Thursday 29 December 2011

My life starts as ....... student Forensic Accounting & Financial Criminology edisi presentation Power Point

Ui.... lemah betul dengar presentation ini... lagi lemah bila kena buat report yang kena lebih 20 muka surat + sekurang-kurangnya 50 references atau bibliography pasal report tu... dan yang jadi hari-hari anda lebih 'bermakna' bila lecturer yang korang panggil Dr ke Prof ke Puan ke cakap "Class, next week ada test yer". Maka korang akan kelam kabut beli diari atau planner untuk remindkan diri you yang next week ada test... Baru test tu... belum final exam lagi...

Sepanjang 1 tahun setengah Ana menempuh alam student versi 'post graduate' nie... Semua ini adalah rutin. Even masa degree lagi rasa macam every day is presentation day. Cuma apa yang membezakan Ana post graduate dengan Ana under graduate ialah sekarang ini Ana ambil part-time. Jadi Ana kena bahagikan masa Ana untuk kerja + belajar... Boyfriend merajuk??? Awal-awal Ana cakap kat dia apa yang akan dia hadapi... Kalau dia tak boleh terima atau bertolak ansur, Ana rasa yang Ana takde masa nak fikir macamana nak pujuk sebab assignment dan kerja office dah beratur dalam diari / planner Ana... Keluar dating??? I try to kosongkan satu hari untuk spend masa dengan dia... Even my family pun tak merungut kenapa tak balik seremban ini kan pula bf... Lainlah kalau dia sponsor yuran Ana kan... (harap dia sponsor my PHD...hehehehe...) Jangan bf, even my friend pun bising sebab tak reply sms dia atau call back... "Hana... handphone tu ada function replykan..." or " Hana, do u know maksud miscall tu apa?".... Sorry guys... Ana memang 'jahat' bahagian ini... Bukan Ana sengaja taknak angkat...dah handphone tu masuk list entah nombor brape tah bulan tutup account + presentation + nk buat report + quiz / test / exam.... 

Patah balik ke tajuk utama... PRESENTATION... sebagai student MASTER DEGREE (leh panggil sifu ni) secara part time, assessment Ana ialah 60% dan 40% pula final exam. Assessment tu termasuklah quizes, presentations, write-up report, test, kedatangan dan participation dalam kelas (kalau bising tanya itu ini leh dapat extra markah depend kat lecturer la kalau nak bagi). Untuk lulus kena score sekurang-kurangnya 'B'. Kalau dapat B- dikira failed... Time degree dulu, B- tu pun dah consider bagus. Bagus la compare yang dapat C+ dan ke bawahkan... Disebabkan assessment 60%, kemungkinan lecturer akan membantu jika Allah buka dan tenangkan hati dia... Janganlah nanti bising-bising, marah-marah kat lecturer sbb gagalkan korang nanti kalau kelas pun tak datang, assignment pun tak buat, present pun baca slide tapi harap dapat markah tinggi... Benar, peperiksaan tidak cukup menunjukkan sejauh mana daya aplikasi itu diuji.. Ada orang anggap ia hanya menguji daya ingatan menghafal teori, kes dan apa sahaja yang perlu daya hafalan. Tapi peperiksaan cukup menguji sejauh mana korang mampu selesaikan masalah dengan daya kretiviti korang sendiri dan kretiviti itu datang dari pembacaan.

Baru-baru ini Ana kena present untuk kelas Accounting in Public Sector... lecturer ni bukan sebarang lecturer bila masuk bahagian presentation sebab 

1. tak boleh tengok slide walaupun baca tajuk kat slide power point tu (tips Ana: cari tajuk pendek dan mudah ingat...)

2. Slide tak boleh terlalu banyak wordings (tips Ana: kasi dia byk gambar, contoh flowchart ... ini boleh tgk slide.. lepastu amik benda penting jer dan jadikan key-word... kalau tak ingat boleh goreng, merapu kat depan kelas tu... kalau bagi ayat penuh, salah cakap susah.. nanti dia kata dalam slide lain maksud dia tapi cakap lain...kantoi sudah sebab tak membaca...hehehehe...) 

3. Semua orang nervous bila kena present kat depan orang ramaikan...dan selalunya kita nampak even orang yang terrer bercakap pun menggigil tangan dia nak tekan butang next... orang kata kena practice selalu... (tips Ana: pegang something seperti pen atau gulungan kertas...banyakkan mainan tangan... pusing-pusing tangan tu, gerakkan badan, jalan sikit-sikit macam seorang cikgu mengajar budak sekolah...kejap ke kiri kejap ke kanan... dan jadikan presentation itu bukan benda yang formal... jadikan presentation itu satu cerita atau gosip politik sebab orang suka dengar  daripada dengar teori orang genius yang orang biasa pun susah nak faham.)

4. Nak jadi first presenter atau last?? Kalau present awal / volunteer nak present dapat markah extra tak???? (Tips Ana: Bila jadi group pertama yang present, lecturer akan kurang sikit dia punya expectation dia terhadap presentation tapi bila dah masuk group kedua dan seterusnya expectation dia akan meningkat. Benda yang patut dia tegur untuk group pertama dia akan tegur kat group selepas group pertama... Cuba baca keadaan sekeliling kita... Contoh macam lecturer ini suka komen panjang-panjang sampai 10 minit, maka secara teorinya, tak semua group dapat present dalam masa yang diperuntukkan melainkan kalau 1 hari itu untuk presentation jer... Kalau kes lecturer tu jenis komen panjang-panjang dan akan drag presentation ke minggu depan cuba jadi group last present... Jangan push nak present hari ini jugak semata-mata taknak present minggu depan sebab nak keluar dating... Sebabnya korang akan kena 'ATTACK' dari first slide lagi. Belum habis cerita introduction....huhuhhuhuhu... Bila korang punya presentation kena drag, baiki presentation korang cepat-cepat sebab korang mesti dah tahu apa yang lecturer korang nak kan based on comments dia kat group lain...)

5. Korang kena prepare telinga korang dan terima hakikat bila presentation korang kena komen sbb tak cukup isi atau data atau tak best sebab korang baca slide atau presentation korang tu  copy-paste & dia mungkin akan kata "student degree boleh la present macam ini..." (Tips Ana: terima hakikat dan cakap akan baiki secepat mungkin dalam report... Jangan melawan... Cuba pujuk dengan menyatakan pandangan korang terhadap isu itu dengan rendah diri... Mungkin korang faham lain dan dia faham lain, so just take it and learn sebab dia ialah lecturer... Mungkin korang boleh bagi experience kerja korang untuk defend diri korang sebab yer la... work life dan teori kadang-kadang bertentangan dan lecturer suka dengar experience orang bekerja ni... nak 'goreng' sikit pun boleh tapi mestilah logik)

6. Kemampuan bercakap dalam English rendah + nervous ( Tips Ana: jadikan presentation itu satu cerita... guna bahasa mudah dan intonasi banyak membantu dan melihatkan korang ni cool....hehehehe... contoh Well... (2 harkat) bla bla bla.... (kalau kena sebut etc... korang boleh guna word yada yada yada dengan tangan berpusing dan muka pun yada yada yada... maybe boleh relaxkan presentation korang tapi kena tgk keadaan sama ada korang perlu serius atau rilex.... )

So far tips ini berjaya kat Ana... hehehhe... Ana mungkin tak terrer sampai tahap orang kagum dekat kita macam seorang budak lelaki x- Sime Darby MAP yang belajar kat New York.. lagi-lagi kena cakap omputih (Ana cuma gadis kecil datang dari kampung..chewahhh)...  tapi semua cara ini so far membantu Ana mendapatkan keyakinan untuk present depan kelas... Kalau depan bos besar, mesti hilang semua vocab...hahahaha... Diri sendiri tahu kemampuan dan sejauh mana boleh pergi... Tak pernah ada titik noktah bila bercakap pasal kemampuan. Kalau ada pun titik noktah itu pun sebab kehendak diri sendiri yang mewujudkan batasan pada kemampuan diri sendiri... 

Ada satu pepatah ini kalau takut dilambung ombak jang berumah ditepi pantai... Kenapa wujud perasaan takut pada ombak sedangkan rasa takut itu hanya pada yang Satu. Kalau dah tahu berombak, ciptalah rumah yang ada pelampung tahan lasak kalau nak duduk kat pantai tu jugak la.... semoga ini menjadi langkah pertama Ana menjadi orang yang lebih baik dan bagus bila present di masa akan datang dan sepasang baju suit cukup memberi keyakinan Ana boleh present dan orang di luar sana pasti ada sesuatu yang menjadikan dia boleh present dengan baik kan....

Saturday 17 December 2011

My life starts as ....... a dreamer versi cita-cita nak jadi arkitek...

Dulu masa kecil-kecil tak pernah bayangkan yang Ana akan bekerja dengan buku akaun dan segala yang berkaitan dengan akaun. Masa kecil, Ana suka melukis sebab Abah galakkan Ana melukis tapi Ana tak pernah bayang nak jadi seorang pelukis. Masa kecil bila guru tanya di dalam kelas, Ana akan cakap nak jadi pramugari sebab Ana nak naik kapal terbang dan pergi negara orang. Bila semakin dewasa, mungkin sebab DNA parent Ana yang berkhidmat sebagai seorang guru tu ada dalam DNA Ana dan ditambah pula dengan harapan parent Ana yang nak sekurang-kurangnya salah seorang daripada adik-beradik Ana meneruskan warisan keluarga ini, Ana rasa macam nak jadi cikgulah.... Tapi rasa macam terlalu awal nak jadi cikgu...

Ana ni jenis degil tak dengar cakap tapi manja... Ana tak suka ikut orang... Kawan-kawan Ana sibuk isi borang pengawas sekolah, Ana isi borang librarian. Kawan perempuan join Puteri Islam, Ana join Pandu Puteri... Orang apply kolej matrikulasi dekat dengan rumah, Ana apply jauh daripada rumah. Mula-mula Ana pilih pilihan pertama Ana di Labuan, pilihan kedua di Perlis dan pilihan ketiga di Kedah. Tapi Ana kena tukar pilihan kolej matrikulasi Ana sebab kesian kat Mak nanti rindu kat anak perempuan dia seorang ini (Mak tak bagi dok jauh-jauh)... jadi Ana berjaya menempatkan diri Ana di pilihan pertama Ana iaitu Johor...Walaupun boleh kata dekat dan kampung Abah pun di Johor, janji Ana keluar dari Negeri Sembilan sebab Ana nak merantau.... Lepas Matrik, semua budak akaun apply UUM dan UM. UUM sebab UUM lebih dikenali sebagai business school dan UM pulak universiti yang berprestige... Tapi Ana apply UiTM...sebabnya...kalau nak kata takut tercampak ke course lelong, pointer Ana teramatlah OK sebab tu dapat apply scholar JPA... Di pendekkan cerita, Ana tak suka ikut orang sebab nanti rasa tak best... Mungkin sebab itu Ana tak ramai kawan perempuan sebab Ana tak suka shopping baju, handbag, kasut, make-up dan apa sahaja untuk menampakkan rupa perempuan atau sinonim dengan perempuan... tapi Ana bukan tomboy cuma lasak dan ganas sikit jer ... hehehehe


Jauh dah dari tajuk kat atas tu... Cita-cita nak jadi arkitek???? Tak tahu nak panggil apa sebenarnya, sebab niat asal cuma nak reka dan bina sebuah bangunan yang macam shopping complex tapi bukan shopping complex....Ana nak bina dan manage satu bangunan sebesar Mid Valley dan maybe lagi besar dari itu... Ana tak nak bina shopping complex yang dah banyak sangat kat Kuala Lumpur ini.... Bukan KL jer...mana-mana negeri pun ada shopping complex jual baju, kasut, handbag, kedai makan dan lain-lain ... Bangunan sebesar Mid Valley atau lebih besar itu akan memenuhi impian Ana sebagai seorang yang lasak dan ganas... Di dalam bangunan itu ada ruang untuk pengunjung ke bangunan impian Ana ini bermain ice skating, paintball secara indoor, bowling, futsal, archery, rock climbing, gym, snooker, squash,  apa-apa sport yang boleh dibuat secara indoor dan sedikit entertainment seperti arcade dan cinema... Arcade bukan sebarang Arcade... dekat sini pengunjung boleh bermain permainan secara online (mungkin ditambah dengan fungsi 3D)... Di luar bangunan, akan ada tempat untuk go-kart dan juga tempat untuk bermain roller-blade, skateboard, basikal, yang penuh extreme itu... Bila dah extreme itu, mesti akan ada yang injured nanti... so kena sediakan klinik kot-kot ada yang pengsan tengok darah nanti.... Mungkin Ana juga akan buat satu ruang atau bahagian yang pengunjung boleh duduk membaca, membeli dan download buku. Teringat masa kecil bila Abah tinggalkan Ana dan adik Ana, Fikri kat kedai buku... Memang puas kitaorang baca komik hari itu.... Bestkan bila kita boleh nikmati semuanya dalam satu bangunan dengan harga yang competitive...

Ana tak tahu nak panggil bangunan impian Ana ini apa sebab Ana cumalah gadis kecil yang asal dari pinggir bandar... Family Ana pun bukan kaya sangat dan bukan ada title Tan Sri ke Dato ke... Ana tak tahu di luar macamana? Ada ke bangunan impian Ana ini??? Agak-agak kalau CEO Sime Darby baca blog Ana ini, dia akan realisasikan impian Ana tak? hehehehe.... Biarpun Ana tak terlibat secara langsung atau tidak langsung, dan takde nama Ana pun dalam upacara perasmian,  tapi Ana gembira kalau ia berjaya dibina sebab Ana tak mahu lihat anak muda remaja lepak menghabiskan waktu petang tanpa aktiviti yang berfaedah... Ana yakin, remaja-remaja ini mempunyai potensi dan hanya perlukan tempat yang sesuai dengan jiwa remaja mereka yang aktif dan lasak itu... Bagi remaja yang bercinta, pastilah mereka mempunyai aktiviti yang menyeronokan di hujung minggu... Ini tak...time dating jer makan, tengok wayang... tak bosan ke tiap-tiap minggu tengok wayang... lepas tengok wayang, pergi makan pastu borak-borak kosong pastu balik....sungguh membosankan... tidur kat rumah lagi best...

Mungkin Allah nak Ana belajar macamana nak uruskan akaun dahulu sebelum capai impian Ana yang satu ini... Harap-harap impian Ana ini bukan sekadar angan-angan... Memang best kalau Ana yang merealisasikannya tapi orang lain buat, Ana tumpang gembira dan semestinya Ana akan join jadi membership... :-D

Thursday 15 December 2011

My life start as ....... a bookworm maniax...

Macam pelik lak ada maniax kat bookworm... tapi serius memang maniax lar... Selalu orang ingat orang kaki buku ini mesti nerd... bercermin mata tebal... rambut hitam pendek belah tengah dan muka penuh jerawat???? Well, ulat buku yang ini memang comel, hot dan seksi (???).... 


Ana memang suka membaca... masa sekolah rendah Ana tolak jadi pengawas sebab Ana nak jadi librarian... sampailah ke sekolah menengah... Masa kecil, Ana pernah curi duit nak beli buku tapi terkantoi dengan Mak... Buku yang Ana nak beli ialah koleksi kisah dongeng dan satu lagi ialah kisah 25 rasul yang penuh gambar dan warna... Orang kata dengan parent ini... kalau nak menipu ke mesti tak lama lepas tu dah kantoi...hehehehe....

Bila masuk sekolah menengah, Ana dan adik Ana, Fikri kitaorang pakat nak share duit...kumpulah baki duit belanje yang Abah bagi untuk beli buku... macam biasalah, alam remaja...komik lah buku rujukan kitaorang... sanggup tak makan semata-mata nak beli komik.... Dari komik Hong Kong macam dendam kesumat, alam pewira, dewata raya, juara wira... semua kitaorang baca... Ditambah pula dengan Dragon Ball, Dragon Quest, Sailormoon, Rave Master, Hunter-X-Hunter, One Piece... fuhh... memang penuh la almari kitaorang.... Tak ketinggalan dengan komik Gempak, Utopia, Kreko time tu....


Bayangkan kalau kitaorang brape banyak duit kitaorang habis dekat komik jer... Kalau kira-kira balik, duit yang guna beli komik ini kalau masuk ASB agak-agak dah berapa ribu dah dalam akaun...huhuhu... Selain komik, novel pun Ana baca jugak tapi bukan Ana beli, orang lain beli...Ana baca jer tapi Ana adalah koleksi Ana sendiri... Bila bosan, Ana baca magazine yang Mak beli macam Perempuan, Keluarga, Wanita, Saji pastu apatah lagi...banyaklah... Kadang-kadang bukan baca sangat magazine Mak time tu... Kalau ada cerpen yang best, Ana bacalah... Pastu tengok fesyen baju yang well... kadang-kala agak mengarut fesyennya...

Sekarang ini di zaman millennium yang serba canggih... Thankz to En. Faiz yang psycho sikit tu... I hate him!! BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI .... Sebab dia Ana beli Amazon Kindle Touch yang giler best ini... Ditambah dengan akaun kat Amazon...fuhhh.... Buku yang Ana nak baca dari dulu tapi tak dapat baca sebab dah jadi budak baik akhirnya Ana dapat jugak... Thankz to him yang introduce Amazon Kindle Touch ini, assignment Ana pun lari sikit dari schedule..hahahaha...  Dear Miss Kindle, Ana ADA BANYAK ASSIGNMENT NIE........!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Dengan ada Ana punya Amazon Kindle Touch  yang best lagi sesuai dengan kegilaan dan penyakit bookworm ini... (dah jadi macam dadah pulak Kindle ni sampai tak ingat benda lain) + akaun kat Amazon... Ana dah berjaya meng'complete'kan benda yang harus didownload.... Dulu terrer download movie, lagu, dan sekarang buku.... Walaupun tak seterrer Faiz yang terrer bab download sebab dia memang techno maniax, tapi Ana tetap akan terus belajar menjadi 'pirate' yang comel...hahahhaa...  

Kini, dalam Kindle Ana, buku yang harus dibaca Sherlock Holmes, The Picture of Dorian Gray, Star Wars, Harry Potter, Pride & Prejudice, The Art of War, dan panjang lagi list ini.....


Dengan Kindle yang best ini...dengan ciri-ciri yang
kecil - muat masuk dalam handbag
bateri yang tahan lamalebih daripada 1 minggu
tak sakit mata
ada MP3
boleh tolong baca artikel atau novel tu
boleh highlight text pastu buat notes
ada dictionary yang boleh tolong check maksud

Ana boleh baca di mana-mana sahaja kecuali dalam bilik air...hehehhe.... Al-kisahnya Kindle ini...Faiz rasa kesian tengok Ana print artikel untuk Master Ana banyak-banyak lepas tu nak kena baca...I HATE FAIZ!!!! I HATE  KINDLE but I LOVE  KINDLE... wawawawawawawa..... 

Faiz kalau bab gadget IT ini...dialah yang pakar...cakap apa sahaja... nak cari barang apa yang bagus, murah, kedai yang bagus, orang yang jual semua lah, memang dia akan tolong dan carikan... So, sapa-sapa rasa yang confius  bab IT ini baik nak beli laptop ke TV plasma ke LCD ke, internet ke even format laptop boleh cari dia...dia akan buat sepenuh hati... lepas tu memang service dia mantap dan tip-top dan dia juga akan bagi advice as a consumer, not as a seller (En.Faiz sila hulur commission sikit kat sini yer...)

Even though my level of pirate memang rendah lepas tu pengetahuan Ana terhadap gadget dan application IT pun rendah compare dengan Faiz mahupun Zulhelmi mahupun Abang Khairuddin mahupun Ben atau adik Ana sendiri, Fikri dan sesiapa sahaja yang belajar IT .... tapi tak bermakna Ana tidak tahu langsung dan terus menjadi tidak tahu... I watch, I hear, I read and I learn... Sebab tu ada orang impress kat Ana sebab berjaya memecah password quiz mingguan daripada Prof Syed... Riak kejap...hehehe... Orang nampak kita diam tak bermakna kita tidak tahu apa-apa atau bodoh atau kita mengaku kalah atau bersalah atau apa-apa lagilah... Tapi Ana diam sebab Ana sedang syok berkindle sambil berbueno... kinder bueno yang fuhhh....nikmat hingga tak cukup satu)...banyak ni buku (e-book) yang harus dibaca... 










Friday 2 December 2011

My life start as ....... a lover siri kaki makan.....yum2x

Siapa kata orang yang perut kecik ni nafsu makan dia pun kecik jugak???? OK, my weight is 36kg and my height is 152...agak petite jugak la kan... Masalah terbesar Ana ialah walaupun makan banyak especially time raya, berat Ana tak pernah naik... Best tak.. Makan banyak tapi badan macam model ( tak termasuk ketinggian yer)... Model-model perempuan kat sana tu puas la makan segala jenis pil untuk jaga berat badan dan sentiasa kelihatan kurus supaya muat baju nanti nak pakai... Tapi kalau terlalu skinny pun tak comel kan..huhuhu... Walaupun Ana melantak banyak, rahsia Ana untuk kekal kurus..chewahhh... nombor 1 berpantang makan sekarang sebelum dah tua nanti.... Walaupun Ana kuat melatak tapi Ana memilih jugak... Buah-buahan sangat penting untuk membuat muka sentiasa kelihatan comel gitu... Yang oily2 ni Ana balun gak tapi kuantiti sikit jer.. Lepas tu amalkan makan dalam kuantiti sikit tapi kerap. Baru leh makan macam-macam kan. Ni tak... amik ayam goreng sampai 5 ketul pastu melepas puding buah yang mengiurkan itu...

Selain daripada melantak, Ana suka layan rancangan TV pasal masakan. Dulu tak layan sangat program marilah memasak kat TV ni..lagi-lagi kalau rancangan Melayu...Macam tak menarik langsung sebelum wujudnya Astro ni... Sekarang Ana tengok Hell Kitchen, Masterchef USA, Masterchef Australia, Top Chef, & Cake Boss. Nak Ana kata Ana salin resepi tu takde lah. Tapi Ana suka tengok diaorg masak dan Ana selalu pikir apa yang Ana akan masak yer...hahaha...berangan la tu... Ana paling suka Hell Kitchen.Kalau ana di invite ke hell kitchen, Ana kena bawak bekal sebab takut service lambat pastu dengar la maki hamun dari chef Ramsay... orang kata dia kat kitchen jer macam tu tapi kat luar dia sangat romantik... Anak-anak perempuan dia pun cantik bangat...


Tapi bukan sebab Hell Kitchen ataupun Masterchef  (Masterchef Msia tak tengok :-P) yang buat Ana suka pada rancangan memasak tapi ada satu cerita korea ni..tajuknya Jewel in The Palace... Ana pujilah pelakon-pelakon dia especially Jang Guem lakonan Lee Young-ae memang menjadilah..Time sedih memang menangis la tapi tak lah sampai habis satu kotak tisu kan... Cerita yang bertemakan masakan di istana Korea dan kesungguhan Jang Geum dan gurunya menempuh cabaran dalam menghasilkan masakan yang berkhasiat dan akhirnya dengan sifat ingin tahu berjaya menjadi seorang doktor wanita istana yang tidak mencampurkan politik istana  (biasalah gundik-gundik maharaja) dengan tugas dia untuk merawat orang... Dia tak kisah pasal pangkat pun walaupun dia boleh dapat dengan senang... sebab Maharaja sangat suka kat dia sampai Maharani suruh ambil dia jadi gudik tapi dia tolak demi cinta dan bakat dia dalam bidang perubatan


Walaupun Ana kuat melantak tapi Ana sangat memilih... Kalau fast food tu, tak perlu cerita.... baik yang murah atau pun mahal sikit...McD, KFC, Pizza, Domino, Nando, Subway, Starbuks, Katakan sahaja... akan Ana order dan claim kat company sebagai bayaran OT Ana tu...huhuhuhu... MacDonald ataupun orang yang malas kata McD... Ana paling suka.... McChicken...


Berapa banyak kalori yang masuk dalam badan Ana???? KFC pulak..tak kisah tapi wajib ada cheesy wadges...


Pizza pula Hawaiian Chicken Supreme la...Yang lain-lain macam tak masuk dengan selera atau baru makan satu potong dah muak atau kenyang... Kalau hawaiian chicken mau 3 - 4 potong tu untuk Ana seorang... Sebut pasal Pizza Hut, Ana, adik Ana-Fikri a.k.a Boboi dengan seorang kawan dia Hafiz, kitaorang bertiga pernah keluar makan pizza bersama-sama untuk release tension. Ana nak lepas tension sebab watu itu Ana buat pertama kali dalam sejarah Ana fail subject...Giler frust la... dan Boboi pula frust sebab dia waktu kat Arau pointer dia 3.49 ke 3.48... Hafiz lak tumpang sekaki dua dalam siri release tension ni... Jadi kami bertiga pergi ke Pizza Hut dekat Seremban dan kami order set makan untuk 6 orang... Giler nafsu orang tension sangat besar... Lepas itu, nampak pulak A&W... pergi Root Beer A&W... amik botol punya... ikut kan hati nak tapau mozilla burger... Pergh... Puas hati beb...tapi itulah...tetap tak naik berat badan...huhuhuhu


Domino??? Semua pun nampak sedap jer pizza dia... Nandos pulak Ana tak tahu apa yang jadi favorite Ana...huhuhuhu... dan Subway pulak banyak pilihan boleh pilih dari jenis roti, pastu nak tambah apa, tuna ke, seafood ke, veggie ker, daging ke ayam ke...dan apa-apalah yang rasa sesuai dengan citarasa masing-masing....tapi kena pasti ada dalam list diaorang yea.. pastu nak tambah cheese, pastu tambah sayur tapi ana tak suka bawang...pastu nak tmbah mayo ke apa jenis oil ke suka hati la..... Memang kena buat banyak try & error untuk dapatkan kombinasi yang perfect dengan tekak masing-masing....

Ana & Boboi suka try & error bab masak-masak nie...  pernah try buat kebab dengan campur segala jenis cheese yang ada kat supermarket... Kenapa cheese tu lain-lain nama tak tahula... tapi kitaorang suka sangat dengan cheese... Kalau boleh semua pun nak bercheese... Bila buat kuih raya, kitaorang selalu end-up dengan resepi sendiri... Buku resepi takat nak tahu sukatan gula, tepung, telur jer...lain-lain kretiviti kitaorang... Selagi boleh tambah kitaorang tambah...Begitu juga bila buat kek... Ni lah akibat kalau takde proper training dalam bab masak2 ni...tapi licin yer...jadi hot stuff... Paling tak jadi ialah nak buat kuih tart... Susah giler... Patut lah mahal orang jual kuih tart..Memang susah ooo... Last-last doh tu kitaorang buat biskut biasa jer... Kitaorang pernah try buat pizza sebab mak bawak balik yis roti... Macam-macam kitaorang bubuh sebagai topping... cheese, hotdong, tomato, thousand island, mayo, black paper sikit, dan macam-macam lah... sampai menggunung topping dia...

Sekarang duduk umah sewa... balik kerja pun lambat dan weekend ada kelas... so takde masa nak test resepi baru... Nasi + telur goreng dadar + kicap dah cukup buat Ana... memang itulah Ana makan dari kecil... Lepas habis study dan belum dapat kerja lagi, Ana kena jaga nenek so Ana kena fikir menu yang berlainan dan untuk orang tua makan... tak boleh keras... mesti ada sayur dan sup atau kuah tak kiralah kari ke gulai ke... tapi yang jadi kegemaran Ana ialah masak kicap...dan Ana suka kicap... orang kata makan kicap leh jadi hitam tapi ternya Ana still putih sampai sekarang  (tak putih sangat sebab berjemur) ...hahaha....  :-D