Saturday 22 September 2012

My life starts as.... student forensic edisi last semester (kot???)!

Harap-harap ini adalah last semester Ana untuk Master Forensic Accounting & Financial Criminology... Doakan Ana berjaya yer... Last semester ini Ana buat study case atau lebih dikenali sebagai Applied Research... Sebab Ana tak ambil Dissertation atau buat thesis, Ana kena tambah satu kelas elective dan Ana memilih untuk mengambil kelas Financial Management & Dision Making... buat costing la... Kelas ini, Ana bersama Zaza, my best buddy dalam kelas, Azli, Farhana (genius & very very determine person) dan En Hafiz...Ala yang Ana cerita dalam entry Life Life Life. Kelas ini sebenarnya untuk student Master Accounting.. tapi pada diaorang subjek ini adalah subjek core diaorang... So diaorang kena dapat sekurang-kurangnya gred B untuk lulus... gred B- dah failed dah... Pelik kan... Masa time degree tu dapat B- tu pun kira bersyukur sangat kalau nak compare dengan orang yang dapat gred C..huhuhuhu.... Bila Ana satu group dengan diaorang, group kitaorang paling meriah yang Ana rasakan... Baru lah sekarang Ana dapat rasa keseronokkan berkumpulan bila dapat team mate yang best... Cayangggg korang....  Masa Ana amik kelas specialize industry, Ana rasa senang nak communicate dengan Husin walaupun dia student Master Accounting... Buat Zaza, ambil lah pengajaran... Bila ada team mate yang cuba jatuhkan kita, kita mesti pertahankan diri dan jangan lembut hati... Kalau kita jatuh kerana kekurangan diri kita sendiri itu adalah lebih baik daripada dijatuhkan oleh orang lain... kerana Ana pernah alami masa ambil Degree dulu dan sekarang alhamdulillah Ana berjaya mempertahankan kumpulan Ana daripada dijatuhkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab....

So untuk paper Applied Research ini... Ana cadang nak buat Effectiveness of Whistle Blowing Protection Policy... Memang company besar ada policy dan program whistle blowing ini... Segala jenis mechanism company provide macam hotline, email, posters, protection pada whistle blower, whistle blowing community, etc... 



Tetapi persoalannya...sejauh mana keberanian seseorang pekerja itu nak pergi report salah laku orang lain dalam company tu????? Ada protection program...tetapi selamat kah????? Ada community.. tetapi independent kah???? Meaning very very independent & tak bias... Ada hotline & email, boleh pakai nama "Anonymous" tetapi adakah betul-betul Anonymous??? Entah-entah orang tu trace IP address lepas tu jeng..jeng...mimpi ngeri lah tukang report itu.... Telefon apatah lagikan... Paling-paling pun kena buang kerja... kalau lagi teruk maybe orang tu nak balas dendam... pastu jadi kes bunuh, kidnap family kerana dendam... Mungkin ada juga kes yang kita selamat under whistle blowing act nie...tetapi adakah akta ini akan selamatkan kita daripada akta yang lain..dalam kata lain adakah whistleblowing act ini superior daripada manamana akta??? Katakan Ana cakap akaun orang ini sekian banyak duit dan orang tu kena siasat tetapi adakah Ana selamat di bawah Whistle blowing Act??? Entah-entah Ana pun boleh disabitkan kesalahan membocorkan maklumat peribadi orang pada orang lain....Maybe Ana disabitkan kesalahan under BAFIA??? So betul-betul secure ke whistle blowing ini... Kalau niat baik lah... Kalau niat buruk nak jatuhkan orang macamana pula nak handle???? Kita boleh baca niat orang tu baik atau jahat ke??? Maybe leh cipta satu alat yang boleh trace niat orang....  Lagi satu persoalan adalah imej company tu sendiri... mesti tercalar punyalah... kalau company besar, besarlah calar dia... Report orang ambil duit atau curi duit company... Kalau sikit pun lama-lama jadilah banyak kan.... Satu persoalan lagi... kadang-kadang orang kita report buat fraud tu macam terima rasuah ke curi duit company ke...kita tahu ke masalah dia sebenarnya??? Entah-entah dia kena ugut atau big fish yang suruh dan dia hanyalah mangsa keadaan...Ditelan mati emak diluah mati bapa... Tak masuk mulut buaya, masuk mulut harimau.... So whistle blowing progam penuh persoalan....

Pening kan... kepala Ana lagi pening... Walaupun banyak research dah di buat... tapi Ana tak tahu adakah ia sesuai... Nanti tersangkut tengah jalan and nak patah balik dah terlewat....huhuhuhu.... So apa pun doa kan berjaya... Bila dah konvo Ana boleh la simpan duit lebih sikit untuk bayar deposit rumah, teman Mak pergi umrah (lagi 2 tahun), beli kereta baru :-D Best tau konvo ini... Sebab-sebab kenapa konvo ini best

1. Dapat pakai jubah konvo & rasa hari tu memang special untuk kita
2. Dapat jambak bunga dari family, bf, kawan
3. Dapat amik gambar banyak-banyak dengan kawan dengan jubah konvo sebagai tanda kejayaan setelah penat memerah otak selama bertahun-tahun...
4. Ada orang nampak cantik di hari konvo... contohnya time study tak pernah pakai make-up tapi hari tu dia pakai make-up & nampak wow... well..muka Ana allergic dengan make-up ini... hari ini pakai pemerah pipi, esok dah naik jerawat...huhuuhuhu... contoh lain beli baju baru untuk konvo ala-ala beli baju raya... time Ana konvo degree dulu... baju, kasut, tudung, keronsang semua baru..head to toe... alasan supaya masa amik gambar terima scroll tu nampak cantik~ :-D 
5. Dan yang paling penting dapat buat parent you rasa bangga.... Ana rasa Mak Ana dengan bangganya minta cuti nak hantar Ana & Boboy pergi konvo... Mesti dia tulis besar-besar dalam form sebab bercuti itu macam ini ....

"Hantar Anak Konvo"

Kalau berkonvo ini best...adakah Ana akan sambung PhD pastu leh konvo lagi... Dah amik PhD, pastu amik ACCA lak.. konvo lagi... pastu amik apa yer... Maybe.... Insyallah kalau ada rezeki Ana akan sambung... Tapi syarat Mak tak boleh kahwin time belajar~ huhuhuhu....

No comments:

Post a Comment