Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Tuesday, 8 November 2011

My life start as ....... a pencinta kucing.. meowwww part 2

 Sambungan kepada My life start as ....... a pencinta kucing.. meowwww part 1 . Maklumlah banyak sangat kucing... dengan kisah mereka yang hmmm...banyak ragam sebenarnya...

Selepas kedatangan Putih dan Tompok, Neneng jadi samseng kampung. Semua tempat dia tanda kawasan dia termasuk kereta mak. Kalau zorro terkenal dengan logo Z yang melambangkan zorro, Neneng pula dengan N depan cermin kereta Mak dan juga kereta orang kampung yang satu lorong dengan kami. Neneng juga yang buat Tompok bunting. Orang kata waktu itu macam bawah umur lagi. Kak Yus marah Neneng sebab buntingkan Tompok yang bawah umur itu. hahahahaha.... Cukup bulan keluarga kami bertambah. Tompok lahirkan 4 ekor anak kucing yang comel... comel??? hitam semua...hitam legam....Walaupun begitu yang survive cuma Blacky sahaja sebab yang lain-lain mati sebab penyakit dan Boboy yang tanam dekat pokok inai belakang rumah. Along juga ada bawa balik kucing dia, Kopral nama dia sebab ada dua calit macam tentera kat kaki depan dia. Kucing Along itu..Along bela dari kecil. Along bawa balik bersama ikan toman. yang kecil dan kami bela ikan toman itu sampai besar sampai susahnya nak cari makanan dia. Dia tak makan makanan ikan yang boleh beli kat kedai itu. Dia makan anak ikan dan udang sampai satu hari habis lebih dari sepuluh ringgit untuk makanan dia dan lebih susah lagi stok anak ikan yang jadi makanan dia habis kat semua kedai yang jual ikan. Tak pasal-pasal kena turun sungai tangkap ikan sampai terkaut pulak anak kura-kura. Kopral ni bukan takut air sangat. dah berapa kali Along kena bersihkan kolam sebab dah berapa kali dia terjun dalam kolam air sebab 'break' tak makan bila dia lompat aras kolam air. Puncanya, dia nak kacau anak ikan makanan ikan toman itu. Ikan toman itu pun dah berapa kali kena kacau dengan kopral sampai terjun dalam akuarium ikan toman itu. Satu hari kopral hilang dan tidak pulang rumah. Sedih... Ikan toman pula membesar bersama ikan apatah dengan dia...Jadi satu geng lak... dan Mak jual kepada apek kedai jual ikan sebab tak larat nak jaga dia... Akuarium pun hampir pecah dengan kuak lentak dia... dan anak kura-kura itu yang kami bela hilang entah kemana dan satu hari kami jumpa dia dalam kolam ikan baru mak dan makan anak ikan mak... hahahahaha.... Lepas itu rasanya dia dihantar balik ke sungai oleh Along atau dia hilangkan diri lagi yer...


Mafia berjalur merah


Lama lepas itu, rasanya Neneng ingin meluaskan tanah jajahan dia... Maklumla ketua samseng kot... Adik abang sendiri pun boleh hilang tanpa dikesan ni kan pula kucing kampung lain yang malu-malu... awekz jangan cerita la... Maka aman la putih dan tompok bersama-sama anak Tompok. Dan Blacky yang survive menjadi perhatian sebab kepandaian dia bukak almari dan kehitaman bulu dia macam kucing ahli sihir.. Malam-malam seram ooo.. tak nampak dia... Blacky bukan setakat pandai buka almari atau laci. Dia pandai bab berebut makanan. Kalau kucing lain conquer makanan, dia akan tarik bekas makanan itu ke arah dia guna tangan dia. Pasti la kucing lain tak dapat nak makan. Kalau takat guna kepala, Blacky guna tangan dia....Lama-lama pandang dia.. memang boleh terpikat sebab dia pandai buat muka mancho macam kat bawah ni.. Sebut pasal mancho, Blacky pernah buat sexual harassment dekat Mak dan Ana time kami tengah masak dekat dapur. Memang mintak service kuda la dengan kitaorang. Hahahahaha






Kemudian Tompok beranak lagi. Empat ekor dan kali ini semua berjaya hidup tapi bila besar sikit kami beri pada Ridzal untuk jaga... gemuk-gemuk dah anak Tompok kat sana bawah jagaan Ridzal dan two face pun dah beranak.
 Tiger, TwoFace, Janggut & Joji

Mak ada bawa seekor anak kucing betina. Yatim nama dia. Sampai sekarang Yatim menjadi sebahagian keluarga kami di Seremban. Ana jaga dia lepas graduation dan time jadi freelancer tu la Ana ada masa untuk jaga dia, menyusukan dia pagi-pagi, tengahari dan sekarang dia membesar (badan tak membesar) dengan sihatnya. Yatim ni ada pantang larang dia. Dia tak suka Mak usik kepala dia, dia tak suka Ayah, dan ekor dia macam anjing bila dia marah. Boleh dengar dia menghempas ekor dia bila marah dekat Mak. Lagi dia marah lagi Mak suka menyakat Yatim.
Yatim juga lebih dikenali sebagai bomoh dalam rumah sebab dia tolong Nenek dan Mak. Lenguh kaki Mak tu pun sembuh dijilat Yatim. Pernah sekali kaki Yatim sakit. Tempang jer jalan... Mak bacakan doa syifa' dan tiup dekat kaki Yatim. Pastu elok dah. Tapi Yatim ni pandai berlakon depan Mak. Buah rambutan pun sanggup dia makan kononnya dia lapar sangat la. Belakang Mak dia keluarkan balik buah rambutan itu. Hahahaha... Kalau masuk bahagian mencakar kaki meja kesayangan Mak (dulu la sebelum ada Yatim) Yatim jer yang degil tak dengar cakap... Lagi buat Mak sakit hati marah dekat dia. Last-last biar jer la kaki meja mak tu terkoyak sana-sini dan dengan rasminya jadi tempat asah kuku Yatim. Macam tiada pokok jer nak asah kuku...hahahaha.... dan botol susu Yatim kena sorok dari Blacky sebab dah 2x botol susu Yatim hilang gara-gara Blacky menyorok. Blacky ni nama jer dah besar tapi ada hati nak menyusu lagi. Sekali puting botol susu Yatim koyak sebab Blacky gigit sampai putus puting itu...hhahahaha....

Satu hari Blacky bawa seekor kucing baru datang rumah... Blacky ajar dekat mana tempat simpan makanan. Mak tak nak bela dia tapi kucing baru ni pandai. Sikit-sikit dia masuk rumah.tunggu Mak dah tak larat nak marah dan halau dia. Lama-lama dia terus jadi kucing rumah dengan automatik tanpa siapa mengiktiraf kedatangan dia. Disyaki dia adalah anak Neneng. So Ana bagi nama dia Junior. Manja macam Neneng. Junior ni tak boleh tangok orang bersiap. Risau jer memanjang. Junior memang tak takut orang dan manja dengan semua orang. Orang tak kenal pun dia OK jer lebih-lebih lagi dengan perempuan....
Entah kenapa kalau selalu orang kata homesick, rindukan family tapi Ana rindukan Yatim, Junior dan Blacky.. Walaupun mereka tidak faham tapi entah kenapa Ana rasa perasaan yang sangat selesa dengan mereka. Bila Ana sedih dia datang minta dimanja, hiburkan Ana... Manusia yng faham bahasa manusia tapi tidak memahami perasaan sesama manusia tapi binatang yang tidak bercakap dalam bahasa kita kadang-kadang lebih memahami... Ana sedih tengok video anak kucing mati dipijak dan kisah hero yang kaki depan dipotong kerana mencuri ikan. Malah Ana lebih sedih tengok kulit binatang dijadikan perhiasan. Binatang dibunuh tanpa belas kasihan. Ana harap orang-orang yang tidak berhati perut ini menerima nasib yang sama dengan apa yang mereka buat terhadapat haiwan yang tidak berdaya ini. Ana pernah marah Mak dan Abah sebab rotan kucing. Andai kita ada di tempat kucing itu, apa perasaan kita? Sakit tak bila dipukul? Sejahat-jahat mana pun kucing atau haiwan itu, pasti ada sebab. Andai dunia ini tiada kucing apa yang akan jadi yer...Ana rasa Ana akan masuk golongan orang gila sebab stress sebab mereka teman Ana dan siapa teman kamu pula?

My life start as ....... a pencinta kucing.. meowwww part 1

Tak semua orang suka kucing.... Seperti Ana, kucing-kucing yang hadir dalam hidup Ana seperti penawar segala duka walaupun kadang-kadang ia menguji kesabaran kita... Walaupun macam kucing ini kadang-kadang tak faham bahasa kita atau buat-buat tak faham atau sahaja menyakitkan hati kita, kucing ini kan binatang tetapi yang paling Ana marah bila ada manusia yang hati dia jauh lebih teruk daripada binatang atau boleh di katakan lebih teruk dari segala iblis yang ada kat dunia ini...  Kalau Ana ada death note memang Ana bubuh nama si penzalim ini dalam list harus Ana seksa seperti mereka menyeksa binatang bukan sahaja kucing tapi binatang lain...(Emosi dah...)

Kenapa Ana suka kucing?
Masa Ana kecil, belajar tadika waktu itu. Ana ada seekor kucing jantan nama dia Milo. Masa Ana demam, Ana akan bentang tilam dan tidur di ruang tamu. Pukul 6 pagi Ana bangun dari tidur. Bila Ana buka mata, Ana nampak Milo dekat sebelah Ana. Dia jaga Ana sepanjang malam itu... sampai sekarang Ana ingat perasaan hangat itu. Pagi itu terus pergi tadika sebab badan dah sembuh... Apa jadi pada Milo lepas itu? Mak dan Abah mengambil keputusan menghantar dia jauh sebab dia dah jadi 'jahat'. Kencing merata-rata dalam rumah. huhuhu... Ana sedih tapi itu peraturan yang Mak dan Abah buat. Yelah hari-hari kena bersihkan langsir, kusyen dan entah mana lagi tempat dia 'tanda' kawasan dia. Itu lah nature kucing jantan yang normal. Kami tidak kasi kan dia sebab hmmm rasa zalim kot. Cuba kalau kita potong kemaluan lelaki macam sida-sida kat istana maharaja China itu...apa perasaan dia. Malu? Rasa dizalimi? Seksaan? Walaupun jahat macamana Milo itu, Ana tetap kenang dia sebagai kucing penyembuh Ana masa demam. Kemudian Ana ada seekor lagi kucing nama dia Puss. Ana tak ingat macamana dia membesar? Kami pungut atau bela dari kecil? Tapi yang Ana ingat masa kematian dia Ana menangis. Malam-malam nak tidur Ana menangis terkenangkan Puss. Puss adalah kucing pertama yang Ana menangis masa kematian dia....

Dah lama lepas itu, Mak ambil seekor anak kucing betina dari sekolah Mak. Kitty nama dia. Kitty jadi kucing kesayangan. Kitty menjadi satu keluarga dengan Milo. Cuma Kitty kucing sekolah, jadi dia pandai sikit. Milo kena tidur luar dan Kitty tidur dalam rumah, atas katil. Tak lama lepas itu kawan Mak membawa seekor anak kucing betina untuk kami jaga. Charmmi nama dia. Bulu panjang. Sebab Charmmi sangat manja, dia berjaya menjadi kucing kesayangan Ana menewaskan Kitty. walaubagaimana pun Kitty adalah kucing kesayangan Mak... Kali pertama Charmmi beranak, dia beranak di atas katil Ana dengan selimut toto. Yelah, Charmmi kan kucing kesayangan Ana, so dia akan tidur dalam bilik Ana. Pada masa yang sama Kitty pun beranak. Waktu itu besarlah keluarga kami. Kira-kira ada 12 ekor kucing dalam rumah. Anak Charmmi semua berbulu panjang, putih, macam spesis kucing mahal la cuma ekor cacat sikit. Kadang-kadang kitaorang tukar anak Charmmi dengan Kitty... Masa bersama Charmmi, Kitty dan Milo, Abang Ana ada bawa seekor anak kucing jantan berbulu pendek, badan panjang dan warna bulu putih krim. Sebab dia masih kecil, kami berikan botol susu bayi. Nama dia Tom. Kami dah cari tuan dia tapi tiada siapa mengaku. Jadi kami ambil dia untuk dibela.

Tom sangat entertaining. Kami gelarkan kucing botol susu. Sebelum pergi sekolah, Mak akan menyusukan dia. Dibendung dengan kain atau tuala dan balik sekolah pun kena nyusukan dia. Satu botol besar bayi itu dia boleh habiskan. Selepas menyusu dia akan menjadi sangat hyperactive. Pernah sekali kami bawa dia pergi rumah nenek sebab ada kenduri. Macam bawa bayi, mesti ada bakul yang diisi dengan tin susu, botol, tuala kecil. Begitulah gayanya dengan Tom ini. Semua tetamu yang hadir pun tengok kami menyusukan dia. Kalau botol susu binatang ok lagi la kan.. ni botol susu bayi....Dibendung semua kaki dia.... Lepas puas menyusu dia jadi gila. Rumah nenek diperbuat daripada kayu. Lantai nenek bergegar sebab Tom. Bekerja sana-sini tanpa sebab. Langsung tak dipeduli dulang-dulang air dan lauk... apatah lagi bila tetamu menjamu selera. Kami pernah hantar Tom ke kebun Nenek sebab dia selalu jadi mangsa pergaduhan dengan kucing jahat lain. 3 hari lepas itu dia berjaya mencari rumah kami dan Ana ingat lagi waktu itu waktu malam bila semua orang dah tidur dan Ana terjaga sebab dengar bunyi kucing masuk bilik Ana mengiow. Ana impress dengan kebolehan dia berjalan jauh mencari jalan pulang kerana rindu pada tuan dia.... Tom juga yang selamatkan Mak daripada ular tedung/ selar hitam yang besar. Waktu itu Mak duduk di atas sofa dan ular itu berbelit di kaki sofa betul bawah tempat Mak duduk dan Tom la yang pertama perasan kehadiran ular itu. Macamana ular itu masuk ke dalam rumah dan berbelit di kaki sofa???     

Tidak lama kemudian Mak dan Abah terpaksa buang mereka semua termasuk Charmmi kerana kesalahan menangkap anak ayam kecuali Tom yang hilang dan Kitty Ana tak ingat bagaimana dia tidak lagi bersama kami. Tidak lama lepas itu datang la seekor kucing. Ana tak ingat nama dia tapi yang menjadi perhatian Ana ialah anak-anak dia lepas itu. Yang sulung Kuning, yang tengah Neneng dan yang bongsu Tipot. Kuning dan Tipot sangat lasak masa kecil dan Neneng kelihatan kurus dan sakit jadi Ana lebih manjakan dia daripada yang lain. Kuning sangan gengster. Muka pun garang. Tipot pula lembut dan manja dengan Mak. Ekor Tipot macam rabbit. Badan dia putih dan ekor rabbit dia hitam. Suatu hari Neneng keluar dengan Tipot tapi sehari lepas itu hanya Neneng yang balik rumah. Puas kami cari Tipot tapi tak jumpa. Kami tak syak apa-apa cuma fikir Neneng sangat bertuah sebab dapat balik rumah. Kemudian beberapa hari lepas itu Kuning pula hilang dan Neneng satu-satunya kucing yang berjalan balik ke rumah. So kami syak Neneng mesti ada buat something denga Tipot dan Kuning. Selepas Tipot hilang Neneng bergaduh dengan Kuning sebab berebutkan belaian dengan Ana. Kes cemburu la ni kan. Al-kisahnya Kuning datang dekat Ana nak bermanja dan Ana manjakan dia, belai dia di peha Ana. Bila Neneng datang, Neneng marah Kuning depan Ana. Esoknya Kuning hilang tak balik rumah. Sejak hari itu Neneng menjadi kucing tunggal dalam rumah dengan berat badan 5kg lebih. Macam Garfield dah rupa dia. Fat & lazy cat. Kucing lain datang rumah cari gaduh dengan dia pun dia buat tak layan jer... Hidup dia memang mewah... Tidur pun tempat best-best jer



Sedang dia bermaharajalela di rumah... Abang bawa satu pasang kucing. Nama dia Tompok dan Putih. Putih berbulu panjang, warna krim. Dia sangat lembut dan tak pandai nak bergaduh. Semua suka Putih yang cantik itu. Neneng mula rasa tercabar dengan kehadiran Putih dan Tompok pula harus dia jadikan gudik dia. Kenapa gudik Neneng? Sebab Mak pernah cakap dekat Neneng suruh cari awek kat luar. Dan petang itu dia bawa 2 ekor kucing betina tunjuk dekat Mak...haahhaha.. baru Mak tahu bertapa romeo nyer Neneng ni... bukan calang-calang kucing... hahahaha... Dengan kehadiran putih dan tompok, semua benda kena kongsi dan termasuk katil Ana dan ini menimbulkan ketidakpuasan hati kat Neneng? Ye lah port dia tidur pun kena share, apatah lagi tempat makan. Dulu boleh makan banyak-banyak sekarang kena share? So operasi tanda kawasan bermula.

Putih & Tompok

Putih yang naif