Monday 17 September 2012

My Life Starts as.... Orang Nogori Sombilan

Tetiba nak buat entry ni sebab baru dapat news dari my sis in law yang hubby kesayangan dia a.k.a Abang... baru dilantik sebagai Datuk Malim Panglima dalam adat pepatih yang terkenal di Negeri Sembilan.

Ramai orang takut dengan orang perempuan yang berasal daripada Negeri Sembilan sebabnya... takut sangat harta dia kena bagi isteri yang berasal daripada Negeri Sembilan itu... Takut sangat isteri tu bolot semua harta suami dia... Tapi sebenarnya siapa nak bolot harta siapakan... ramai orang keliru dengan Adat Pepatih ni...

Macam dalam buku Sejarah, adat Pepatih ni berasal dari Minangkabau Sumatera... di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh Raja Melewar... adat Pepatih ni totally berlainan dengan adat Temenggung... Adat Pepatih ini merangkumi perlantikan pemimpin, harta, nikah kahwin, hukuman yang langgar adat... Contohnya pemilihan pemimpin eg. Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan... Pemilihan Yang di Pertuan Besar bukan ikut keturanan..contohnya dari bapa jatuh ke anak lelaki tetapi melalui mesyuarat dan kesepakatan Undang Luak berempat yang terdiri daripada Undang Luak Sungai Ujung atau lebih dikenali dengan Seremban, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol & Undang Luak Jelebu... So siapa pula yang pilih Undang Luak ni pulak???

OK.. dalam Adat Pepatih ini ada 3 kumpulan... Kumpulan yang paling asas dipanggil Perut, pastu yang besar sikit di panggil Suku pastu Luak. Perut ini berasal daripada moyang (keturunan perempuan - sebab Adat Pepatih ni ikut nasab Ibu) yang sama. So setiap Perut diketuai oleh seorang Buapak yang dipilih oleh anak-anak buah Perut tu.... Suku pulak dibentuk dengan beberapa Perut... Kira macam ini lah Perut A1 + Perut A2 = Suku A dan suku diketuai oleh orang yang bergelar Dato' Lembaga... Luak pulak ialah kawasan pentadbiran adat... Yang Utama adalah yang empat itu lah... Sungai Ujong, Rembau, Johol & Jelebu yang diketuai oleh Undang... tapi ada satu Luak dipanggil Luak Tanah Mengandung... Luak Tanah Mengandung ini terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Inas, Ulu Muar, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol. So kalau nak tittle Yang di Pertuan Besar tu sangat... rasuah la semua orang di Negeri Sembilan.... Ada 12 suku semuanya kat Negeri Sembilan...

(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka

Orang kata Adat Pepatih ni sangat sinonim dengan perempuan = harta... Well adat Pepatih ni memang lebih pentingkan perempuan sebab perempuan mengandung dan lahirkan zuriat dan kesinambungan keturunan... sebab tu dalam Adat Pepatih, harta pusaka diberikan pada perempuan sebab harta pusaka itu memang harta pusaka belah pihak perempuan tapi pelik lak bila si suami yang sibuk-sibuk nak tuntut kononnya itu harta sepencarian.... Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat Pepatih ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita adat Perpatih. Reasonnya ialah walaupun miskin macam mana pun wanita itu tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Tetapi, kalau itu adalah harta sepencarian makan pembahagiannya ikut Islam iaitu ikut Faraid... Tujuan harta pusaka termasuk tanah & rumah induk diwarisi oleh perempuan sebab bukan sahaja  perempuan mengandung dan melahirkan anak sekaligus membawa darah keturunan... tapi ia juga bertujuan agar kaum wanita ini terabai jika diceraikan suami... Sebab itu harta pusaka tidak boleh dijual sebenarnya... 

Secara logiknya dalam sebuah kampung biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagikan dari awal keturunan hingga sekarang... Sebab tu kita selalu dengar daerah Rembau, Jelebu & Kuala Pilah ni antara pengikut kuat adat Pepatih... So kesimpulannya ada 5 prinsip utama dalam adat Pepatih ini

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.





No comments:

Post a Comment