Saturday 17 December 2011

My life starts as ....... a dreamer versi cita-cita nak jadi arkitek...

Dulu masa kecil-kecil tak pernah bayangkan yang Ana akan bekerja dengan buku akaun dan segala yang berkaitan dengan akaun. Masa kecil, Ana suka melukis sebab Abah galakkan Ana melukis tapi Ana tak pernah bayang nak jadi seorang pelukis. Masa kecil bila guru tanya di dalam kelas, Ana akan cakap nak jadi pramugari sebab Ana nak naik kapal terbang dan pergi negara orang. Bila semakin dewasa, mungkin sebab DNA parent Ana yang berkhidmat sebagai seorang guru tu ada dalam DNA Ana dan ditambah pula dengan harapan parent Ana yang nak sekurang-kurangnya salah seorang daripada adik-beradik Ana meneruskan warisan keluarga ini, Ana rasa macam nak jadi cikgulah.... Tapi rasa macam terlalu awal nak jadi cikgu...

Ana ni jenis degil tak dengar cakap tapi manja... Ana tak suka ikut orang... Kawan-kawan Ana sibuk isi borang pengawas sekolah, Ana isi borang librarian. Kawan perempuan join Puteri Islam, Ana join Pandu Puteri... Orang apply kolej matrikulasi dekat dengan rumah, Ana apply jauh daripada rumah. Mula-mula Ana pilih pilihan pertama Ana di Labuan, pilihan kedua di Perlis dan pilihan ketiga di Kedah. Tapi Ana kena tukar pilihan kolej matrikulasi Ana sebab kesian kat Mak nanti rindu kat anak perempuan dia seorang ini (Mak tak bagi dok jauh-jauh)... jadi Ana berjaya menempatkan diri Ana di pilihan pertama Ana iaitu Johor...Walaupun boleh kata dekat dan kampung Abah pun di Johor, janji Ana keluar dari Negeri Sembilan sebab Ana nak merantau.... Lepas Matrik, semua budak akaun apply UUM dan UM. UUM sebab UUM lebih dikenali sebagai business school dan UM pulak universiti yang berprestige... Tapi Ana apply UiTM...sebabnya...kalau nak kata takut tercampak ke course lelong, pointer Ana teramatlah OK sebab tu dapat apply scholar JPA... Di pendekkan cerita, Ana tak suka ikut orang sebab nanti rasa tak best... Mungkin sebab itu Ana tak ramai kawan perempuan sebab Ana tak suka shopping baju, handbag, kasut, make-up dan apa sahaja untuk menampakkan rupa perempuan atau sinonim dengan perempuan... tapi Ana bukan tomboy cuma lasak dan ganas sikit jer ... hehehehe


Jauh dah dari tajuk kat atas tu... Cita-cita nak jadi arkitek???? Tak tahu nak panggil apa sebenarnya, sebab niat asal cuma nak reka dan bina sebuah bangunan yang macam shopping complex tapi bukan shopping complex....Ana nak bina dan manage satu bangunan sebesar Mid Valley dan maybe lagi besar dari itu... Ana tak nak bina shopping complex yang dah banyak sangat kat Kuala Lumpur ini.... Bukan KL jer...mana-mana negeri pun ada shopping complex jual baju, kasut, handbag, kedai makan dan lain-lain ... Bangunan sebesar Mid Valley atau lebih besar itu akan memenuhi impian Ana sebagai seorang yang lasak dan ganas... Di dalam bangunan itu ada ruang untuk pengunjung ke bangunan impian Ana ini bermain ice skating, paintball secara indoor, bowling, futsal, archery, rock climbing, gym, snooker, squash,  apa-apa sport yang boleh dibuat secara indoor dan sedikit entertainment seperti arcade dan cinema... Arcade bukan sebarang Arcade... dekat sini pengunjung boleh bermain permainan secara online (mungkin ditambah dengan fungsi 3D)... Di luar bangunan, akan ada tempat untuk go-kart dan juga tempat untuk bermain roller-blade, skateboard, basikal, yang penuh extreme itu... Bila dah extreme itu, mesti akan ada yang injured nanti... so kena sediakan klinik kot-kot ada yang pengsan tengok darah nanti.... Mungkin Ana juga akan buat satu ruang atau bahagian yang pengunjung boleh duduk membaca, membeli dan download buku. Teringat masa kecil bila Abah tinggalkan Ana dan adik Ana, Fikri kat kedai buku... Memang puas kitaorang baca komik hari itu.... Bestkan bila kita boleh nikmati semuanya dalam satu bangunan dengan harga yang competitive...

Ana tak tahu nak panggil bangunan impian Ana ini apa sebab Ana cumalah gadis kecil yang asal dari pinggir bandar... Family Ana pun bukan kaya sangat dan bukan ada title Tan Sri ke Dato ke... Ana tak tahu di luar macamana? Ada ke bangunan impian Ana ini??? Agak-agak kalau CEO Sime Darby baca blog Ana ini, dia akan realisasikan impian Ana tak? hehehehe.... Biarpun Ana tak terlibat secara langsung atau tidak langsung, dan takde nama Ana pun dalam upacara perasmian,  tapi Ana gembira kalau ia berjaya dibina sebab Ana tak mahu lihat anak muda remaja lepak menghabiskan waktu petang tanpa aktiviti yang berfaedah... Ana yakin, remaja-remaja ini mempunyai potensi dan hanya perlukan tempat yang sesuai dengan jiwa remaja mereka yang aktif dan lasak itu... Bagi remaja yang bercinta, pastilah mereka mempunyai aktiviti yang menyeronokan di hujung minggu... Ini tak...time dating jer makan, tengok wayang... tak bosan ke tiap-tiap minggu tengok wayang... lepas tengok wayang, pergi makan pastu borak-borak kosong pastu balik....sungguh membosankan... tidur kat rumah lagi best...

Mungkin Allah nak Ana belajar macamana nak uruskan akaun dahulu sebelum capai impian Ana yang satu ini... Harap-harap impian Ana ini bukan sekadar angan-angan... Memang best kalau Ana yang merealisasikannya tapi orang lain buat, Ana tumpang gembira dan semestinya Ana akan join jadi membership... :-D

5 comments:

  1. ice skating, paintball, bowling, futsal, archery, rock climbing, gym, snooker, squash, arcade, cinema, go-kart, roller-blade, skateboard, basikal,

    indoor games
    - pingpong
    - rock climbing
    - bouldering
    - volleyball
    - badminton
    - squash
    - basketball
    - boxing
    - fencing
    - handball
    - Judo
    - shooting

    outdoor
    - bungee jumping
    - track cycling
    - canooing
    - roller-hockey
    - field hockey


    facilities
    - sauna
    - swimming pool
    - gym
    - jacuzzi
    - lounge Set
    - Hotel rooms
    - maid Service
    - laundry self-service with dryer
    - free internet-wifi
    - separate shower Stall
    - public iron and ironing Board
    - phone and internet booths
    - powder room
    - restaurants
    - lockers and safe
    - free newspapers
    - pantry

    ReplyDelete
  2. cadangan diterima kecuali bungee jumping... gler ke nak buat bungee jumping... itu kes nk ugut awek yang mintak breakup boleh la... :-P

    ReplyDelete
  3. oo... no bungee jumping?

    ok i thought u nak buat extreme-sportspark. rupanya nak buat boring-sportspark

    hehehe

    ReplyDelete
  4. boring ker... xde bungee jumping jer... bungee jumping org try sekali jer... xsampai 5 minit

    ReplyDelete
  5. Yes, i nak extreme but u xnak takpe. actually i wanted to put there BASE Jumping, but susah la if u buat kat bandar, and this place mesti la tak tinggi sgt.. so bujee jumping lah :)

    ooo ooo what about, 10-story high diving? lompat masuk kolam dari tingkat 10? best woo~

    ps. nak tak nak kene ada shopping complex jugak, but u kene control la, cume boleh ada tempat makan, kedai jual alatan sukan... etc2. and jgn buat exclusive sgt, nanti mahal :)

    ReplyDelete