Friday 14 October 2011

My life start as ....... executive @ Sime Darby Property Berhad part 2

Mencabar betul jadi executive kat Sime Darby. Lagi-lagi bahagian FInance & Accounting. Lebih mencabar bila kita jadi orang terakhir. Kira macam penjaga gol la. Baru-baru ini gaduh bukan bertumbuk, tarik rambut la... Sangat tension sampai nangis dalam office. Rasa nak ambil handbeg atas meja dan balik rumah. Fikir-fikir, better keluar lepas office hour. Baru professional yer tak.

Al-kisahnya disebabkan satu journal yang Ana tak buat tapi ada dalam sistem. Kalau Ana buat boleh la Ana terangkan apa maksud journal tu. Ana betul-betul defenseless. Sebabnya nama Ana ada dalam sistem - create n post. Giler la. Mana Ana nak cari bukti untuk Ana tunjukkan yang bukan Ana buat. So apa kecohnya dengan journal tu. Tak suka, unpost la kan. Yang geramnya bila rasa diri ini macam buat benda tu tanpa pengetahuan dia... aaaahhhhhhhhhh...serius tension.... sampai call Faiz ajak keluar pukul 6pm.

Mujur benda ini dah selesai lepas dia hantar email kat Berhad & she say sorry to me. Cc to madam. Tak jadi nk keluar 6pm. Everyone work hard dalam 5-6 bulan ni. Giler kan. Aku ni pun social life aku tinggal brape % jer untuk orang lain seperti family. 80% of my life dekat office. 10% buat assignment & pergi kelas. 5% rehat a.k.a tido dan 5% lg untuk orang lain. Rasa boleh jadi giler. Super duper hypertension pun boleh dapat. Tulang boleh rapuh and boleh jadi giler pada waktu muda.

Bila semua dah OK, esok hari Ana boleh perform dengan baik. Account gap/mistake/mistook account berjaya dijumpai yang sebelum ini memang tak nampak. Memang benda-benda macam ini kena buat dengan fikiran yang tenang dan lapang. Kemudian Kak Faridah pula tak habis-habis dengan sakatnya dengan Raja Nazim. Sebabnya cop. Mamat umur 42 tahun, Keturunan bangsawan N9, hensem & single not duda yer... (something fishy here....)  Mamat ini request cop daripada Kak Faridah, secretary Madam Loretta. Hari ini Kak Faridah nak bagi cop dekat dia. Mula-mula Kak Faridah jerit nama dia, dia tak dengar atau ada benda lain yang dia kena kejar...Ok la kan... Lepas sembahyang jumaat Ana terserempak dengan mamat ini dalam lif. Haza, staff AP pulak sibuk jer..." Hana la ni berat sangat sampai lif tak nak tutup pintu" Ana pun jawabla, "berat Ana xsampai separuh pun dari berat awak tau!" Rany cakap mamat keturunan bangsawan ini pandang Ana kat sebelah dia. Dalam hati Ana,  mesti dia fikir kecik jer budak ini..... Ok la sambung pasal cop balik. Lepas sembahyang Jumaat, dia naik tingkat 7 mintak cop dekat Kak Faridah. Kak Faridah bagi la cop yang dia mintak tu. Lepas tu dia cakap dia takde stamp pad besar untuk cop tu. Kak Faridah pun bagilah satu pastu dia tak nak. Dia boleh cakap kalau dia nak cop nanti dia naik. Nurul budak MAP tu pun dah tahan gelak. Kak Faridah cerita dekat Ana lepas tu dia tanya nak tak pegang cop dia. Ana jawab, macam xde keje nak simpan cop dia. Tapi memang jadi bahan ketawa la.

Balik office, my x-classmate, Danial call...wah...rindu la dekat dia...Lama betul tak dengar khabar dia. Dia satu group assignment masa buat degree. Dan kitaorang sama-sama menghadapi 'peperengan' dengan satu mamat ini yang aku tak mahu dengar apa jadi dekat dia sekarang. Mamat ini leh dikategorikan cakap lebih daripada hasil yang dia bagi sampai Ana panggil dia copycat. Copycat yang amatur... Kalau nak copy pun carila something yang ada wow value...ini bagi introduction dekat buku tutorial.  Kalau kitaorang tak declare war dekat dia ini, memang tak convo ontime la jawabnya. Macamana kitaorang boleh ambil dia masuk satu group??? hmmm sebab tak cukup orang. walaupun dengan penyertaan mamat ini melengkapkan group kitaorang tapi hasil kerja lebih kepada hasil kerja 2 orang. Danial agak soft. Ana pula..mula-mula boleh tahan tapi bila dah sampai level kritikal tahap kesabaran tu, memang teruk la sampai satu fakulti tahu & terkejut yang Ana selalu duduk barisan depan, kawan tak ramai & jarang join aktiviti ni se'ganas' itu... Dan sekarang Danial pun berjaya sebagai Auditor kat mana tah...hahahha...dan dia tinggal 1 paper lagi untuk ACCA & single lagi. Family dia semua doktor tapi kenapa dia ambil accountancy?????

And there is one moment yang Ana nak sangat record sebagai hari bahagia Ana pada hari Jumaat 14/10/2011... Nak cerita ker?...hmmm... satu hari nanti jika masih ingat akan perkara ini.