Wednesday 31 August 2011

My life start as ....... student Forensic Accounting & Financial Criminology

Sekarang ni dalam mood raya lagi dan proses qada' tido... bak kata Abangku Fairuz... rumah ni katil dia haunted... dah landing mmg susah nak bangun... tidur 6 jam pun belum tentu puas...hahaha... Ok lah sebab kerja mengemas sinki dah selesai & cerita kat ASTRO teramatlah bosan, plus sekarang ni sessi mendaftar subjek, Ana ceritalah life ana sebagai student Master Forensic ni...

Sekarang ini ana telah berjaya melepasi 2 semester (dengan 2 paper yang Ana drop)... sebab Ana biayai study Ana dengan duit sendiri, Ana tak terikat mana-mana kontrak. Lagipun ambil mode part time memang susah nak dapat scholar... Nak ambil scholarship Sime Darby kena terikat 7 tahun dengan kerja dengan Sime Darby. Mengikut analysis dan perkiraan ekonomi....chewahhh... sebenarnya darah muda...Ana perlukan pengalaman luas dan bebas tanpa terikat mana-mana agensi...Yelah, mana tahu kot-kot nak bukak business sendiri (--> Extreme Sport Complex-->angan-angan Minah Jenin sebab belum ada kemampuan. Lain la kalau Donald Trump datang tolong )

Mula mendaftar diri sebagai student Master pun sebab takut tak dapat kerja. Mujur la pada awal itu pilih part-time setelah ditimbang semua kebaikan dan keburukan seperti susah nak dapat scholarship, yuran pengajian yang mahal bla bla bla... kebaikan pula aku boleh beri tumpukan pada kerja (kalau kerja la kalau tak aku ada banyak masa nak study walaupun tahu habis lambat)... Bila kita dah mulakan sesuatu kita kena habiskan...cepat atau lambat bukan lagi perkara penting buat aku sekarang ini seperti masa ambil degree dulu...

Belajar course ni memang best sebab lain daripada yang lain. Tambahan pula Ana suka tengok CSI cuma Ana tak pandai dalam subjek Kimia, Biologi atau Fizik...dapat C masa SPM... huhuhuhu... memang seronok bedah orang dan cari punca kematian tetapi ini pun best jugak. Kita bedah sifat dan akaun orang untuk cari punca ketamakan dan kerakusan... Ala, macam SPRM la (dulu dipanggil Badan Pencegah Rasuah Malaysia sekarang dah S tu bermaksud Suruhanjaya)... Kenapa Ana cakap macam tu... Secara asasnya tamak merupakan salah satu daripada 7 dosa (greed) hmm boleh juga dikaitkan dengan nafsu (lust)... Pernah tak kita fikir sekeping kertas yang kita boleh koyak, pijak dan bakar..pendek kata ia hanyalah sekeping kertas sahaja tetapi mempunyai nilai kuasa yang boleh mengubah sifat seseorang itu dari baik jadi tamak dan juga mungkin dari tamak jadi pemurah... Walaupun nilai wang itu kecil RM10 atau RM50 atau RM100 misalnya, kalau kita berapa disekumpulan manusia yang daif dan yang amat kelaparan macam zombie tu.. then kita kata nak beri RM10 pada seorang  yang berjaya menewaskan orang lain dan menjadi pemenang tunggal, apa yang akan berlaku lepas itu ... jeng jeng jeng....<--Ini memerlukan imaginasi tinggi sangat ni...

Ok lah tak perlu imaginasi tinggi... tengok dan baca kejadian setahun dua yang lalu masa negara kita dikecohkan dengan Skim Khidmat Cepat Kaya = Skim Piramid = MLM... Berapa ramai yang tertipu kerana keinginan untuk kaya dan ramai yang menipu kerana ketamakan.... Sebut pasal MLM atau Skim Cepat Kaya atau yang seumpananya (sekarang ni dah advance...jual barang pulak tapi motif asal memang tak lari...paling teruk ada yang mengunakan nama Islam..Masyallah) bagaimana orang yang tiada duit tiba-tiba ada duit yang banyak untuk melabur... Ok lah dia simpan sikit-sikit kan... Jika dia boleh bersabar menyimpan selama 10 atau 20 tahun kenapa kesabaran dia boleh tergugat dengan janji-janji manis si penipu... Kita selalu dengar pepatah sikit-sikit lama jadi bukit, atau kesenangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang disertakan dengan doa.... Yang jadi persoalan, orang yang dulu menasihati anak-anak muda yang masih mentah ini pula terjebak dengan skim-skim dari penipu ... Ok lah..ada yang berjaya melaui skim macam ni tapi berapa ramai yang berjaya? Yang pasti tidak boleh menandingi peratusan orang yang kecewa dan sedih (ada yang sanggup bunuh diri, pinjam kat Ah Long) sebab penipuan skim macam ini... (ayat panjang-panjang ini Ana guna masa interview Master dulu)

Masa Ana semester satu ada satu subjek yang Ana suka. Subjek tu secara teorinya menceritakan kenapa fraud atau penyelewengan boleh berlaku. Kadang-kadang ia berlaku pada orang yang kita tidak sangka dan nampak baik, alim, rajin dan semua benda positif la yang kita nampak. Sebab itu kita jangan nilai orang dari luar. Dont judge the book by its cover. Fraud Triangle, salah satu teori kenapa orang  buat penyelewengan. 

Ana guna teori ini untuk impress interviewer masa interview GCAD Sime Darby  (tak ingat nama penuh GCAD tu) tapi tak lepas masa 2nd interview sebab sibuk dengan Sime Darby LPGA (Ladies Professional Golf Associate) --> Masa dalam MAP...


Ada hikmah tak berjaya sebab akhirnya Ana di absorb jugak ke dalam Sime Darby... dan Ana mengambil peluang ini untuk belajar Finance sambil mengaplikasikan code of conduct (off topic jap)...(Interviewer yang 1st tu memang impress la.. tu baru bab 1 tu... pastu cerita sikit pasal whistle-blowing sikit...terkagum gak interviewer tu)... Kiranya subjek ini membolehkan Ana nak pergi mana-mana pun. Dengan ketidak berjayaan Ana dalam interview itu, Ana menjangkakan dengan pengalaman 3 tahun bekerja nanti + MIA bukan missing in action yer, Malaysia Accountant (kira macam accountant bertauliah la) + Master in Forensic Accounting..fuhh...cakap la..campak kat mana-mana pun boleh... tapi my next plan ialah nak ambil exam AMLA pulak (Anti-Money Laundering) atau sekarang ini dikenali sebagai AMLATFA (Anti-Money Laundering & Terrorism Financial Act)...fuhh..kerja tangkap penganas pulak... Buktinya Ana berjaya dalam interview dengan Citibank...kiranya dengan memiliki Master in Forensic Accounting, I put myself 2 steps further compare other candidate (agak nya lah) sebab Ana tahu Ana tak boleh lawan mereka yang ambil Finance atau Banking time tu dengan Degree in Accountancy (Hons)... So pas ni nak keje ngan government SPRM tu ker, Jabatan Audit Negara ker...bank ker, public listed ker...polis ker (tak dapat kot sebab tak cukup tinggi dan tak cukup berat badan) ...tah-tah law firm pun boleh...Just show me how much you can offer... (budget keje bagus ni)..

Just for your basic information about AMLA nie... AMLA terbahagi kepada 3 stages...dalam bahasa Inggeris lagi senag faham sebab belajar dalam bahasa Inggeris...hehehe

PLACEMENT (Moving the money from the scene of crime) --> The stage when illegal proceeds placed into the financial system.
Contohnya ....
- smuggling of currency in bulk;
- mixing illicit proceeds with legitimate funds;
- depositing cash in small amount

LAYERING (Disguising the trail) --> The separation of illicit proceeds that disguise audit trails and anonymous transaction.
Contohnya multiple transfers of money, multiple transactions, payment of fake invoices and buying or selling of the same goods.

INTEGRATION (Making the cash available to the criminals) --> Laundered proceeds are successfully integrated into economy as legitimate funds, such as trading involves invoice manipulation to remit money abroad, buying properties and engaging in legal business.

Summary kat atas tu...Placement tu macam kita jual dadah (dah jadi crime kan) pastu kita dapat untung banyak.. (macam dalam cerita Evolusi KL Drift tu, Joe tu marah sebab Syamsul bgtau polis location diaorg buat dadah...so bila kena serbu xde la income kan)... Bila dapat duit banyak...orang jahat tu pun fikir macamana nk bawak duit yang banyak tu... tu yang jadi penyeludupan ker dia mix dengan duit yang halal ker atau yang amik rasuah tu dia masuk kat akaun anak dia yang belajar oversea ker.. lebih kurang macam tu la...pendek kata macamana dia nak bawak duit haram tu lah nama dia placement... Bila dia dah jumpa apa kaedah nak bawak duit haram tu, orang jahat tu kena pikir macamana nak bagi orang keliru yang duit tu haram...kira macam orang yang menipu ni, dia pun putar belit la cerita pastu orang pun jadi tak faham pastu orang tu dah pening pastu dia lepaskan la...bila orang jahat tu dah lepas maka jadilah duit yang haram tu menjadi halal dalam sistem ekonomi... sebab tu la nama dia launder...basuh..macam basuh baju...kita basuh baju kotor (duit haram) jadi bersih (duit yang sah di sisi undang-undang)... Cerita panjang-panjang pasal AMLA ni ada yang faham ke? Apapun banyak dah orang buat cerita pasal AMLA. Contoh terbaik cerita Tamil tu- xingat nama hero dia tapi tajuk dia Hawala. Ala-ala cerita Robin Hood... orang kata cerita dia best...



Ini adalah cabaran bagi pegawai AMLATFA sebab susah nk jejak duit haram ni disebabkan proses layering itu sendiri... Ni belum masuk terrorism lagi ni atau reverse money laundering...konfom lagi pening kan tapi ia sangat menarik untuk dibaca dan belajar...

Informatif betul entry kali ini...tapi inilah apa yang Ana alami dan rasai... Baru habis 6 subjek tapi dah macam-macam yang Ana belajar (sangat bagus digunakan dalam interview)... tu belum sambung PHD lagi tu... Nampak susah dan jauh perjalanan tapi Insyallah...semuanya akan membuahkan hasil dan Insyallah one day Ana akan jadi bukan sebarangan orang..(harap-harap teori Fraud Triangle tu tak berlaku kat Ana...Insyallah...)