Tuesday 24 April 2012

My life starts as.... Sime Darbian versi MAP @ GVR Part 1

Masa kemas bilik hari Ahad hari itu jumpa la satu CD ini... Segala jenis cerita yang Ana download dan burn dalam CD sebab menyemak dan mengslowkan laptop Ana jer kalau simpan dalam laptop nie... dalam banyak-banyak koleksi CD cerita itu, ada satu CD yang Ana burn short movie yang kawan-kawan MAP Ana buat masa kitaorang semua ikuti program Sime Darby Map tu kat Genting View Resort... Ana tak dapat jadi pelakon sebab Ana in charge malam Anugerah tu... Ala-ala Oscar gitu.....  So jom layan video diaorang ini....

Tanpa mengikut ranking... kita tonton sebagai kenangan kita bersama di GVR... maybe Ana akan upload satu minggu satu video... tengoklah mood nak berblog nie... okieh sabar... cabutan undi yang pertama untuk group purple dengan tajuk cerita August The Third: The Untold Story... sebuah kisah seram... tidak ada kena mengena antara hidup & mati.... semua adalah lakonan semata dan jangan risau atau takut bila pergi GVR nanti.... Keselamatan anda dijamin..... Tapi jangan tengok sorang-sorang di tempat gelap

Saturday 21 April 2012

My life starts as ... Hana in April part 2

Sekejap jer bulan April dah nak habis... pastu masuk bulan Mei, Jun, Julai dan seterusnya...... Any special event pada masa akan datang???? Kita tunggu dan lihat... hehehehe... Hari ini hari jadi Mr Polar Bear... Happy Birthday.... & kebetulan esok adalah birthday Mak yang ke 58... Meriah sungguh sekolah Mak buat majlis persaraan Mak.... Lama betul Mak berkhidmat kat Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah... Sejak Ana belum lahir... meaning dah lebih 26 tahun la kan.... Student sekolah Mak siap hias kereta Mak macam kereta orang nak kahwin.... dulu Ana bercita-cita nak jadi cikgu sebab ramai cakap Ana ada bakat mengajar.. Mak pun suruh Ana jadi cikgu... Ye lah menyambung tradisi keluarga... Bestnyer jadi cikgu, every year dapat hadiah dari student (hari guru), pastu satu-satunyer pekerjaan kat Malaysia yang boleh cuti sebulan lebih (cuti sekolah), kalau kena pergi kursus, dok kat hotel.... fuhhhhh..... best ooo... So apsal Ana taknak jadi cikgu??? Sebab Ana tamak...hehehehe... Ana dapat tahu kalau Ana belajar Accounting pastu Hons pastu ada MIA, tangga gaji Ana jauh lebih tinggi daripada orang yang ajar Math, Sains mahupun Bahasa Inggeris... So Ana tak tahulah sekarang ini boleh pakai lagi ker tak....

Satu assignment dah hantar dan satu test dah lepas (failed jawab soklan... rasa macam curi kertas jawapan Ana balik jer...huhuhuhu)... So sekarang tumpukan perhatian pada
Individual assignment financial statement analysis----------------------1%
Test financial statement analysis ---------------------------------------0%
Group assignment financial statement analysis-------------------------1%
Group assignment specialize industry----------------------------------70%

Hari ini hari Ahad dan kelas takde sebab lecturer pergi kursus kat PD... So hari ini Ana nak kemas bilik dan buat mula study dengan hati tenang........

Wednesday 4 April 2012

My life starts as ... Hana in April

Dah masuk bulan April... banyak nyer benda nak buat.... cheklist checklist
1. Assignment specialize industry (group) - nak wat analysis - percentage completion 70%
2. Assignment specialize industry (individual) - report on review article --> pening kepala ooo... tak tahu macamana nak review... sebab pasal accounting, rasa-rasa lebih kepada copy-paste... tak terkeluar pun ayat-ayat accounting...huhuhuhu - percentage completion 5%
3. Assignment financial statement analysis (group) - ratio.. tak discuss dengan teamate lagi huhuhuhu - 0 %
4. Assignment financial statement analysis (individual) - review earning management - 0%
Somebody help me....huhuhuhuhu... Ya Allah Kau permudahkan urusan hambamu ini......

Bulan April bukan sekadar bulan April fool jer...
Bulan April ini hari lahir my mummy... semoga dia sentiasa sihat
Bulan April ini hari lahir polar bear
Bulan April ini ada test
Bulan April ini kena hantar assignment individu

dan bulan April ini, kereta Ana kena curi...WAWAWAWAWAWAWAWA..... so sape-sape jumpa kereta Ana Kancil NBV1922 silver tolong la buat report dekat balai polis berdekatan.... YA ALLAH, semoga musibah yang Kau berikan ini memberi hikmah pada sesuatu yang lebih baik...

Al-kisahnya semalam 3hb April, Ana balik kerja pukul 9.30 malam dan parking macam biasa dekat apartment Sri Ara, Ara Damansara... Memang risk parking dekat luar adalah tinggi dan my housemate Zaihan pun ada mention untuk ambil 2nd parking tapi dah office dia buka time orang bekerja dan tutup time orang rehat dan hari minggu pun dia tutup macamana yer...orang kata nak seribu daya... So Ana rasa memang salah Ana lah kalau bab ini...  Ana perasan kereta Ana hilang pagi ini (4hb April) Mula-mula Ana ingat mata Ana ada masalah bila Ana tengok tempat parking kereta Ana dari Kancil silver bertukar jadi Kelisa silver... Then Ana cuba tengok sekeliling kot-kot Ana tersalah parking tapi hampa... Ana call Mr B bagitau dia & my mum... Lucky Zaihan belum pergi kerja lagi, so dapat tumpang dia pergi kerja kejap... Sampai kat opis, Madam, Yvonne, Jacky, Nurul, Jane, Ding, semua ada tenangkan Ana... Sedih la kereta kena curi... Ding & Yvonne cakap claim insurance, half bayar deposit kereta baru half lagi buat belanje kahwin.... wah...sempat ajer pikir pasal kahwin... Never think about it ... Then Ana bagitau Hizwan, staff kat GHO... dia banyak bantu Ana bila time quater. his voice very soft sampai Ana tak leh bayang kalau dia marah macamana... Masa dia call Ana, my Raja datang dan tegur Ding... OMG... my face tak cantik la nk jumpa dia sebab tengah nangis...huhuhu... then I asked Ding... dia buat apa sini... pastu Ding cakap dia nak panggil Ana tapi Ana tengah bercakap dekat telefon & my face tak cantik.... pastu Ana cakap kat Ding... ala...just bagitau je lah so that dia datang kat Ana dan tenangkan Ana...maybe he will say Ana, it just a car & it is Kancil... dont worry about it, I will buy you new one...how bout Sonata or maybe Fiesta??? ..... wahhh...kalau dia cakap macam tu kat Ana, Ana lah orang paling happy kat dunia sebab dapat kereta free... bukan nk curang yer ... atau bersugar daddy. Dia lum kahwin so maybe sesuai perkataan curang but cuma nak hilang rasa sedih & cuba untuk gembira kat opis... Duduk kat tempat akaun ini tension ooo tapi dengan team Ana sekarang ini, Ana rasa seronok kerja... Kesian my Raja sebab jadi bahan Ana... hopefully dia cepat jumpa jodoh dia walaupun Ana mungkin kecewa... Ala ... macam Prince William kahwin dengan Kate la... ramai yang heart broken kan walaupun tahu tak dapat nak kahwin dengan Prince William itu.....


Apa pun, benda dah lepas dan Ana dah buat report polis... To my Kancil, I miss you so much... I hope pencuri itu insaf dunia ini sementara untuk dia ambil rezeki orang. If something bad happen to him/her/them... harap dia tahu ia berpunca dari rezeki yang dia ambil dengan cara tidak sah... Mungkin Ana juga ada silap dan salah sampai Ana terima musibah ini dan mungkin ini untuk elak kan Ana dari sesuatu yang lebih buruk seperti kena rompak dan samun pastu kena rogol... Masyallah...harap dijauhkan... Ya Allah, lindungilah hambamu ini Ya Allah dari segala musibah dan bahaya...Amin