorg masak dan Ana selalu pikir apa yang Ana akan masak yer...hahaha...berangan la tu... Ana paling suka Hell Kitchen.Kalau ana di invite ke hell kitchen, Ana kena bawak bekal sebab takut service lambat pastu dengar la maki hamun dari chef Ramsay... orang kata dia kat kitchen jer macam tu tapi kat luar dia sangat romantik... Anak-anak perempuan dia pun cantik bangat...


Tapi bukan sebab Hell Kitchen ataupun Masterchef  (Masterchef Msia tak tengok :-P) yang buat Ana suka pada rancangan memasak tapi ada satu cerita korea ni..tajuknya Jewel in The Palace... Ana pujilah pelakon-pelakon dia especially Jang Guem lakonan Lee Young-ae memang menjadilah..Time sedih memang menangis la tapi tak lah sampai habis satu kotak tisu kan... Cerita yang bertemakan masakan di istana Korea dan kesungguhan Jang Geum dan gurunya menempuh cabaran dalam menghasilkan masakan yang berkhasiat dan akhirnya dengan sifat ingin tahu berjaya menjadi seorang doktor wanita istana yang tidak mencampurkan politik istana  (biasalah gundik-gundik maharaja) dengan tugas dia untuk merawat orang... Dia tak kisah pasal pangkat pun walaupun dia boleh dapat dengan senang... sebab Maharaja sangat suka kat dia sampai Maharani suruh ambil dia jadi gudik tapi dia tolak demi cinta dan bakat dia dalam bidang perubatan


Walaupun Ana kuat melantak tapi Ana sangat memilih... Kalau fast food tu, tak perlu cerita.... baik yang murah atau pun mahal sikit...McD, KFC, Pizza, Domino, Nando, Subway, Starbuks, Katakan sahaja... akan Ana order dan claim kat company sebagai bayaran OT Ana tu...huhuhuhu... MacDonald ataupun orang yang malas kata McD... Ana paling suka.... McChicken...


Berapa banyak kalori yang masuk dalam badan Ana???? KFC pulak..tak kisah tapi wajib ada cheesy wadges...


Pizza pula Hawaiian Chicken Supreme la...Yang lain-lain macam tak masuk dengan selera atau baru makan satu potong dah muak atau kenyang... Kalau hawaiian chicken mau 3 - 4 potong tu untuk Ana seorang... Sebut pasal Pizza Hut, Ana, adik Ana-Fikri a.k.a Boboi dengan seorang kawan dia Hafiz, kitaorang bertiga pernah keluar makan pizza bersama-sama untuk release tension. Ana nak lepas tension sebab watu itu Ana buat pertama kali dalam sejarah Ana fail subject...Giler frust la... dan Boboi pula frust sebab dia waktu kat Arau pointer dia 3.49 ke 3.48... Hafiz lak tumpang sekaki dua dalam siri release tension ni... Jadi kami bertiga pergi ke Pizza Hut dekat Seremban dan kami order set makan untuk 6 orang... Giler nafsu orang tension sangat besar... Lepas itu, nampak pulak A&W... pergi Root Beer A&W... amik botol punya... ikut kan hati nak tapau mozilla burger... Pergh... Puas hati beb...tapi itulah...tetap tak naik berat badan...huhuhuhu


Domino??? Semua pun nampak sedap jer pizza dia... Nandos pulak Ana tak tahu apa yang jadi favorite Ana...huhuhuhu... dan Subway pulak banyak pilihan boleh pilih dari jenis roti, pastu nak tambah apa, tuna ke, seafood ke, veggie ker, daging ke ayam ke...dan apa-apalah yang rasa sesuai dengan citarasa masing-masing....tapi kena pasti ada dalam list diaorang yea.. pastu nak tambah cheese, pastu tambah sayur tapi ana tak suka bawang...pastu nak tmbah mayo ke apa jenis oil ke suka hati la..... Memang kena buat banyak try & error untuk dapatkan kombinasi yang perfect dengan tekak masing-masing....

Ana & Boboi suka try & error bab masak-masak nie...  pernah try buat kebab dengan campur segala jenis cheese yang ada kat supermarket... Kenapa cheese tu lain-lain nama tak tahula... tapi kitaorang suka sangat dengan cheese... Kalau boleh semua pun nak bercheese... Bila buat kuih raya, kitaorang selalu end-up dengan resepi sendiri... Buku resepi takat nak tahu sukatan gula, tepung, telur jer...lain-lain kretiviti kitaorang... Selagi boleh tambah kitaorang tambah...Begitu juga bila buat kek... Ni lah akibat kalau takde proper training dalam bab masak2 ni...tapi licin yer...jadi hot stuff... Paling tak jadi ialah nak buat kuih tart... Susah giler... Patut lah mahal orang jual kuih tart..Memang susah ooo... Last-last doh tu kitaorang buat biskut biasa jer... Kitaorang pernah try buat pizza sebab mak bawak balik yis roti... Macam-macam kitaorang bubuh sebagai topping... cheese, hotdong, tomato, thousand island, mayo, black paper sikit, dan macam-macam lah... sampai menggunung topping dia...

Sekarang duduk umah sewa... balik kerja pun lambat dan weekend ada kelas... so takde masa nak test resepi baru... Nasi + telur goreng dadar + kicap dah cukup buat Ana... memang itulah Ana makan dari kecil... Lepas habis study dan belum dapat kerja lagi, Ana kena jaga nenek so Ana kena fikir menu yang berlainan dan untuk orang tua makan... tak boleh keras... mesti ada sayur dan sup atau kuah tak kiralah kari ke gulai ke... tapi yang jadi kegemaran Ana ialah masak kicap...dan Ana suka kicap... orang kata makan kicap leh jadi hitam tapi ternya Ana still putih sampai sekarang  (tak putih sangat sebab berjemur) ...hahaha....  :-D





Tuesday, 30 August 2011

My life start as ....... muslimah pemaaf & merdeka di hari lembaran & bersejarah

30hb Ogos 2011 - Hoyeah... Hari ni hari raya...Setelah 30 hari umat Islam di dunia ni menjalani ibadah berpuasa (walaupun ada yg tak cukup hari)... Raya tahun ini cukuplah sepasang baju baru buat diri aku berharga RM150. Walaupun sepasang tapi aku puas hati sebab banyak duit aku habis kat orang lain. Baju raya buat Abang & Kak Yus sekeluarga, bahan-bahan buat kuih raya dan akhirnya tahun ini adalah tahun pertama aku dapat memberi duit raya kat Mak & anak-anak buah aku. Alhamdulillah.. semoga di murahkan rezeki. Amin. (walaupun duit dalam bank tinggal beberapa ratus untuk aku survive sebelum next salary tapi serius puas hati)

Raya tahun ni diserikan oleh kehadiran Ayah dan anak-anak dia serta cucu-cucu dia (anak buah tiri aku la).. Budak kecil..serius kalau boleh aku piat telinga dia mmg aku buat..hyperaktif and tak makan saman budak ni...maklum la tgh membesar... macamana lah anak-anak aku nanti. Insyallah kalau ada rezeki, aku nak anak-anak aku dapat pendidikan yang terbaik yang dia boleh dapat. Pendidikan no.1...

Hari ini berjalan raya dengan Abang sekeluarga & adik aku. Kitaorang pergi beraya rumah Busu, Pak Tam, Mak Dah & rumah Abong a.k.a Pak Ndak. Seronok bila ramai-ramai berkumpul. I wonder bila dah kawin nanti macamana. Hmmm... Sebut pasal kawin ni... ramai lak yang bertanya bila nak kawin. Dear my future hubby, I'm waiting .... Lambat atau cepat Ana milik mu seorang...chewaaahhh... jiwang karat...

Ok lah sempena hari yang mulia ni, Ana mohon sepuluh jari mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Buat Abah, I really miss u so much...  Kakak teringin nak jumpa Abah dan kakak sangat mengharap perjumpaan kita adalah perjumpaan yang tidak diselit dengan dendam dan cerita lama. Yang lepas biar lah lepas... Kita sama-sama mulakan hidup baru dengan lebih bahagia...

To my Mr. future hubby, ana mohon maaf banyak-banyak sebab selalu sakitkan hati sayang, tak call sayang (jarang), tak sms syg (jarang), buat sayang marah & selalu menyusahkan sayang. Terima kasih kerana cuba memahami keadaan Ana. I miss u so much...

Buat rakan-rakan, selamat hari raya maaf zahir n batin. Sorry tak reply sms raya korang...teramatla sibuk di sini. Kawan lama pun dah lama tak contact... bukan sengaja tapi yelah sekarang ni keadaan teramatla kritikal dekat opis.

Buat staff Sime Darby Property (especially account department tingkat 7), bos, Ding, Jacky, Ana mohon maaf zahir & batin (byk ni buat dosa umpat, tak puas hati semua..hehehehe) Walaupun kadang-kadang tak puas hati, Ana enjoy bekerja dengan korang...banyak yang Ana belajar daripada korang...

Esok tanggal 31 Ogos 2011... Malaysia sambut hari kemerdekaan. Salam kemerdekaan buat semua. Sejarah banyak mengajar kita erti kebebasan. Dalam kita menghayati erti kebebasan, biarlah kita bebas berpada-pada. Tak bermakna kita bebas kita bebas melakukan apa yang kita suka sampai kita menolak agama dan adab kita sebagai orang Islam dan Melayu.

Dalam kita enjoy cuti beraya dan menyambut hari kemerdekaan, pada yang drive, jangan merempit kat highway..ingat orang tersayang...





Sunday, 14 August 2011

My life start as ....... paintballer

Hahaha... kali ni tajuk tak tergantung... Hoyeah... Akhirnya...

Paintball.. game perang-perang yang ganas dan penuh kesakitan dan kekejangan (kalau tak warm up betul-betul la) Kalau tak sakit tak best la kan... Lelaki amat sukakan game ni dan perempuan kebanyakan yang Ana jumpa cakap takut kena tembak...Sebab nanti tempat yang kena tembak tu berlebam... Tak kisah la dia orang nak main apa tapi hari ini Ana akan ceritakan bagaimana boleh terjebak dengan game yang ganas ni.

Ana mula kenal paintball bila masuk UiTM Shah Alam oleh my best friend Alia. Time tu Ana semester 1. Al-maklum la orang kampung. Mana tahu semua ni kan. Memang blur la.. Tambahan pulak anak perempuan tunggal. Kat sekolah pun tak banyak permainan yang boleh join. Balik-balik netball, bola sepak. Netball untuk perempuan dan bola sepak untuk lelaki. Kadang-kadang nak jugak perempuan main bola sepak dan lelaki main net ball.

Melalui UiTM Extreme Paintball Club, Ana kenal Abang Akmal a.k.a Ah Cheng sebab muka cina dia dan pendek (boroi sikit), Abang Megat, Abang Man, Abang Bob, Abang Nuar. Kemudian keahlian kami bertambah dengan kehadiran Juju, Engku Faizal a.k.a Romeo (serius mamat ni gatal giler), kawan satu course dengan Faizal ni, Chicken (tak ingat nama dia tapi dia ketua kawad group aku masa Sem 1..Serius anti dengan mamat ni bila time berkawad), student HotCat (Hotel & Catering) dan seterusnya bertambah dari semasa ke samasa

Team UiTM

Bila kami masuk bertanding, disponsor oleh UiTM, team Ana terdiri oleh Ana, Alia, Putri, Juju dan lagi 2 orang yang aku tak ingat nama dia tapi seorang itu suara sangat lembut sampai digelar suara itik oleh senior-senior paintball. Dan dia pula jenis happy go lucky yang tak ambil pusing pun kalau orang kata dia suara itik. Team kami diberi nama UiTM Rafterz.

UiTM Rafterz

1st time aku masuk perlawanan di luar UiTM dan team aku semua perempuan berlawan dengan semua pasukan yang hampir kesemua terdiri daripada lelaki (team boleh campur lelaki & perempuan) kami layak ke peringkat suku akhir. Rahsia dia..Jeng jeng... sebelum masuk ke dalam field, Ana cakap "kami ni semua peremuan, 1st time main paintball, bagi la can yea" Dan keputusan nya semasa pusingan kelayakan kami menang semua pusingan. Hahaha... pasti la orang pelik dengan kitaorang. Tapi memang benar ini adalah perlawanan pertama kami. Dah la takde latihan atau training. Cuma yang tersemat di hati ialah jangan buka mask dalam field.Dari perlawanan pertama Ana, Ana mula built networking dengan team lain. Oh ya..bila kami masuk peringkat suku akhir, kami tewas. Sebabnya kami baru pas lunch nasi ayam dekat Seksyen 2 Shah Alam. Perhhhh...kekenyangan. Marshal, orang yang mengawasi pemain-pemain dalam field cakap Juju tidur dan tembak ke langit. Yang lain tak tahu la. Ana pula...hmmm... terima tembakan daripada musuh. Ye lah dah takde orang jaga musuh. Semua dah mati. Jadi pengajaran yang kita boleh dapati ialah
1. Jangan buka mask dalam game
2. Jangan makan nasi time lunch kalau ada game selepas lunch hour. Pisang sangat bagus
3. Lepas game kita pergi open table ramai-ramai

Perlawanan terbesar pertama Ana pula MPOC - Malaysia Paintball Official Club di Family Park Bukit Jalil. Semua yang datang hebat-hebat berlaka. Rasa macam kitaorang ni pasukan belasahan jer..Huhuhu... Magic words "Bagila can" dah tak jalan dah. Walau apa pun di sinilah Ana kenal Team Screaming Banshee di mana semua orang mengingati Ana salah satu ahli Screaming Banshee. (Team ni pun semua perempuan sbb waktu ini nak wujudkan team perempuan). Pastila team Ana kalah sebab kurang pengalaman dan latihan.

 Ana juga didedahkan dengan dunia marshaling.. Jadi Marshal yang comel. Penat ooo... Memang la Marshal tak perlu strategi itu ini bla bla..Tapi tugas Marshal sangat berat. Kami perlu mengawasi setiap pemain di dalam field. Tidak boleh bias dan paling dasyat kami kena terima tembakan daripada player dalam field semasa game on. Berbirat badan ooo.. Nak pergi kelas pun rasa macam semua saraf dah di shut down oleh tujahan pallet.

 Perlawan paling tinggi pernah Ana pergi Asia World Cup. Waktu ini Ana telah dijemput join Team Screaming Banshee. Siap masuk paper. Team kami masuk Women Division (open). Maksudnya kami bebas pakai marker (senapang) apa. House marker, Semi-auto, E-mekanikal yang power... dan bayangkan la Marker time tu ada problem dan aku terpaksa guna rental marker (manual) berlawan dengan yang hampir 99% pakai E-maker...Bukan takan marker jer, Ana berlawan dengan pemain dari Filipina, US, Taiwan, UAE (make-up memang tak tinggal la diaorang ni), Indonesia dan juga pemain dari Malaysia. Politik Marshal and player memang ketara sangat sampai aku dah give-up dengan operator ni. Apa pun perlawanan ni buat nama Ana dikenali sebagai ahli Banshee (sbb masuk paper).

Kemudian Ana mula join NPL National Paintball League. Housemaker dia ok la. Tak selalu stuck bila main. Tapi disebabkan kekangan duit, Ana main untuk 1st league jer sebab league seterusnya buat kat merata tempat yang mana memerlukan Ana keluar ongkos yang banyak utk travel and accommodation. Tak pe lah. Kita polish skill kat bahagian novice ni.



Banyak team yang Ana join sebagai undangan. Malah ada team yang mula-mula Ana join dan bawak diaorang ke dunia paintball tapi kemudian Ana ditinggalkan bila diaorang dah terrer. Takper la... Ana sendiri sibuk dengan benda lain. Nak kata Ana obses, well...game ni kena tgk ongkos. Kalau ada jemputan dan kena waktunya, Ana join. Ana gembira mereka berjaya walaupun diaorang mungkin dah tak ingat dekat Ana.

Apa pun, kepada yang nak main paintball sebagai game kesukaan yang paling utama (bola tolak no.2), all da best. Game ini memang best & i wish i can international player. Itu belum masuk kes gurauan kasar macam picture kat bawah kitaorang kenakan Si Reza. Bermandi pallet beliau. Memang enjoy...tapi Paintball juga penuh dengan godaan.Apa godaan dia semua ada depan mata.Pada yang dah biasa akan kata, ala itu semua kecil jer, takde apa-apa pun.Tapi pada si naif, "Hello...this not my world, hokieh...." Kalau yang kuat pula mungkin cakap "I just want play paintball. G-L-S ni tak main la" Semoga iman dan pendirian kuat tersemat di dada.

 Until now, kalau Ana masuk tournement, Ana dah kena naik division tapi Ana main untuk suka-suka dan walaupun Ana tak naik level, level Rookie lagi mencabar dan Ana nak posih skill and gain experience from that. Of coz kewangan Ana tak membantu dalam hal ini walaupun ada pasang impian nak beli E-marker. Ana takde training yang proper sbb takde $, so melalui game Ana polish skill Ana.... Okieh.. All da best to all paintballer kat luar sana. :-D









Saturday, 25 June 2011

My life start as .......

Dari tittle Management Apprentice, sekarang dah bergelar Exec. Betul2 bertatih dari bawah. Adik aku pun kuar2 habis degree job mmg sedap la... Cousin Hana, Ijam walaupun lulusan diploma, macam bahagia jer hidup dia...Semua dah ada, tinggal nak khawin je. Faiz pernah cakap yang dia risau sangat bila dapat job lagi sedangkan orang lain dah daat job dan gaji dia RM2500 ke atas walaupun fresh grad. Dah boleh beli kereta dah.Dan aku jawab itu rezeki masing2. Memang la risau bila tak dapat keje yang baik kan. Ezza, Azam, Abul keje dengan Sime Darby. Kawan2 sekolah ada yang dah jadi cikgu.Ada yang dah nak khawin pun. But somehow I believe everything gonna be fine. Aku mula bertatih dari bawah. Betul-betul dari bawah sebab aku tahu bidang aku sangat susah dan competition sangat tinggi. Habis degree, aku join UPIC . Aku kenal Wan waktu ni. Walaupun dia sangat annoying bagi aku and sampai sekarang dia still annoying bagi aku tapi dia sebenarnya dia sangat baik dan bercita-cita tinggi. Aku jer tak nak ngaku depan dia. Ok nanti cerita pasal dia. Lepas UPIC aku dapat keje kat Seremban. Reasonnya mak. But then aku rasa tak boleh maju. Selama 1/2 tahun aku kat Seremban, aku rasa yang aku kena keluar. Aku mula daftarkan diri join Sime Darby Management Apprenticeship Program. Aku mula balik dari bawah. Sebagai fresh grad. Aku sedar yang jika aku nak pergi jauh, aku kena mula dari bawah dalam bidang aku. Bidang aku terlalu banyak cabang. Then aku plan kalau xdapat join, aku ada reason lain kenapa aku tak bekerja lagi. Reason aku ialah "sekarang buat Master Degree" Gempak tak...Kira OK la dari cakap tak buat apa2 dan tanam anggur kat rumah kan. Alhamdulillah aku diterima menjadi warga Simedarbian dan pada masa yang sama aku ialah student Master. Master aku bukan calang2 tau. Master in Forensic Accounting and Financial Criminology. Ala2 CSI. Dari sini bermula lah hidup aku sebagai Simedarbian dengan mukadimah dia sebagai Apprentice di Sime Darby Property.