Tuesday, 30 August 2011

My life start as ....... muslimah pemaaf & merdeka di hari lembaran & bersejarah

30hb Ogos 2011 - Hoyeah... Hari ni hari raya...Setelah 30 hari umat Islam di dunia ni menjalani ibadah berpuasa (walaupun ada yg tak cukup hari)... Raya tahun ini cukuplah sepasang baju baru buat diri aku berharga RM150. Walaupun sepasang tapi aku puas hati sebab banyak duit aku habis kat orang lain. Baju raya buat Abang & Kak Yus sekeluarga, bahan-bahan buat kuih raya dan akhirnya tahun ini adalah tahun pertama aku dapat memberi duit raya kat Mak & anak-anak buah aku. Alhamdulillah.. semoga di murahkan rezeki. Amin. (walaupun duit dalam bank tinggal beberapa ratus untuk aku survive sebelum next salary tapi serius puas hati)

Raya tahun ni diserikan oleh kehadiran Ayah dan anak-anak dia serta cucu-cucu dia (anak buah tiri aku la).. Budak kecil..serius kalau boleh aku piat telinga dia mmg aku buat..hyperaktif and tak makan saman budak ni...maklum la tgh membesar... macamana lah anak-anak aku nanti. Insyallah kalau ada rezeki, aku nak anak-anak aku dapat pendidikan yang terbaik yang dia boleh dapat. Pendidikan no.1...

Hari ini berjalan raya dengan Abang sekeluarga & adik aku. Kitaorang pergi beraya rumah Busu, Pak Tam, Mak Dah & rumah Abong a.k.a Pak Ndak. Seronok bila ramai-ramai berkumpul. I wonder bila dah kawin nanti macamana. Hmmm... Sebut pasal kawin ni... ramai lak yang bertanya bila nak kawin. Dear my future hubby, I'm waiting .... Lambat atau cepat Ana milik mu seorang...chewaaahhh... jiwang karat...

Ok lah sempena hari yang mulia ni, Ana mohon sepuluh jari mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Buat Abah, I really miss u so much...  Kakak teringin nak jumpa Abah dan kakak sangat mengharap perjumpaan kita adalah perjumpaan yang tidak diselit dengan dendam dan cerita lama. Yang lepas biar lah lepas... Kita sama-sama mulakan hidup baru dengan lebih bahagia...

To my Mr. future hubby, ana mohon maaf banyak-banyak sebab selalu sakitkan hati sayang, tak call sayang (jarang), tak sms syg (jarang), buat sayang marah & selalu menyusahkan sayang. Terima kasih kerana cuba memahami keadaan Ana. I miss u so much...

Buat rakan-rakan, selamat hari raya maaf zahir n batin. Sorry tak reply sms raya korang...teramatla sibuk di sini. Kawan lama pun dah lama tak contact... bukan sengaja tapi yelah sekarang ni keadaan teramatla kritikal dekat opis.

Buat staff Sime Darby Property (especially account department tingkat 7), bos, Ding, Jacky, Ana mohon maaf zahir & batin (byk ni buat dosa umpat, tak puas hati semua..hehehehe) Walaupun kadang-kadang tak puas hati, Ana enjoy bekerja dengan korang...banyak yang Ana belajar daripada korang...

Esok tanggal 31 Ogos 2011... Malaysia sambut hari kemerdekaan. Salam kemerdekaan buat semua. Sejarah banyak mengajar kita erti kebebasan. Dalam kita menghayati erti kebebasan, biarlah kita bebas berpada-pada. Tak bermakna kita bebas kita bebas melakukan apa yang kita suka sampai kita menolak agama dan adab kita sebagai orang Islam dan Melayu.

Dalam kita enjoy cuti beraya dan menyambut hari kemerdekaan, pada yang drive, jangan merempit kat highway..ingat orang tersayang...





Sunday, 14 August 2011

My life start as ....... paintballer

Hahaha... kali ni tajuk tak tergantung... Hoyeah... Akhirnya...

Paintball.. game perang-perang yang ganas dan penuh kesakitan dan kekejangan (kalau tak warm up betul-betul la) Kalau tak sakit tak best la kan... Lelaki amat sukakan game ni dan perempuan kebanyakan yang Ana jumpa cakap takut kena tembak...Sebab nanti tempat yang kena tembak tu berlebam... Tak kisah la dia orang nak main apa tapi hari ini Ana akan ceritakan bagaimana boleh terjebak dengan game yang ganas ni.

Ana mula kenal paintball bila masuk UiTM Shah Alam oleh my best friend Alia. Time tu Ana semester 1. Al-maklum la orang kampung. Mana tahu semua ni kan. Memang blur la.. Tambahan pulak anak perempuan tunggal. Kat sekolah pun tak banyak permainan yang boleh join. Balik-balik netball, bola sepak. Netball untuk perempuan dan bola sepak untuk lelaki. Kadang-kadang nak jugak perempuan main bola sepak dan lelaki main net ball.

Melalui UiTM Extreme Paintball Club, Ana kenal Abang Akmal a.k.a Ah Cheng sebab muka cina dia dan pendek (boroi sikit), Abang Megat, Abang Man, Abang Bob, Abang Nuar. Kemudian keahlian kami bertambah dengan kehadiran Juju, Engku Faizal a.k.a Romeo (serius mamat ni gatal giler), kawan satu course dengan Faizal ni, Chicken (tak ingat nama dia tapi dia ketua kawad group aku masa Sem 1..Serius anti dengan mamat ni bila time berkawad), student HotCat (Hotel & Catering) dan seterusnya bertambah dari semasa ke samasa

Team UiTM

Bila kami masuk bertanding, disponsor oleh UiTM, team Ana terdiri oleh Ana, Alia, Putri, Juju dan lagi 2 orang yang aku tak ingat nama dia tapi seorang itu suara sangat lembut sampai digelar suara itik oleh senior-senior paintball. Dan dia pula jenis happy go lucky yang tak ambil pusing pun kalau orang kata dia suara itik. Team kami diberi nama UiTM Rafterz.

UiTM Rafterz

1st time aku masuk perlawanan di luar UiTM dan team aku semua perempuan berlawan dengan semua pasukan yang hampir kesemua terdiri daripada lelaki (team boleh campur lelaki & perempuan) kami layak ke peringkat suku akhir. Rahsia dia..Jeng jeng... sebelum masuk ke dalam field, Ana cakap "kami ni semua peremuan, 1st time main paintball, bagi la can yea" Dan keputusan nya semasa pusingan kelayakan kami menang semua pusingan. Hahaha... pasti la orang pelik dengan kitaorang. Tapi memang benar ini adalah perlawanan pertama kami. Dah la takde latihan atau training. Cuma yang tersemat di hati ialah jangan buka mask dalam field.Dari perlawanan pertama Ana, Ana mula built networking dengan team lain. Oh ya..bila kami masuk peringkat suku akhir, kami tewas. Sebabnya kami baru pas lunch nasi ayam dekat Seksyen 2 Shah Alam. Perhhhh...kekenyangan. Marshal, orang yang mengawasi pemain-pemain dalam field cakap Juju tidur dan tembak ke langit. Yang lain tak tahu la. Ana pula...hmmm... terima tembakan daripada musuh. Ye lah dah takde orang jaga musuh. Semua dah mati. Jadi pengajaran yang kita boleh dapati ialah
1. Jangan buka mask dalam game
2. Jangan makan nasi time lunch kalau ada game selepas lunch hour. Pisang sangat bagus
3. Lepas game kita pergi open table ramai-ramai

Perlawanan terbesar pertama Ana pula MPOC - Malaysia Paintball Official Club di Family Park Bukit Jalil. Semua yang datang hebat-hebat berlaka. Rasa macam kitaorang ni pasukan belasahan jer..Huhuhu... Magic words "Bagila can" dah tak jalan dah. Walau apa pun di sinilah Ana kenal Team Screaming Banshee di mana semua orang mengingati Ana salah satu ahli Screaming Banshee. (Team ni pun semua perempuan sbb waktu ini nak wujudkan team perempuan). Pastila team Ana kalah sebab kurang pengalaman dan latihan.

 Ana juga didedahkan dengan dunia marshaling.. Jadi Marshal yang comel. Penat ooo... Memang la Marshal tak perlu strategi itu ini bla bla..Tapi tugas Marshal sangat berat. Kami perlu mengawasi setiap pemain di dalam field. Tidak boleh bias dan paling dasyat kami kena terima tembakan daripada player dalam field semasa game on. Berbirat badan ooo.. Nak pergi kelas pun rasa macam semua saraf dah di shut down oleh tujahan pallet.

 Perlawan paling tinggi pernah Ana pergi Asia World Cup. Waktu ini Ana telah dijemput join Team Screaming Banshee. Siap masuk paper. Team kami masuk Women Division (open). Maksudnya kami bebas pakai marker (senapang) apa. House marker, Semi-auto, E-mekanikal yang power... dan bayangkan la Marker time tu ada problem dan aku terpaksa guna rental marker (manual) berlawan dengan yang hampir 99% pakai E-maker...Bukan takan marker jer, Ana berlawan dengan pemain dari Filipina, US, Taiwan, UAE (make-up memang tak tinggal la diaorang ni), Indonesia dan juga pemain dari Malaysia. Politik Marshal and player memang ketara sangat sampai aku dah give-up dengan operator ni. Apa pun perlawanan ni buat nama Ana dikenali sebagai ahli Banshee (sbb masuk paper).

Kemudian Ana mula join NPL National Paintball League. Housemaker dia ok la. Tak selalu stuck bila main. Tapi disebabkan kekangan duit, Ana main untuk 1st league jer sebab league seterusnya buat kat merata tempat yang mana memerlukan Ana keluar ongkos yang banyak utk travel and accommodation. Tak pe lah. Kita polish skill kat bahagian novice ni.



Banyak team yang Ana join sebagai undangan. Malah ada team yang mula-mula Ana join dan bawak diaorang ke dunia paintball tapi kemudian Ana ditinggalkan bila diaorang dah terrer. Takper la... Ana sendiri sibuk dengan benda lain. Nak kata Ana obses, well...game ni kena tgk ongkos. Kalau ada jemputan dan kena waktunya, Ana join. Ana gembira mereka berjaya walaupun diaorang mungkin dah tak ingat dekat Ana.

Apa pun, kepada yang nak main paintball sebagai game kesukaan yang paling utama (bola tolak no.2), all da best. Game ini memang best & i wish i can international player. Itu belum masuk kes gurauan kasar macam picture kat bawah kitaorang kenakan Si Reza. Bermandi pallet beliau. Memang enjoy...tapi Paintball juga penuh dengan godaan.Apa godaan dia semua ada depan mata.Pada yang dah biasa akan kata, ala itu semua kecil jer, takde apa-apa pun.Tapi pada si naif, "Hello...this not my world, hokieh...." Kalau yang kuat pula mungkin cakap "I just want play paintball. G-L-S ni tak main la" Semoga iman dan pendirian kuat tersemat di dada.

 Until now, kalau Ana masuk tournement, Ana dah kena naik division tapi Ana main untuk suka-suka dan walaupun Ana tak naik level, level Rookie lagi mencabar dan Ana nak posih skill and gain experience from that. Of coz kewangan Ana tak membantu dalam hal ini walaupun ada pasang impian nak beli E-marker. Ana takde training yang proper sbb takde $, so melalui game Ana polish skill Ana.... Okieh.. All da best to all paintballer kat luar sana. :-D









Tuesday, 9 August 2011

Crita di bulan pose

Lama nyer x berblog.... sejak 2 menjak ni tido 2-3 jam jer... boleh jadi zombie nie... Sebelum mulakan cerita pada pagi yang hening sbb nk bersahur nanti, Selamat berpuasa pada semua muslim n muslimat.... Byk benda baik berlaku & benda yang hmmm boleh dikatakan xbest but hidup kena gembira selalu.

Benda yang xbest...hmmm... I miss him so much...damn...xleh nak buat keje.... oh..silap....keje tetap kena buat gak.. org Berhad ni sibuk betul... Bukan dia jer...Junior, Yatim, Wii (dh lama xmain)....

Rumah dah ada mesin basuh....hoyeah...xyah basuh pakai tangan lagi.. TQ to Cik Zaihan. Kak Wan dah pasang lampu raya dah...hmm...macam kena buat open house jer


Hari Sabtu 6/8/2011 pergi berbuka puasa kat kampung melayu subang dengan Faiz.... sementara tunggu waktu berbuka, Faiz berlatih jual barang... Adakah komen ana komen membina???? Haha... cakap jer terrer aku nie tapi bila suh jual barang giler menggigil lutut...Bab jual menjual ni bukan bidang kita la yer...Management boleh...Lawan cakap boleh (leh jadi ahli politik nie...) Pendek cerita time Faiz pergi ambil nasi, ada la seorang mamat yang baik hati secara tiba-tiba hulur kuih (apatah nama kuih tu..yang berlauk tu) Katanya ada lebih...Aku mmg dah terkedu dah. Puas cuba rekod muka mamat tu & sampai sekarang aku xboleh ingat rupa dia. Kenapa nak tahu sangat hal dia..sbb ia sangat mencurigakan walaupun aku beranggapan...ok..rezeki aku hari ni...(hari2 pun mintak makan macam2 kat madam pastu claim kat company <--kuat makan). First, dia kata dia makanan dia berlebih...Mmg la berlebih, dia beli banyak kat bazar mana tah dia pergi..Macam 2-3 orang makan punya pastu beli capati lagi kat kedai mamak tu. Second... dalam ramai2 umat yang datang nk berbuka kat kedai mamak tu kenapa aku? Adakah sbb aku nie comel..hehehhe.. Tabiat manusia xpernah sama. Setiap manusia di muka bumi mempunyai sifat dan cara mereka tersendiri. Mmg seronok bila kita belajar & mkaji manusia nie.. Mungkin sbb itu aku rasa macam nk tahu sangat kenapa dia bagi kuih kat aku walaupun jawapan dia makanan ada lebih... n dia nk bersedekah waktu tu...Tapi manalah tahu dia beli lebih sbb tau-tau jer nk bagi kat aku? Giler perasan betul minah nie..hahahha...

Ok...next.... 16-Ogos.....Berbuka puasa kat SDCC....

Aku bersyukur Faiz dah mulakan langkah pertama dia dalam mencapai cita-cita dia. Dia dah tak marah2 dah macam dulu. Masa mula2 dia dapat tahu yang dia tak di absorb ke Sime Darby. Penat gak layan kerenah mamat tu sampai pernah putus hubungan selama 1 hari la... Nasib baik kesabaran ada lagi kalau tak..ilang 1 customer... Dia pun dh pandai mulakan perbualan, campur dengan orang. Ye la..kalau tak macam mana nk cari customer kan. Doa Ana semoga dia berjaya sebab bidang ini menuntut kesabaran yang banyak. High risk high profit.

Okieh nak tidur... layan blog sbb nk kasi mata mengantuk..Okey...nite..and alangkah baik kalau esok boleh MC..hahaha

Friday, 15 July 2011

My life start as ....... part 3

Hari ini 16-July-2011... Kena kerja...lepas tu hari Ahad pun kena...OMG...bila nak dapat vacation nie... cuti setelah di pro-rate ada la 16 hari 1/2. Campur replacement 3 hari... so sekarang ada 19 hari 1/2... Tolak cuti yang boleh di c/f 5 hari....So ada 14 hari....Bulan Julai tak boleh amik cuti...bulan nie mmg kaw2 menyakitkan tulang belakang and rasa macam my life kat office and bilik tidur jer (sbb rumah dekat)... tak drive keluar pun. Pastu bulan Oktober ke November nie...banyak btol public holiday hari Ahad...so hari Isnin cuti...huhuhuhu....macam nie macam mana nk habiskan cuti...huhuhuhu...Bulan Ogos puasa and bulan September raya... hmmm...seminggu sebelum raya boleh tak amik cuti...dapat buat kuih raya kemas rumah kaw2 punya... Seminggu cuti tu nikmat oooo....TAPI.... balance dia bila pulak...adoi aiiii....Bila bulan sesuai nak pergi vacation????

Oleh sebab hari ini sepatutnya kena kerja + amik exam SPA... So, Ding kasi balik rumah. Ala... tu pun sebab kat office diaorg nak shutdown power 1 hari nak buat workstation. 2 minggu lepas diaorg nak buat tapi ditentang oleh kitaorg yang banyak keje and sanggup datang hari Sabtu.. So balik rumah untuk amik exam SPA. Boboi pun sama jugak. Cuma tempat kami lain2. Oleh sebab nama pun adik-beradik jadi aku dan dia ni boleh dikatakan sehati sejiwa. Masing-masing malas nak pergi. Penat ooo... Hello, my body need rest ya...lain la government promise jawatan. I can answer all the questions, math, writing, bla bla bla BUT current issue... Sbb xkisah dengan polisi apa yang government buat sebab kalau polisi tu dot dot dot...

 Hmmm... mungkin sebab aku xambil business policy & admin....  Kadang2 OK la kadang2 macam dot dot dot.... Paling tak masuk akal yang email 1Malaysia.... hello.... bukan semua tempat boleh access internet free... internet berbayar...and tak semua orang ada internet...Tolong jangan guna duit rakyat untuk benda yang tak berfaedah ini... PLEASE... (klau jumpa org yg gatal suggest benda ini, mmg kena hempuk ngan semua tax payer...!!!!!)

I dont want write hw good or s***** our govt 2day... Buang masa... (Dah jauh tersasar dari niat asal ni). Sebenarnya nak cerita macam nak download cerita selepas SKMM block 10 laman web perkongsian file... (Please hand, dont type anything about Govt's s*******.) I xnk share step dari A sampai Z sbb nanti ada org g mengadu... Cukup menampakkan siapa yang lagi pandai walaupun xkerja Govt but yes I know. My bf bagitau and hari ni I balik rumah and try...Sangat2 senang... So Govt, my advice, jgn amik budak diploma or fresh grad buat keje2 macam ni.. Bukan nak kata diaorg xbagus tapi xsemua dari mereka bagus..Okieh... So another main reason exam SPA tu 4 me hanya menunjukkan yang kita ni ulat buku (bagus la) but tak dapat tunjuk tingginya skill kita dalam mengatasi masalah. Ada suruh jawab math SPM (pecahan la, purata la, mode, median), pastu  karangan SPM bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pastu bagi ayat yang tah apa-apa then bulatkan jawapan pilihan anda.... Boleh tak nak suggest Govt ubah cara nak amik orang bekerja ni... Bagi la exam komputer ke contoh...Excel.... bagi level yang paling susah punya)... Nanti senang la nak wat report. Ni tak...exam jenis ikut buku. Soalan sahsiah itu pun tak mencerminkan bagaimana watak seseorang itu. Sama ada jujur atau tak.... Memanglah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kena tahu current issue... tapi kita kena cari orang yang tahu ikut jer... kenapa tak cari seorang PTD yang penuh daya analitikal dan boleh buat decision berdasarkan keadaan sekeling... Mungkin aku tak tahu bagaimana orang yang bekerja PTD ni... So boleh kata macam2... But seriously, nak masuk govt sekarang..hmmm bukan masa nya...

Aku nak aku masuk government dengan level aku mengarah orang. Benda pertama aku arahkan pekerja aku ialah gain some knowledge please... G buat degree ker master ke.. Tak kan nak duduk jadi kerani smpai pencen... Orang Melayu, bila dapat kedudukan selesa, dia dah tak nak majukan diri... Mungkin sebab ini juga dari sekolah sampai sekarang, kawan baik aku adalah orang yang berlainan bangsa. Yang sama bangsa adalah yang terbaik pada aku. Bukan memilih. Kadang-kadang orang kerja kilang, gaji dia lebih besar daripada aku, dan itu hak dia, rezeki dia. Aku tak nafikan. Tapi aku tak nak jadi macam itu. Aku suka kan cabaran....

Sorry kalau tulisan ini terlebih emo. Aku cuma nak kata yang hari ini tak pergi kerja sebab diaorg nak shutdown power, tak pergi amik exam sebab penat & malas dan aku download banyak cerita hari ini... Sekian :-D

Wednesday, 13 July 2011

My life start as ....... part 2

Okieh.. seperti diduga..memang susah nk maintain berblog..huhuhu...cuma mengisi masa lapang sbb xtahu nk buat apa.. hahahha... Sebab2 kenapa xdpt maintain berblog hari2 (kena ke hari???)
1. keje banyak-pegi keje 7.30am balik 9.00pm
2. balik keje Kak Wan & Kak Liza (hsmate) dah siap masak..tunggu utk dimakan jer...sedap lak tu..baru ingat nk polish skill memasak... tapi mcm xdapat jer..hahaha... <-- jgn ingat kita xreti masak..cuma malas jer..hehehe :-P
3.bila perut kenyang...tidur adalah aktiviti yang paling sesuai sekali...
Kesimpulan.. mmg xdpt berblog hari2 tapi akan cuba berblog jugak

So apa yang interesting nya hari ini???
1. Townhall kat SDCC (wajib pergi ...n kena pergi...walaupun keje kat opis melambak..huhuhu + dapat makan2 )
  - On da way nk pergi SDCC, jalan jem kat federal highway..biasa la..huhuhhu...Oh ya..sejak duduk rumah sewa baru kat Ara Damansara, rasa macam nie adalah minggu ke3 xisi minyak kete...best ooo... So, dalam perjalanan ke SDCC, dari federal highway aku masuk Sprint Highway. Sebab pagi tu rasa malas nk pergi n walaupun sedar bawak kereta nak pergi SDCC tapi satu jer yang aku lupa. Kad T&G aku. huhuhuhu.. Nanti cerita kenapa dgn kad T&G tu (kalau ingat la)... Dah la xde kad T&G tapi masuk tol T&G gak.. hahaha... Lucky ada akak tu tolong & lucky duit syiling aku bawak cukup2..hahaha...(Sbb kat opis baru xde MPSJ yg rajin menyaman kereta yang xbyr parking)
-Sampai jer SDCC, parking kereta, naik lift g level 1... then terus pow cookies n air teh... bukan nk cari org ker...nampak sgt budak nie lapar..hahahha...anyway aku mengharapkan breakfast yg heavy sedikit macam sandwich ker spaghetti ker....xpe..lunch nanti mesti best punya la...
- Dalam hall - tunggu punya tunggu, kata start pukul 8.30am tapi mula 9.30am. Nie standard Kak Aida masuk opis nie.. Patut ke cadangkan kat MD tukar opis hour.. Di kala Dato' Wahab pot pet pot pet kat depan sorang2..cerita pasal diri dia, performance & strategy, aku cuba membuka mata. Di kala mata aku cuba rehat sekejap (terlelap dah) telinga masih pasang lagi yer... Walaupun xfaham, tapi suara Dato' Wahab masih dengar..arrow up, performance...bla bla bla... & next thing yang I tahu dan ingat dari sessi yang panjang ini, increment 6.8% pastu ada bonus... (Dato', leh suruh HR bg surat confirmation, lg 3 bulan tu halal la... lagi pun Ana dah setahun dah dgn SD Property sbb join MAP kan...xkan xkira sekali kot...)
-Lunch... perh... nikmat... pastu kena balik opis pulak...erk...kenag opis jugak ker???? adoi..

2. Kat opis (terpaksa balik gak)
- Mungkin sbb aku, Jacky & Ding melantak byk sgt kat SDCC, so otak pun dh blur2.... sebab itu aku merajuk dgn Jacky & Ding...
-->Jacky
     Dia ingat kita xfaham apa yang dia tanya... Cis... Puas la membebel kat dia... dia ingat kita xfaham soalan dia & aku ingat dia nie xfaham apa yang aku bebel..solution --> DIAM... penat bertekak dgn dia.. Nasib baik Ding explain kat dia... kalau aku cakap dia xnk percaya. betul2 sakit hati.... Jacky, I merajuk dgn U tau... & I xnk bg note yang tulis bukan sbb I kedekut ilmu tau! I xnk you kacau my tracking list... Nnt kalau I rasa baik hati I bg kat U... Okieh...just kidding...

--> Ding
      Suruh print list of entity... Okieh I dah print lama dah...pastu dia kata salah... Hello, I tukar dari vertical jadi horizontal... senang I buat rujukan...xperlu la kertas sebesar A3....huhuhu....


Selepas luah semua nie... dah xmerajuk lagi dah dgn diaorg...Okieh... PEACE NO WAR...

p/s time kat SDCC, abg Ismail (kenal time marathon) cakap kat staff IT nie... "Sekarang baru aku percaya budak ni bela Hantu Raya"  Hello...orang lapar yer...ballroom sejuk giler tadi... Nyesal tak pergi tapau kat chef SDCC (kenal time main futsal)

Monday, 27 June 2011

My life start as ....... part 1

Ok sambungan dari 1st entry... aaaaaaaa.... nak sambung apa yer... kisah kat opis? kisah gadoh2 ngan bf? kisah budak kelas Master? ..... kisah mula2 masuk Sime Darby? Kisah Junior? Serius.. Hana mmg tengah rindu bangat kat Junior...

Oleh sebab dah pukul 10.14pm... waktu ni adalah waktu membuta... Esok nak pegi keje... Masuk pukul 7.15 keluar rumah, beli breakfast, g tempat keje, parking kete kat B2, naik lif, masuk opis pukul 7.30am, bukak pintu bilik madam, buat air & breakfast sambil baca paper. Then 8.30am start keje, pastu keje dan keje dan keje dan keje sampailah pukul 8.00pm. Then balik 8.30pm... Tapi hari ini balik pukul 9.00pm. I wonder if my future husband boleh tahan ke tak? This is my life... Tiada siapa boleh halang. Kalau terpaksa hidup single sebab kerja mungkin itu lebih baik daripada dah kawin nanti then hubby marah2 sbb balik lewat. Come on la.. dah la balik lewat, penat pastu sampai rumah kena marah lagi. Tak 10sion ke.. Boleh jadi tekanan perasaan. Mungkin cara Hana tidak betul... OK mmg xbetul pun sbb seorg is3 kena dgr cakap suami. So macamana yer... Suruh is3 xkeje.. then keje suami mcmana? mampu ke nak sediakan semua? Tak kan hari2 makan maggie...anak2 lagi macamana? Education diaorg, medical, keperluan fizikal dan mental....

So... my opinion pada masa ni...keje la sampai selagi boleh masa single mingle ni.. Pastu beli rumah sendiri, kereta sendiri... Dah kawin if anything happen, xlah meraung kat mak pak sbb xde tempat tinggal. So utk lelaki yang meceraikan is3 itu, jangan harap nk sentuh harta si is3 itu. Anyway for my personal opinion, bercerai itu walaupun halal tapi sebenarnya merugikan lelaki jugak. Ingat senang ke nak bercerai. Kena bayar iddah la..pastu apa lagi tah kat bekas is3 dia... Pastu semua harta nak kira harta sepencarian.. Ye la tak kan tinggal asing2 time kawin kot. And tak kan suami tu tinggal rumah yang perempuan tu beli... Nampak sangat dot dot. dot..

So bila orang tanya bila Hana nak kawin? Jawapannya... Tunggu Hana beli rumah Semi-D and fiesta... Okieh


p/s cemburu jugak tgk kawan2 ramai yang dah kawin and nak melangsungkan perkhawinan... Apapun semoga penantian ini berbaloi...

Saturday, 25 June 2011

My life start as .......

Dari tittle Management Apprentice, sekarang dah bergelar Exec. Betul2 bertatih dari bawah. Adik aku pun kuar2 habis degree job mmg sedap la... Cousin Hana, Ijam walaupun lulusan diploma, macam bahagia jer hidup dia...Semua dah ada, tinggal nak khawin je. Faiz pernah cakap yang dia risau sangat bila dapat job lagi sedangkan orang lain dah daat job dan gaji dia RM2500 ke atas walaupun fresh grad. Dah boleh beli kereta dah.Dan aku jawab itu rezeki masing2. Memang la risau bila tak dapat keje yang baik kan. Ezza, Azam, Abul keje dengan Sime Darby. Kawan2 sekolah ada yang dah jadi cikgu.Ada yang dah nak khawin pun. But somehow I believe everything gonna be fine. Aku mula bertatih dari bawah. Betul-betul dari bawah sebab aku tahu bidang aku sangat susah dan competition sangat tinggi. Habis degree, aku join UPIC . Aku kenal Wan waktu ni. Walaupun dia sangat annoying bagi aku and sampai sekarang dia still annoying bagi aku tapi dia sebenarnya dia sangat baik dan bercita-cita tinggi. Aku jer tak nak ngaku depan dia. Ok nanti cerita pasal dia. Lepas UPIC aku dapat keje kat Seremban. Reasonnya mak. But then aku rasa tak boleh maju. Selama 1/2 tahun aku kat Seremban, aku rasa yang aku kena keluar. Aku mula daftarkan diri join Sime Darby Management Apprenticeship Program. Aku mula balik dari bawah. Sebagai fresh grad. Aku sedar yang jika aku nak pergi jauh, aku kena mula dari bawah dalam bidang aku. Bidang aku terlalu banyak cabang. Then aku plan kalau xdapat join, aku ada reason lain kenapa aku tak bekerja lagi. Reason aku ialah "sekarang buat Master Degree" Gempak tak...Kira OK la dari cakap tak buat apa2 dan tanam anggur kat rumah kan. Alhamdulillah aku diterima menjadi warga Simedarbian dan pada masa yang sama aku ialah student Master. Master aku bukan calang2 tau. Master in Forensic Accounting and Financial Criminology. Ala2 CSI. Dari sini bermula lah hidup aku sebagai Simedarbian dengan mukadimah dia sebagai Apprentice di Sime Darby Property.