Wednesday, 31 August 2011

My life start as ....... student Forensic Accounting & Financial Criminology

Sekarang ni dalam mood raya lagi dan proses qada' tido... bak kata Abangku Fairuz... rumah ni katil dia haunted... dah landing mmg susah nak bangun... tidur 6 jam pun belum tentu puas...hahaha... Ok lah sebab kerja mengemas sinki dah selesai & cerita kat ASTRO teramatlah bosan, plus sekarang ni sessi mendaftar subjek, Ana ceritalah life ana sebagai student Master Forensic ni...

Sekarang ini ana telah berjaya melepasi 2 semester (dengan 2 paper yang Ana drop)... sebab Ana biayai study Ana dengan duit sendiri, Ana tak terikat mana-mana kontrak. Lagipun ambil mode part time memang susah nak dapat scholar... Nak ambil scholarship Sime Darby kena terikat 7 tahun dengan kerja dengan Sime Darby. Mengikut analysis dan perkiraan ekonomi....chewahhh... sebenarnya darah muda...Ana perlukan pengalaman luas dan bebas tanpa terikat mana-mana agensi...Yelah, mana tahu kot-kot nak bukak business sendiri (--> Extreme Sport Complex-->angan-angan Minah Jenin sebab belum ada kemampuan. Lain la kalau Donald Trump datang tolong )

Mula mendaftar diri sebagai student Master pun sebab takut tak dapat kerja. Mujur la pada awal itu pilih part-time setelah ditimbang semua kebaikan dan keburukan seperti susah nak dapat scholarship, yuran pengajian yang mahal bla bla bla... kebaikan pula aku boleh beri tumpukan pada kerja (kalau kerja la kalau tak aku ada banyak masa nak study walaupun tahu habis lambat)... Bila kita dah mulakan sesuatu kita kena habiskan...cepat atau lambat bukan lagi perkara penting buat aku sekarang ini seperti masa ambil degree dulu...

Belajar course ni memang best sebab lain daripada yang lain. Tambahan pula Ana suka tengok CSI cuma Ana tak pandai dalam subjek Kimia, Biologi atau Fizik...dapat C masa SPM... huhuhuhu... memang seronok bedah orang dan cari punca kematian tetapi ini pun best jugak. Kita bedah sifat dan akaun orang untuk cari punca ketamakan dan kerakusan... Ala, macam SPRM la (dulu dipanggil Badan Pencegah Rasuah Malaysia sekarang dah S tu bermaksud Suruhanjaya)... Kenapa Ana cakap macam tu... Secara asasnya tamak merupakan salah satu daripada 7 dosa (greed) hmm boleh juga dikaitkan dengan nafsu (lust)... Pernah tak kita fikir sekeping kertas yang kita boleh koyak, pijak dan bakar..pendek kata ia hanyalah sekeping kertas sahaja tetapi mempunyai nilai kuasa yang boleh mengubah sifat seseorang itu dari baik jadi tamak dan juga mungkin dari tamak jadi pemurah... Walaupun nilai wang itu kecil RM10 atau RM50 atau RM100 misalnya, kalau kita berapa disekumpulan manusia yang daif dan yang amat kelaparan macam zombie tu.. then kita kata nak beri RM10 pada seorang  yang berjaya menewaskan orang lain dan menjadi pemenang tunggal, apa yang akan berlaku lepas itu ... jeng jeng jeng....<--Ini memerlukan imaginasi tinggi sangat ni...

Ok lah tak perlu imaginasi tinggi... tengok dan baca kejadian setahun dua yang lalu masa negara kita dikecohkan dengan Skim Khidmat Cepat Kaya = Skim Piramid = MLM... Berapa ramai yang tertipu kerana keinginan untuk kaya dan ramai yang menipu kerana ketamakan.... Sebut pasal MLM atau Skim Cepat Kaya atau yang seumpananya (sekarang ni dah advance...jual barang pulak tapi motif asal memang tak lari...paling teruk ada yang mengunakan nama Islam..Masyallah) bagaimana orang yang tiada duit tiba-tiba ada duit yang banyak untuk melabur... Ok lah dia simpan sikit-sikit kan... Jika dia boleh bersabar menyimpan selama 10 atau 20 tahun kenapa kesabaran dia boleh tergugat dengan janji-janji manis si penipu... Kita selalu dengar pepatah sikit-sikit lama jadi bukit, atau kesenangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang disertakan dengan doa.... Yang jadi persoalan, orang yang dulu menasihati anak-anak muda yang masih mentah ini pula terjebak dengan skim-skim dari penipu ... Ok lah..ada yang berjaya melaui skim macam ni tapi berapa ramai yang berjaya? Yang pasti tidak boleh menandingi peratusan orang yang kecewa dan sedih (ada yang sanggup bunuh diri, pinjam kat Ah Long) sebab penipuan skim macam ini... (ayat panjang-panjang ini Ana guna masa interview Master dulu)

Masa Ana semester satu ada satu subjek yang Ana suka. Subjek tu secara teorinya menceritakan kenapa fraud atau penyelewengan boleh berlaku. Kadang-kadang ia berlaku pada orang yang kita tidak sangka dan nampak baik, alim, rajin dan semua benda positif la yang kita nampak. Sebab itu kita jangan nilai orang dari luar. Dont judge the book by its cover. Fraud Triangle, salah satu teori kenapa orang  buat penyelewengan. 

Ana guna teori ini untuk impress interviewer masa interview GCAD Sime Darby  (tak ingat nama penuh GCAD tu) tapi tak lepas masa 2nd interview sebab sibuk dengan Sime Darby LPGA (Ladies Professional Golf Associate) --> Masa dalam MAP...


Ada hikmah tak berjaya sebab akhirnya Ana di absorb jugak ke dalam Sime Darby... dan Ana mengambil peluang ini untuk belajar Finance sambil mengaplikasikan code of conduct (off topic jap)...(Interviewer yang 1st tu memang impress la.. tu baru bab 1 tu... pastu cerita sikit pasal whistle-blowing sikit...terkagum gak interviewer tu)... Kiranya subjek ini membolehkan Ana nak pergi mana-mana pun. Dengan ketidak berjayaan Ana dalam interview itu, Ana menjangkakan dengan pengalaman 3 tahun bekerja nanti + MIA bukan missing in action yer, Malaysia Accountant (kira macam accountant bertauliah la) + Master in Forensic Accounting..fuhh...cakap la..campak kat mana-mana pun boleh... tapi my next plan ialah nak ambil exam AMLA pulak (Anti-Money Laundering) atau sekarang ini dikenali sebagai AMLATFA (Anti-Money Laundering & Terrorism Financial Act)...fuhh..kerja tangkap penganas pulak... Buktinya Ana berjaya dalam interview dengan Citibank...kiranya dengan memiliki Master in Forensic Accounting, I put myself 2 steps further compare other candidate (agak nya lah) sebab Ana tahu Ana tak boleh lawan mereka yang ambil Finance atau Banking time tu dengan Degree in Accountancy (Hons)... So pas ni nak keje ngan government SPRM tu ker, Jabatan Audit Negara ker...bank ker, public listed ker...polis ker (tak dapat kot sebab tak cukup tinggi dan tak cukup berat badan) ...tah-tah law firm pun boleh...Just show me how much you can offer... (budget keje bagus ni)..

Just for your basic information about AMLA nie... AMLA terbahagi kepada 3 stages...dalam bahasa Inggeris lagi senag faham sebab belajar dalam bahasa Inggeris...hehehe

PLACEMENT (Moving the money from the scene of crime) --> The stage when illegal proceeds placed into the financial system.
Contohnya ....
- smuggling of currency in bulk;
- mixing illicit proceeds with legitimate funds;
- depositing cash in small amount

LAYERING (Disguising the trail) --> The separation of illicit proceeds that disguise audit trails and anonymous transaction.
Contohnya multiple transfers of money, multiple transactions, payment of fake invoices and buying or selling of the same goods.

INTEGRATION (Making the cash available to the criminals) --> Laundered proceeds are successfully integrated into economy as legitimate funds, such as trading involves invoice manipulation to remit money abroad, buying properties and engaging in legal business.

Summary kat atas tu...Placement tu macam kita jual dadah (dah jadi crime kan) pastu kita dapat untung banyak.. (macam dalam cerita Evolusi KL Drift tu, Joe tu marah sebab Syamsul bgtau polis location diaorg buat dadah...so bila kena serbu xde la income kan)... Bila dapat duit banyak...orang jahat tu pun fikir macamana nk bawak duit yang banyak tu... tu yang jadi penyeludupan ker dia mix dengan duit yang halal ker atau yang amik rasuah tu dia masuk kat akaun anak dia yang belajar oversea ker.. lebih kurang macam tu la...pendek kata macamana dia nak bawak duit haram tu lah nama dia placement... Bila dia dah jumpa apa kaedah nak bawak duit haram tu, orang jahat tu kena pikir macamana nak bagi orang keliru yang duit tu haram...kira macam orang yang menipu ni, dia pun putar belit la cerita pastu orang pun jadi tak faham pastu orang tu dah pening pastu dia lepaskan la...bila orang jahat tu dah lepas maka jadilah duit yang haram tu menjadi halal dalam sistem ekonomi... sebab tu la nama dia launder...basuh..macam basuh baju...kita basuh baju kotor (duit haram) jadi bersih (duit yang sah di sisi undang-undang)... Cerita panjang-panjang pasal AMLA ni ada yang faham ke? Apapun banyak dah orang buat cerita pasal AMLA. Contoh terbaik cerita Tamil tu- xingat nama hero dia tapi tajuk dia Hawala. Ala-ala cerita Robin Hood... orang kata cerita dia best...



Ini adalah cabaran bagi pegawai AMLATFA sebab susah nk jejak duit haram ni disebabkan proses layering itu sendiri... Ni belum masuk terrorism lagi ni atau reverse money laundering...konfom lagi pening kan tapi ia sangat menarik untuk dibaca dan belajar...

Informatif betul entry kali ini...tapi inilah apa yang Ana alami dan rasai... Baru habis 6 subjek tapi dah macam-macam yang Ana belajar (sangat bagus digunakan dalam interview)... tu belum sambung PHD lagi tu... Nampak susah dan jauh perjalanan tapi Insyallah...semuanya akan membuahkan hasil dan Insyallah one day Ana akan jadi bukan sebarangan orang..(harap-harap teori Fraud Triangle tu tak berlaku kat Ana...Insyallah...)



Tuesday, 30 August 2011

My life start as ....... muslimah pemaaf & merdeka di hari lembaran & bersejarah

30hb Ogos 2011 - Hoyeah... Hari ni hari raya...Setelah 30 hari umat Islam di dunia ni menjalani ibadah berpuasa (walaupun ada yg tak cukup hari)... Raya tahun ini cukuplah sepasang baju baru buat diri aku berharga RM150. Walaupun sepasang tapi aku puas hati sebab banyak duit aku habis kat orang lain. Baju raya buat Abang & Kak Yus sekeluarga, bahan-bahan buat kuih raya dan akhirnya tahun ini adalah tahun pertama aku dapat memberi duit raya kat Mak & anak-anak buah aku. Alhamdulillah.. semoga di murahkan rezeki. Amin. (walaupun duit dalam bank tinggal beberapa ratus untuk aku survive sebelum next salary tapi serius puas hati)

Raya tahun ni diserikan oleh kehadiran Ayah dan anak-anak dia serta cucu-cucu dia (anak buah tiri aku la).. Budak kecil..serius kalau boleh aku piat telinga dia mmg aku buat..hyperaktif and tak makan saman budak ni...maklum la tgh membesar... macamana lah anak-anak aku nanti. Insyallah kalau ada rezeki, aku nak anak-anak aku dapat pendidikan yang terbaik yang dia boleh dapat. Pendidikan no.1...

Hari ini berjalan raya dengan Abang sekeluarga & adik aku. Kitaorang pergi beraya rumah Busu, Pak Tam, Mak Dah & rumah Abong a.k.a Pak Ndak. Seronok bila ramai-ramai berkumpul. I wonder bila dah kawin nanti macamana. Hmmm... Sebut pasal kawin ni... ramai lak yang bertanya bila nak kawin. Dear my future hubby, I'm waiting .... Lambat atau cepat Ana milik mu seorang...chewaaahhh... jiwang karat...

Ok lah sempena hari yang mulia ni, Ana mohon sepuluh jari mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Buat Abah, I really miss u so much...  Kakak teringin nak jumpa Abah dan kakak sangat mengharap perjumpaan kita adalah perjumpaan yang tidak diselit dengan dendam dan cerita lama. Yang lepas biar lah lepas... Kita sama-sama mulakan hidup baru dengan lebih bahagia...

To my Mr. future hubby, ana mohon maaf banyak-banyak sebab selalu sakitkan hati sayang, tak call sayang (jarang), tak sms syg (jarang), buat sayang marah & selalu menyusahkan sayang. Terima kasih kerana cuba memahami keadaan Ana. I miss u so much...

Buat rakan-rakan, selamat hari raya maaf zahir n batin. Sorry tak reply sms raya korang...teramatla sibuk di sini. Kawan lama pun dah lama tak contact... bukan sengaja tapi yelah sekarang ni keadaan teramatla kritikal dekat opis.

Buat staff Sime Darby Property (especially account department tingkat 7), bos, Ding, Jacky, Ana mohon maaf zahir & batin (byk ni buat dosa umpat, tak puas hati semua..hehehehe) Walaupun kadang-kadang tak puas hati, Ana enjoy bekerja dengan korang...banyak yang Ana belajar daripada korang...

Esok tanggal 31 Ogos 2011... Malaysia sambut hari kemerdekaan. Salam kemerdekaan buat semua. Sejarah banyak mengajar kita erti kebebasan. Dalam kita menghayati erti kebebasan, biarlah kita bebas berpada-pada. Tak bermakna kita bebas kita bebas melakukan apa yang kita suka sampai kita menolak agama dan adab kita sebagai orang Islam dan Melayu.

Dalam kita enjoy cuti beraya dan menyambut hari kemerdekaan, pada yang drive, jangan merempit kat highway..ingat orang tersayang...





Sunday, 14 August 2011

My life start as ....... paintballer

Hahaha... kali ni tajuk tak tergantung... Hoyeah... Akhirnya...

Paintball.. game perang-perang yang ganas dan penuh kesakitan dan kekejangan (kalau tak warm up betul-betul la) Kalau tak sakit tak best la kan... Lelaki amat sukakan game ni dan perempuan kebanyakan yang Ana jumpa cakap takut kena tembak...Sebab nanti tempat yang kena tembak tu berlebam... Tak kisah la dia orang nak main apa tapi hari ini Ana akan ceritakan bagaimana boleh terjebak dengan game yang ganas ni.

Ana mula kenal paintball bila masuk UiTM Shah Alam oleh my best friend Alia. Time tu Ana semester 1. Al-maklum la orang kampung. Mana tahu semua ni kan. Memang blur la.. Tambahan pulak anak perempuan tunggal. Kat sekolah pun tak banyak permainan yang boleh join. Balik-balik netball, bola sepak. Netball untuk perempuan dan bola sepak untuk lelaki. Kadang-kadang nak jugak perempuan main bola sepak dan lelaki main net ball.

Melalui UiTM Extreme Paintball Club, Ana kenal Abang Akmal a.k.a Ah Cheng sebab muka cina dia dan pendek (boroi sikit), Abang Megat, Abang Man, Abang Bob, Abang Nuar. Kemudian keahlian kami bertambah dengan kehadiran Juju, Engku Faizal a.k.a Romeo (serius mamat ni gatal giler), kawan satu course dengan Faizal ni, Chicken (tak ingat nama dia tapi dia ketua kawad group aku masa Sem 1..Serius anti dengan mamat ni bila time berkawad), student HotCat (Hotel & Catering) dan seterusnya bertambah dari semasa ke samasa

Team UiTM

Bila kami masuk bertanding, disponsor oleh UiTM, team Ana terdiri oleh Ana, Alia, Putri, Juju dan lagi 2 orang yang aku tak ingat nama dia tapi seorang itu suara sangat lembut sampai digelar suara itik oleh senior-senior paintball. Dan dia pula jenis happy go lucky yang tak ambil pusing pun kalau orang kata dia suara itik. Team kami diberi nama UiTM Rafterz.

UiTM Rafterz

1st time aku masuk perlawanan di luar UiTM dan team aku semua perempuan berlawan dengan semua pasukan yang hampir kesemua terdiri daripada lelaki (team boleh campur lelaki & perempuan) kami layak ke peringkat suku akhir. Rahsia dia..Jeng jeng... sebelum masuk ke dalam field, Ana cakap "kami ni semua peremuan, 1st time main paintball, bagi la can yea" Dan keputusan nya semasa pusingan kelayakan kami menang semua pusingan. Hahaha... pasti la orang pelik dengan kitaorang. Tapi memang benar ini adalah perlawanan pertama kami. Dah la takde latihan atau training. Cuma yang tersemat di hati ialah jangan buka mask dalam field.Dari perlawanan pertama Ana, Ana mula built networking dengan team lain. Oh ya..bila kami masuk peringkat suku akhir, kami tewas. Sebabnya kami baru pas lunch nasi ayam dekat Seksyen 2 Shah Alam. Perhhhh...kekenyangan. Marshal, orang yang mengawasi pemain-pemain dalam field cakap Juju tidur dan tembak ke langit. Yang lain tak tahu la. Ana pula...hmmm... terima tembakan daripada musuh. Ye lah dah takde orang jaga musuh. Semua dah mati. Jadi pengajaran yang kita boleh dapati ialah
1. Jangan buka mask dalam game
2. Jangan makan nasi time lunch kalau ada game selepas lunch hour. Pisang sangat bagus
3. Lepas game kita pergi open table ramai-ramai

Perlawanan terbesar pertama Ana pula MPOC - Malaysia Paintball Official Club di Family Park Bukit Jalil. Semua yang datang hebat-hebat berlaka. Rasa macam kitaorang ni pasukan belasahan jer..Huhuhu... Magic words "Bagila can" dah tak jalan dah. Walau apa pun di sinilah Ana kenal Team Screaming Banshee di mana semua orang mengingati Ana salah satu ahli Screaming Banshee. (Team ni pun semua perempuan sbb waktu ini nak wujudkan team perempuan). Pastila team Ana kalah sebab kurang pengalaman dan latihan.

 Ana juga didedahkan dengan dunia marshaling.. Jadi Marshal yang comel. Penat ooo... Memang la Marshal tak perlu strategi itu ini bla bla..Tapi tugas Marshal sangat berat. Kami perlu mengawasi setiap pemain di dalam field. Tidak boleh bias dan paling dasyat kami kena terima tembakan daripada player dalam field semasa game on. Berbirat badan ooo.. Nak pergi kelas pun rasa macam semua saraf dah di shut down oleh tujahan pallet.

 Perlawan paling tinggi pernah Ana pergi Asia World Cup. Waktu ini Ana telah dijemput join Team Screaming Banshee. Siap masuk paper. Team kami masuk Women Division (open). Maksudnya kami bebas pakai marker (senapang) apa. House marker, Semi-auto, E-mekanikal yang power... dan bayangkan la Marker time tu ada problem dan aku terpaksa guna rental marker (manual) berlawan dengan yang hampir 99% pakai E-maker...Bukan takan marker jer, Ana berlawan dengan pemain dari Filipina, US, Taiwan, UAE (make-up memang tak tinggal la diaorang ni), Indonesia dan juga pemain dari Malaysia. Politik Marshal and player memang ketara sangat sampai aku dah give-up dengan operator ni. Apa pun perlawanan ni buat nama Ana dikenali sebagai ahli Banshee (sbb masuk paper).

Kemudian Ana mula join NPL National Paintball League. Housemaker dia ok la. Tak selalu stuck bila main. Tapi disebabkan kekangan duit, Ana main untuk 1st league jer sebab league seterusnya buat kat merata tempat yang mana memerlukan Ana keluar ongkos yang banyak utk travel and accommodation. Tak pe lah. Kita polish skill kat bahagian novice ni.



Banyak team yang Ana join sebagai undangan. Malah ada team yang mula-mula Ana join dan bawak diaorang ke dunia paintball tapi kemudian Ana ditinggalkan bila diaorang dah terrer. Takper la... Ana sendiri sibuk dengan benda lain. Nak kata Ana obses, well...game ni kena tgk ongkos. Kalau ada jemputan dan kena waktunya, Ana join. Ana gembira mereka berjaya walaupun diaorang mungkin dah tak ingat dekat Ana.

Apa pun, kepada yang nak main paintball sebagai game kesukaan yang paling utama (bola tolak no.2), all da best. Game ini memang best & i wish i can international player. Itu belum masuk kes gurauan kasar macam picture kat bawah kitaorang kenakan Si Reza. Bermandi pallet beliau. Memang enjoy...tapi Paintball juga penuh dengan godaan.Apa godaan dia semua ada depan mata.Pada yang dah biasa akan kata, ala itu semua kecil jer, takde apa-apa pun.Tapi pada si naif, "Hello...this not my world, hokieh...." Kalau yang kuat pula mungkin cakap "I just want play paintball. G-L-S ni tak main la" Semoga iman dan pendirian kuat tersemat di dada.

 Until now, kalau Ana masuk tournement, Ana dah kena naik division tapi Ana main untuk suka-suka dan walaupun Ana tak naik level, level Rookie lagi mencabar dan Ana nak posih skill and gain experience from that. Of coz kewangan Ana tak membantu dalam hal ini walaupun ada pasang impian nak beli E-marker. Ana takde training yang proper sbb takde $, so melalui game Ana polish skill Ana.... Okieh.. All da best to all paintballer kat luar sana. :-D









Tuesday, 9 August 2011

Crita di bulan pose

Lama nyer x berblog.... sejak 2 menjak ni tido 2-3 jam jer... boleh jadi zombie nie... Sebelum mulakan cerita pada pagi yang hening sbb nk bersahur nanti, Selamat berpuasa pada semua muslim n muslimat.... Byk benda baik berlaku & benda yang hmmm boleh dikatakan xbest but hidup kena gembira selalu.

Benda yang xbest...hmmm... I miss him so much...damn...xleh nak buat keje.... oh..silap....keje tetap kena buat gak.. org Berhad ni sibuk betul... Bukan dia jer...Junior, Yatim, Wii (dh lama xmain)....

Rumah dah ada mesin basuh....hoyeah...xyah basuh pakai tangan lagi.. TQ to Cik Zaihan. Kak Wan dah pasang lampu raya dah...hmm...macam kena buat open house jer


Hari Sabtu 6/8/2011 pergi berbuka puasa kat kampung melayu subang dengan Faiz.... sementara tunggu waktu berbuka, Faiz berlatih jual barang... Adakah komen ana komen membina???? Haha... cakap jer terrer aku nie tapi bila suh jual barang giler menggigil lutut...Bab jual menjual ni bukan bidang kita la yer...Management boleh...Lawan cakap boleh (leh jadi ahli politik nie...) Pendek cerita time Faiz pergi ambil nasi, ada la seorang mamat yang baik hati secara tiba-tiba hulur kuih (apatah nama kuih tu..yang berlauk tu) Katanya ada lebih...Aku mmg dah terkedu dah. Puas cuba rekod muka mamat tu & sampai sekarang aku xboleh ingat rupa dia. Kenapa nak tahu sangat hal dia..sbb ia sangat mencurigakan walaupun aku beranggapan...ok..rezeki aku hari ni...(hari2 pun mintak makan macam2 kat madam pastu claim kat company <--kuat makan). First, dia kata dia makanan dia berlebih...Mmg la berlebih, dia beli banyak kat bazar mana tah dia pergi..Macam 2-3 orang makan punya pastu beli capati lagi kat kedai mamak tu. Second... dalam ramai2 umat yang datang nk berbuka kat kedai mamak tu kenapa aku? Adakah sbb aku nie comel..hehehhe.. Tabiat manusia xpernah sama. Setiap manusia di muka bumi mempunyai sifat dan cara mereka tersendiri. Mmg seronok bila kita belajar & mkaji manusia nie.. Mungkin sbb itu aku rasa macam nk tahu sangat kenapa dia bagi kuih kat aku walaupun jawapan dia makanan ada lebih... n dia nk bersedekah waktu tu...Tapi manalah tahu dia beli lebih sbb tau-tau jer nk bagi kat aku? Giler perasan betul minah nie..hahahha...

Ok...next.... 16-Ogos.....Berbuka puasa kat SDCC....

Aku bersyukur Faiz dah mulakan langkah pertama dia dalam mencapai cita-cita dia. Dia dah tak marah2 dah macam dulu. Masa mula2 dia dapat tahu yang dia tak di absorb ke Sime Darby. Penat gak layan kerenah mamat tu sampai pernah putus hubungan selama 1 hari la... Nasib baik kesabaran ada lagi kalau tak..ilang 1 customer... Dia pun dh pandai mulakan perbualan, campur dengan orang. Ye la..kalau tak macam mana nk cari customer kan. Doa Ana semoga dia berjaya sebab bidang ini menuntut kesabaran yang banyak. High risk high profit.

Okieh nak tidur... layan blog sbb nk kasi mata mengantuk..Okey...nite..and alangkah baik kalau esok boleh MC..hahaha