Tuesday 14 February 2012

My life starts as ... a sportwomen :-D

Fuh... mana  berat badan tak naik... sejak form 1 berat Ana 35-36kg jer...huhuhu... segala jenis susu weight gain, melantak time raya, makan tido makan tido... semua tu tak jalan ke atas body ala-ala model ni..(cuma kurang tinggi jer..hehehehe). 

1. Angkat berat
Masa kat sekolah, Ana ni jenis follow rules... Anak cikgukan... Tapi Ana rasa ia merupakan salah satu faktor kenapa berat Ana tak naik... Masa kat sekolah, Ana tak simpan buku sekolah dalam laci meja Ana... berat oo buku sekolah... Kalau hari itu ada subjek Sains misalnya, dari buku nota yang panjang tu, buku amali, buku teks yang tebal, buku rujukan, buku kerja...padahal bukan tak tahu hari itu masuk lab ker tak... dan beg sekolah Ana tak ada roda yer yang ala-ala lawyer bawak beg pergi mahkamah tu... walaupun cara ini mampu maintain berat badan Ana (angkat berat) tapi dalam masa yang sama dia buat Ana tak membesar.. kalau tak mesti dah masuk magazine... hehehhe...think positive --> maintain cute...

2. Spa
Mahal ooo nak masuk spa untuk bakar lemak... Tapi cara Ana murah dan senang dan sangat berkesan hingga ke hari ini walaupun dah tak berspa... Masa sekolah Ana terlebih aktif... semua kelab, badan beruniform punya aktiviti Ana join. Kalau student balik 2.30 petang, Ana balik pukul 5.30 petang... Best ooo dok sekolah lepas waktu belajar... leh study dengan aman dan kacau cikgu (attention seeker)... Nak balik tu jangan harapla nak call Mak suruh jemputkan... gerenti Mak cakap siapa suruh balik lambat... sebab Mak mengajar dekat dengan tempat Ana belajar, jadi Mak lah yang bertanggungjawab untuk hantar dan jemput tapi kalau dah mengada-ngada nak stay, pastu rumah lak jauh, memang takde kerja la nak pergi balik pergi balik kan... Maka Ana pun kena balik naik bas... Bas waktu ini amatlah dasyat sampai bila Ana dapat Kancil, sesaat pun tak terfikir nak naik bas balik rumah... Sebabnya bas ini dah la tak banyak, adalah 3 buah macam tu kot... lepas tu perjalan jauh...dari Terminal 1 terus ke Kuala Klawang lepas tu pergi Titi pastu patah balik ke Kuala Klawang pastu baru pergi Seremban... So waktu menunggu itu amatlah dasyat sebab Terminal 1 (stesen bas) tu dah la sesak dengan umat manusia yang tak kira bangsa, agama, jantina mahupun keturunan... dengan asap rokok, ditambah pula kepanasan petang saat sang suria mula nak terbenam dengan bahang kepanasan petang... Rule tunggu bas no 1 - Seremban-K.Klawang-Titi ini sila beratur awal-awal sebab ramai umat nak naik samada failed paper sivik atau memang tak reti nak bertolak ansur... Memang tak boleh duduk sekejap... Kalau bas tu sampai dalam 2 jam, berdirilah selama 2 jam... Lagi-lagi hari minggu time budak asrama keluar outing... Nama jer blajar kat MRSM, SBP tapi perangai seriusly tak boleh cakap... even ada orang bawak budak kecik pun diaorg peduli apa kan... Bila bas sampai, aksi tolak menolak itu biasa...Siapa bawak budak kecil haruslah mengalah dengan orang muda... baik orang tua mahupun orang muda ... Berebut naik bas semata-semata nak dapat tempat duduk... paling tak best bila penumpang tu boleh pulak chopkan tempat duduk sebelah dia untuk kawan dia... Kalau time budak asrama balik, memang penuhla bas tu dengan beg diaorang yang macam baru lari daripada rumah... Bas no1 itu pun waktu dulu takde la daif sangat tapi memang hazab... katakan bas boleh bawa 40 penumpang, disebabkan kekurangan bas yang jalan serentak dan masa menunggu untuk next transit amatlah lama, sebab itulah semua pun berebut nak naik.. jadi bas itu bawalah 80 orang... memang sempit dan hazab...siapa yang kena berdiri memang menguji daya ketahanan... lepas itu, bas tersebut adalah bas berhawa dingin, tapi sama ada rosak (lama betul aircond rosak) atau umat manusia ramai sangat sampai leh kena saman sebab terlebih muatan, aircond dia memang tak rasa...huhuhhu... maka berspa lah dalam bas itu dari Seremban ke Kg Baru Pantai... Tempat duduk best dekat 2nd door kat tengah bas... sebab at least adalah udara luar masuk (takde tingkap nak bukak)... sebab itulah kot bila Ana bawak kereta, Ana lebih suka buka tingkap daripada pasang aircond...huhuhuhu

3. Jalan kaki
Orang perempuan selalu guna alasan window shopping sebagai salah satu jenis senaman... Betul lah tu... tapi mesti keluar duit jugak kan.. Pergi makan McD, tengok-tengok kasut pastu terbeli kasut... Ana pula, turun jer dari bas yang hazab itu, dari jalan utama atau pondok bas, nak ke rumah Ana, kena jalan kaki ..500meter.. berbukit sikit..pastu lalu kawasan perkuburan Islam... kalau balik time malam sikit scary ooo...tapi Ana dah biasa dah... dah la baru pas berspa, pastu jalan kaki 500m dengan bawa beg sekolah yang beratnya paling-paling pun 2-3kg...

4. Makan bila lapar
Dalam banyak-banyak sunnah Nabi, makan bila lapar berhenti sebelum kenyang yang melekat kat Ana... sebab tu Ana makan sikit tapi banyak kali... so Ana leh rasa macam-macam makanan terutama time raya dan berat Ana tak naik pun..kalau naik pun adalah 1/2kg ke 1 kg pastu esok dah kembali ke normal balik walaupun tido terlentang dengan perut kenyang... Lepas itu, Ana adalah anak perempuan yang paling manja dan pemalas sikit ... bab makan buah, Ana suka kalau orang lain yang kupas jadi Ana makan buah dulu sebelum makan makanan berat (dulu yer time sekolah).. kalau tak ada orang kupas, memang tak makan buah dulu lah sebelum makan nasi... Orang kata, makan buah dulu sebelum makan nasi membantu pelawasan.... Hmmm ... kesimpulannya, Ana suka makan buah yang dikupas orang lain... hehehhe... Mungkin cara Ana ni membantu Ana menahan kelaparan malah rasa tak lapar pun kalau tak makan.... Tapi semua itu berubah sebab masa Ana kat matrik Johor, Ana pernah pengsan time solat Zohor sebab puasa... sedar-sedar jer Ana terus masuk kuliah yang tinggal 1/2 jam lagi nak habis dalam keadaan tercungap dan sebab baru sedar dari pengsan pastu terus berlari masuk kuliah, Ana rasa ada tekanan sampai dalam kuliah yang tinggal 1/2jam tu Ana asyik menahan air mata... OK... Ana menangis yer... tapi lecturer buat dek jer... bukan nak suruh Ana pergi toilet ke balik bilik ke untuk tenangkan diri... Esoknya, kelas yang sama, lecturer tu panggil student yang ponteng dan ada seorang student ni cakap dia overslept... lecturer tu cakap Ana pun semalam overslept tengahari dapat gak masuk kelas dengan muka flowerhorn dia tu..hahahha...satu gelas ketawakan Ana tapi Ana tak endah sebab Ana fikir macamana muka orang tahan sakit boleh sama dengan muka flowerhorn lak.... Sekarang ini tinggal tanda tanya....

5. Sekarang
Sebagai perempuan dan juga wanita yang ayu gitu... Ana kekalkan berat badan Ana (niat nak naik berat badan tapi tak dapat) dengan join aktiviti macam marathon (wakil SD Property), join paintball, menyewa di tingkat 3 kat apartment yang takde lif, tak ambil parking kereta kat tempat Ana sewa mahupun kat opis, dan masa kat uni dulu setiap hari Ahad, Ana join senaman aerobic kat dataran Shah Alam... Ana suka senaman aerobik kat Dataran Shah Alam berbanding senaman aerobic kat Kolej Melati...tak keluar peluh langsung... kat dataran Shah Alam tu macam menari even dia pasang lagu zapin pun boleh berpeluh... Sekarang ini..sebab badan Ana kecil, Ana memang dalam keadaan disadvantages bila join game yang ada body connection macam netball, futsal sebab memang akan melayang punyalah... tapi ada jer yang takut nak langgar Ana sebab kesian..nanti melayang budak kecik ni...hahahhaha.... Stamina yes... Ana boleh lari keliling court tapi bab langgar...erk...Ana memang tak sesuai...

Berani Polar bear tu kata Ana dah gemuk sikit... takper...esok ada jogging kat Ara Damansara... paling-paling pun 5km.... hmmm... I wonder perempuan yang badan besar pastu ada spare tayar berani betul diaorang pakai baju ketat.... Ana selalu dengar perempuan malu dengan selulit kat badan diaorang tapi masih pakai pakaian ketat...???? Maybe diaorang selesa begitu... tapi paling Ana menyampah kalau tengok cerita Bigest Loser... menangis bila trainer tegur dan push diaorang sampai separuh mati... bila timbang berat badan, sedih lah... barulah nak fikir kesihatan sendiri, anak-anak bla bla... bukan diaorang tak tahu kepentingan menjaga berat badan tapi entah lah... nak kena tawar hadiah baru nak pikir nak jaga ... jadi sebenarnya nak kurus sebab kesihatan atau wang hadiah itu..kalau sebab kesihatan, awal-awal lagi dia dah buat...jaga pemakanan dan senaman... kenapa harus tunggu tawaran atau pertandingan... Apa pun Ana belajar banyak dalam program itu... contohnya kalori makanan yang kita ambil seharian... orang mungkin nampak kurus tapi sebenarnya tidak...  Jadi Ana pun walaupun nampak cekeding dan kecil, Ana juga kena hati-hati dengan pemakan Ana dan jalani hidup yang sihat... Okieh... selamat menjalani kehidupan yang sihat ...

Tuesday 7 February 2012

My life starts as ... singer versi nyanyi depan cermin

Bila time sedih jer mesti station radio keluar lagu it's my life... macam tau jer Ana sedih... Maybe Kancil Ana tahu yang Ana sedih & dia nak Ana move on... Dulu Ana ada seorang kawan masa Ana time Ana study. Nama dia Iwan... Student catering kat fakulti HOTCAT UiTM Shah Alam. Dia pandai gubah lagu dan pernah buat lagu untuk Ana... Lagu tentang perasaan dia apabila dia cuma mampu lihat Ana dalam komuter ke Seremban meninggalkan KL Sentral. Dia pernah hantar demo tape kat M.Nasir, join group nasyid dan banyak juga buat performances. Sekarang Ana tak tahu apa yang dia buat. Ana rasa dia akan jadi seorang chef yang berjaya. Hmmm... rupa dia macam Mazli cuma Mazli versi lebih cerah tapi ada juga masa, Ana rasa kadang-kadang itu adalah dia... dengan rambut kerinting macam Allycat pastu tinggi dan kurus... Romantik kalau dapat pakwe yg pandai memasak, main gitar dan buat lagu khas untuk awek dia tapi time itu Ana belajar lagi dan Ana jenis adventures... Tak reti duduk diam dan tak suka diikuti (pernah kejar Ana sampai rumah dari Pelabuhan Klang ke Seremban sebab tak bagitau balik kampung)... Mungkin sebab itu Ana tak bersama dengan dia... Ana harap dia jumpa gadis yang sesuai dengan dia dan hidup bahagia dengan gadis yang dia cintai.. Lagu yang dia buat untuk Ana, kaset dia dah rosak sebab dulu Ana selalu pasang...hehehehe... So Ana jadikan lagu Bon Jovi ini sebagai pengubat dan semangat Ana untuk terus kehadapan

This ain't a song for the brokenhearted
No silent prayer for the faith departed
And I ain't gonna be just a face in the crowd
You're gonna hear my voice when I shout it out loud

It's my life
It's now or never
I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said, "I did it my way"
I just wanna live while I'm alive
'Cause it's my life

This is for the ones who stood their ground
For Tommy and Gina who never backed down
Tomorrow's getting harder, make no mistake
Luck ain't even lucky, gotta make your own breaks

It's my life
And it's now or never
I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said, "I did it my way"
I just wanna live while I'm alive
'Cause it's my life

You better stand tall
When they're calling you out
Don't bend, don't break
Baby, don't back down

It's my life
It's now or never
'Cause I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said, "I did it my way"
I just wanna live while I'm alive

(It's my life)
And it's now or never
I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said, "I did it my way"
I just wanna live while I'm alive
'Cause it's my life!

 p/s To my love... Sorry I delete all your entry... hehehe... Sapa suruh pergi marah-marah orang tak tentu pasal...