Wednesday 21 September 2011

My life start as ....... executive @ Sime Darby Property Berhad

Sambungan daripada program Management Apprenticeship Program... tak sampai setahun, adalah 7 bulan baru menimba pengalaman kat Sime Darby Property Ana di-absorb masuk... Perasaan...best ada, gelisah ada, sedih ada, pendek kata seba tak kena. Happy sebab Ana orang pertama yang di-absorb...no interview, terus dapat surat dari HR... gelisah sebab Ana baru ditukar ke department yang penuh cabaran dan dugaan iaitu Consol so mestilah bos Ana punya expectation tinggi...mesti dia expect Ana cepat belajar... Walaupun dah di-absorb tapi aku belajar sikit demi sikit. Merangkak perlahan-lahan... Pedulikan la orang kata yang aku ini tidak layak... Bila Ana luahkan rasa serba tak kena ini, orang kata Ana tidak tahu bersyukur sebab ramai yang ingin di-absorb masuk lebih-lebih lagi kalau dapat sebelum habis kontrak. So tak sia-sia lah mereka join program ni selama setahun yang tidak menjanjikan peluang pekerjaan dalam organisasi Sime Darby.

Banyak benda yang Ana tidak puas hati awal-awal Ana masuk. Salah satunya waktu bekerja. Dah office hour 8.30am sampai 5.30pm... kenapa perlu stay lebih masa. Bukannya kita dibayar overtime pun. Tapi lama-lama Ana rasa seronok pulak. Penat memang penat. Penat sebab tak keluar dunia. Rumah sewa pun macam hotel dah... balik untuk mandi dan tido...housemate pun lum tentu jumpa sebab balik waktu semua dah tidur. Kenapa best stay kat office buat kerja walaupun tidak dibayar overtime, well kalau bayar overtime, kumpul-kumpul boleh la beribu jugak dapat tapi mesti kena bayar income tax dan kena declare income tax pastu...huhuhuhu...tapi tak per la kan..brape sangan income tax yang kena bayar tu kan... Yang bestnya dapat makan. Nando, McD, KFC, Domino, Pizza Hut (delivery yer) semua dah rasa. Company bayar (kena isi borang claim pulak...) Sampai kami nak buat jadual hari isnin nak makan apa, selasa nak makan apa dan seterusnya... Duduk kat office makan jer tapi badan tetap cekeding jugak. Ana pun tak tahu... Memang dilahirkan untuk memiliki badan model yang agak rendah dan enjoy makan... Mungkin juga life hidup Ana yang aktif. Menyewa di tingkat 3, takde lif so kena turun naik tangga dan kereta parking kat luar, kena jalan kaki.... Walaupun ringkas dan tak berat macam berlatih marathon setiap minggu ke, tapi Ana yakin ia juga membantu Ana mengekalkan bentuk badan.

Bos pulak..Ana rasa Ana staff yang manja. Berapa kali kena tegur sebab berkaki ayam dalam office. Masuk bilik bos tu jangan ceritala... Mula-mula memang takut. Tapi bila dah masuk kali kedua dan seterusnya, bilik bos tu dah macam takde pintu. Apapun Ana masih hormat kat bos Ana. Seorang staff kat bahagian Ana mohon untuk tukar dan dia berjaya. Kitaorang OK jer. Ye lah dia berpengalaman 10 tahun dalam Property (consol) so apa salahnya dia keluar timba pengalaman baru. Lagipun tempat baru dia dekat dengan tempat tinggal dia. Jadi, mestilah tiada masalah kedatangan... Dan dia lebih dekat dengan anak-anak dia yang masih kecil tu... Tempat kerja dah dekat, gaji dah naik sikit dan dapat promotion jawatan... mestilah semua orang akan terus kata Ya, saya menerima tawaran ini untuk bekerja di tempat tuan. Melaui dia Ana belajar sesuatu... biarpun tempat tinggal tu dekat dengan rumah kita, jawatan mahupun gaji, ia masih belum cukup menandingi rasa kepuasan atau satisfaction kita terhadap kerja... Bila kita suka akan kerja itu kita seperti tidak kisah benda lain. Promotion, kenaikan gaji itu satu bonus pada kita... Dan dia pula kini berasa menyesal kerana menerima tawaran tersebut. Ana rasa bersyukur tak terima tawaran daripada Citibank. Sebab Ana perkara pertama yang Ana fikir ialah tempat itu seperti tiada chemistry dengan diri Ana. Walaupun Ana suka apa yang dia tawarkan dan job function Ana, Ana dapat rasakan yang Ana tidak akan gembira seperti mana xstaff kitaorang itu... Sekarang Ana cuma mampu berdoa yang dia tabah menghadapai semua ini dan tidak menyesal dengan pilihan dia ini...