Wednesday 23 November 2011

My life start as ....... student Forensic Accounting & Financial Criminology edisi liat nak bayar tax

Tax... huhuhu... tak suka nya... tak suka byr tax... tak suka kira tax... tapi tetap kena kira dan bayar tax... Orang kata belajar tax ni susah lepas tu bayar tax lagi susah... agak-agak berapa ramai dekat luar sana yang liat bayar tax yer... Orang pandai kata tax planning ... walaupun plan baik punya sebab kes liat bayar tax atau menyampah dengan government sebab spend duit rakyat macam dia sorang bayar tax atau bermacam-macam tuduhan akta atau fakta kat government sila jangan sampai tertangkap yer.... Selalu orang konfius antara tax evasion vs tax avoidance....  

Tax evasion nie untuk orang yang nak lari daripada bayar tax. Orang-orang ni yang LHDN dok pi kejar dan tangkap sebab tak bayar tax... Contohnya..hmm..takde mengena antara hidup dan mati yer.... 
Ana ada business - interior designer - yang pakai cash. (business kecik jer..hehehe).. Pas tu Ana buat-buat 'terlupa' nak declare income yang Ana dapat daripada renovate kitchen client Ana..harga dia RM8,000... so dalam kes ini Ana telah melakukan kesalahan dan boleh didapati bersalah...huhuhuhu... Contoh yang orang biasa buat tax evasion nie macam 

1. tak hantar tax return kat LHDN
2. terkurang declare income dia dapat atau terlebih declare expenses dia and of coz la dia akan bayar kurang tax kan (kalau terlebih declare LHDN suka...bila nak refund balik ...ehem..ehem.. tau-tau jer la.. kalau salah bagi information untuk refund, boleh kena denda lebih daripada jumlah yang refund tu... baik takyah refund kan. bak kata orang tua kalau nak bagi saya terima jer...).. Kalau lagu nie.. lagu salah bagi financial information, boleh kena denda RM1,000 hingga RM10,000 & tambah special lagi boleh dia bagi penalty double daripada jumlah yang terkurang bayar tu.
3. Lewat bayar tax atau tax installment... Ala,,macam beli kereta.. tiap-tiap bulan kena bayar.. 3 bulan tak bayar kereta kena tarik...

 So, sapa-sapa yang ngade-ngade tak nak bayar tax ni, kalau didapati bersalah, boleh kena denda RM1,000 hingga RM20,000 atau dok kat dalam penjara tak lebih daripada 3 tahun atau kedua-dua sekali. Tak lupa special treatment sebab menyusahkan LHDN pergi kejar korang yang taknak bayar tax ni, dia bagi special penalty 3x dari jumlah yang terkurang bayar tu...

Sejahat manapun korang kat luar sana... Ketua samseng ke mafia ke pembunuh bersiri ke terancang ke... korang mungkin boleh lepas daripada segala undang-undang kat muka bumi ini... Ada satu kes dah lama dah kes ini..bukan kat Malaysia... mamat nie ketua samseng...nama dia Al-Capone...punyalah susah nak tangkap dia...dia masa umur 26tahun dia berjaya control Chicago punya underworld crime dengan kehenseman dan iron fist... tapi bukan macam cerita X-Men yer...xde inject apa-apa besi kat dalam tangan dia...susah nanti nak makan...tapi disebab itulah dia selalu jer lepas daripada undang-undang.... Dia pernah cakap 

The income tax law is a lot of bunk. They can’t collect legal taxes on illegal money.”

Cakap besar betol la mamat nie... tapi akhirnya dia disabitkan kesalahan dengan tax evasion pada 1931 dan duduk la dalam penjara Alcatraz tu... Orang IRB peduli apa dia tu daripada mana yang penting bayar tax sebab kerja orang IRB collect tax...hahahha... Masa kecik-kecik mummy ngan daddy suh pergi belajar amik kelas tax, taknak...benti takat sixth grade jer..cita-cita nak jadi mafia.... Kalau nak jadi mafia, jadila mafia yang low profile...takyah nak tunjuk awak tu kaya... kalau nak buat tax avoidance tunjuk sikit-sikit sudah... tu la..orang kata riak tak kena tempat..kan dah kena... Kalau nak full story leh try tanya Uncle Google kenal tak Al-Capone nie... tapi Ana cadangkan korang baca kat satu website ni...tajuk dia Why was tax evasion the only thing pinned on Al-Capone? Yelah..punyala banyak dosa mamat nie...tax evasion jer dia dapat.... Kalau time tu ada AMLA memang dah kena mamat ni...

Al-Capone

TAX AVOIDANCE ni maksud dia macam nak lari sikit daripada bayar tax la... tapi cara baik ikut undang-undang... kan senang kalau ikut undang-undang...lena jer tidur kan....Tapi hati-hati bila meng'avoid' bayar tax ni... jangan sampai jadi evasion sebab adalah sangat susah untuk tentukan sempadan evasion dan avoidance ni... so bila tengah syok potong sana sini nanti tergigit jari bila orang LHDN tu terpacak depan pintu rumah sambil cekak pingang...siap bawak polis lagi... waktu tu mana mau lari.... Contoh la... kan sebagai tax payer kita dapat macam-macam deduction... buku la, medical la, anak la.. dan macam-macam rebate lagi... so sila guna semaksimum mungkin...tapi ingat...simpan dokumen atau segala resit tu selama 7 tahun...mana tahu kot-kot nanti org LHDN buat cabutan bertuah dan anda salah seorang pemenang yang wajib dilawati... 

List tax offence ni sangat panjang... so siapa-siapa nak cuba try plan nk reduce tax sila beli buku Income Tax Act 1967 (ITA 1967) . Jom check-it-out sikit-sikit ITA 1967.... orang baru belajar kena selak daripada 1st page... kena faham apa jenis income yang kena tax... tu leh baca kat Section 4. Secara am nya ada 4 jenis income yang kena tax... so sila pastikan checklist anda menyenaraikan 4 jenis income ini
a. income atau orang kata profit daripada business
b. income korang datang dari gaji korang. Dalam bahasa omputih employment income
c. dividend, interest atau diskaun...
d. pensions, annuities
e. apa2 jenis income atau profit... pendek kata semua income la kena kira tax ni.. memang tak boleh lari la... nak lari pun pie habaq kat LHDN.. saya dapat sekian-sekian income pastu saya tolak sekian-sekian perbelanjaan pastu tolak la rebate semua...bayar zakat semua so jumlah bersih saya ialah negative,  (kes orang banyak belanja nie) ..kalau negative, try tanya orang tu samada korang dapat refund balik duit yang korang bayar tax sebelum ni ke tak...

Pastu jangan lupa basic utama nak bayar tax nie... korang nie atau business korang resident ke kat Malaysia ni... bahagian nie kena check kat ITA 1967 macamana diaorang kata korang ni resident kat Malaysia ke tak... tak resident kat Malaysia tu bukan bermaksud pendatang haram...pendatang haram tu pun kalau lama sangat lepak kat Malaysia nie korang rasa wajib tak diaorg bayar tax kepada government Malaysia nie... Jawab pas baca ITA 1967 Part IV-Persons Chargeable....

Dalam ITA1967 tu gak ada jenis exemption yang korang leh apply... so orang yang selalu kira-kira tax diaorang akan cuba memaksimumkan dengan semua kemudahan exemption tu... esok kalau LHDN datang cakap la...menurut sekian sekian seksyen dinyatakan bahawa bla bla bla .... di sini disertakan sekali bukti pembelian...chewahhh... baru betul... nak buat jahat (sbb tak nak bayar tax banyak) kena pandai sikit... ilmu kasi penuh.. baru aman hidup...hehehehe...

Pada orang yang suka buat jahat...ok la tak kata jahat..macam teruk sangat kan...Ana kata nakal sikit la... boleh tak? So, pada orang nakal sikit nak bayar tax kurang nie, rajin-rajin la selak ke bahagian
PART VIII - OFFENCES AND PENALTIES... sediakan diri anda nanti kot-kot kena soal jawab dengan orang LHDN... pastu terkantoi maka inilah yang akan korang hadapi... so kot-kot korang rasa insaf ke, Ana bagi list part offences and penalties tu...

Section 112. Failure to furnish return or give notice of chargeability.
Section 113. Incorrect returns.
Section 114. Wilful evasion.
Section 115. Leaving Malaysia without payment of tax.
Section 116. Obstruction of officers.
Section 117. Breach of confidence.
Section 118. Offences by officials.
Section 119. Unauthorized collection.
Section 119A. Failure to keep records.
Section 120. Other offences.
Section 121. Additional provisions as to offences under ss. 113, 115, 116, 118 and 120.
Section 122. Tax, etc., payable notwithstanding institution of proceedings.
Section 123. [Deleted by Act A1028: s.4]
Section 124. Power to compound offences and abate or remit penalties.
Section 125. Recovery of penalties imposed under Part VIII.
Section 126. Jurisdiction of subordinate court.

agak-agak boleh lepas semua, Ana ucapkan good luck and all da best...memang korang berani giler la....

Tapi masalah sekarang ini ialah semester ini Ana ambil paper tax.. orang buat fraud kat tax... orang buat fraud kat tax macam al-capone tu... kalau lah Ana ada experience kat dalam LHDN kan best... tapi nak menghafal seksyen macam classmate Ana yang kerja kat LHDN dan juga seorang tu kerja sebagai inspector polis bahagian commercial crime...Ana tak mampu..Ana cumalah pembayar tax yang bekerja sebagai executive kat finance department... Doakan Ana lepas paper ini dengan warna-warna yang berterbangan... 

Ya Allah, janganlah Kau sesatkan hatiku sesudah Engkau beri petunjuk dan berilah
rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi







No comments:

Post a Comment