Tuesday, 7 May 2013

Edisi mengitung hari.... Ana & Checklist

Tinggal 4 hari untuk berkonvo.... 



Semak checklist.....

1. Cetak borang pengambilan jubah......      Status: 100% completed
    a. Semak tempat graduasi - UiTM Shah Alam
    b. Tarikh & Masa raptai - Isnin ( 6 Mei 2013 ), 11 pagi
    c. Tarikh & Masa istiadat konvokesyen -  Sabtu (11 Mei 2013), 8.30 pagi
    d. Semak no giliran konvokesyen - B296
    e. Cetak bil/yuran konvokesyen - done

2. Bayar bil konvokesyen - Ijazah Sarjana RM170.00......      Status: 100% completed

3. Semak denda / saman / bayaran tertunggak......      Status: 100% dijamin tiada (student baik ni)

4. Kajian pengesahan graduan......      Status: 100% completed

Bila semua dah ok... Boleh la ambil jubah...
Jubah yang Ana ambil saiz XS... tu pun rasa besar gak... baju untuk konvo...hmmm... pakai apa yang ada... Sebabnya konform jubah tu akan menutup segala design dan manik-manik baju kurung/kebaya tu...

P/s: Bila tengok jubah master ni ( ada 2 jalur kuning kat lengan, degree satu jalur jer kat lengan jubah)... macam ada suara yang berbisik, menghasut suruh buat PhD jer.... Ana buat master untuk kepuasan dan kalau Ana nak buat PhD juga adalah disebabkan kepuasan... fuh... Puas~ Syukur Alhamdulillah~




Tuesday, 12 March 2013

My life starts as........ runner

Sebab exam pun dah habis... Ana mula bergiat balik dalam marathon 10km... Sebab dah setahun lebih tak berlari so badan Ana dah mula malas...lebih-lebih kaki... mental dan pernafasan.... Problem Ana bila marathon ni... tak tahu lah maybe ada kena mengena dengan ketinggian vs berat badan di mana BMI Ana underwight... Berat Ana 36kg dari dulu sampai sekarang... Tak pernah cecah 40kg...Orang kata badan ringan ni bagus sebab kalau tiup angin melayang... pastu ringan ini bersamaan dengan laju????

Kalau ada sportman kat sini, leh la tolong bagi advice kat Ana macamana
1. Menjaga pernafasan semasa berlari supaya tak semput
2. Sakit kat pinggang masa berlari
3. Nak kuatkan stamina & endurance bila berlari jauh ni
4. Nak kuatkan mental sebab masa berlari selalu clash antara otak & hati... Otak kata kaki dah penat tapi hati kata kena habiskan... So otak kata kat hati...sila berjalan slow-slow ambil nafas.. bla bla... & tahulah bila dah sedap berjalan memang berat nak berlari
5. Sakit tapak kaki.. rasa panas jer... sebab tapak kasut atau sebab cara kita berlari yer...

Ana terima semua nasihat termasuklah pemakanan, baju apa yang sesuai untuk dipakai bagi perempuan yer.. kecuali suruh Ana ambil dadah.... Say NO to the drugs okieh... Semangat kesukanan.. Maju sukan tanpa dadah... Even Ana main paintball dengan geng-geng yang lain walaupun kadang-kadang rasa macam nak bagi penyepak kat diaorang tapi diaorang tetap bersih daripada najis DADAH... bukan sebarang NAJIS, dadah ni... sekali dah kena memang susah nak cuci lah... Kemenangan di sebabkan oleh dadah bukanlah kemenangan sebenar sebab yang menang itu adalah dadah bukan usaha kita....

Ana ada sebulan lebih sebelum pertandingan Sime Darby Group Game.... Harap semua berjalan lancar


Friday, 22 February 2013

Hana menghitung hari edisi Konvoooooo :-D

Menghitung hari....
Detik demi detik ....

Wah.. tiba-tiba teringat lagu Kris Dayanti, Menghitung Hari... tapi bukan cerita sedih la... sebab sekarang ini Ana sedang menghitung hari nak konvo.... Harap semua berjalan dengan selamat... :-D
Teringat Ana masa Ana konvo untuk pertama kali dalam hidup (konvo tadika tak kira yer)... Waktu itu Ana habis Degree... Ana tak ambil diploma.. Selepas SPM, Ana lanjutkan pelajaran Ana ke Matrikulasi Johor kat Tangkak... Takde Konvo... habis exam orang sibuk pergi happy-happy kat Gunung Ledang, Ana pulak happy-happy kemas barang... Tak  sabar nak balik waktu tu... Pastu dengan result Matrik, Ana terus lanjutkan pelajaran Ana ke Degree...

Pemberian dari dia
Masa Ana konvo Degree... Ana ada seorang rakan yang amat romantis cuma hati Ana degil dan keras untuk terima... Dia seorang yang amat baik cuma lebih baik jika kami berkawan... Dia sanggup datang daripada jauh (Kelantan) semata-mata nak menemani Ana konvo. Ana waktu itu ditemani oleh Mak. Ana dan Mak ambil dia kat Terminal One Seremban pagi tu dan bawa dia bersama pergi ke UiTM... Dalam kereta memang Ana bertekak dengan dia... Suka-suka jer panggil Mak Ana, Mak... Mak pulak gelak-gelak jer... Pagi tu sampai jer UiTM, Ana ada sessi bergambar... Dia pulak sibuk beli bunga untuk Ana dan Mak... Padahal konvo Ana belah petang... Alamak, layulah bunga ni nanti.... Sepanjang hari konvo tu, dia teman Mak daripada berseorangan dan jadi jurugambar... Sayangnya, Ana tak bergambar dengan dia... Betul-betul hati Ana keras terhadap dia. Dia dah bersusah payah untuk Ana dan Mak... 

Kalau dia baca blog Ana, Ana teringin nak ucapkan ribuan terima kasih pada dia... Kenapa Ana keras hati... Ana terpaksa kerana apa yang Ana dan keluarga Ana lalui waktu itu... Ego? Ya betul... sebab Ana tak mahu kelihatan lemah di mata dia..... Sehingga waktu balik naik bas UiTM untuk ke parking kereta, Ana boleh lagi bertekak dengan dia tapi kali ini dia ada kawan baik Ana, Danial yang sependapat dengan dia.. Pastilah suasana dalam bas tu kecoh sebab kami bertiga....

Ezza - Ana - Jasmin
Sekali lagi Ana berkonvo kat UiTM...untuk Master Forensic Accounting... Kali ini Ana tak tahu Ana akan bertekak dengan siapa pula.... Kalau dia ada dan datang konvo Ana... Ana rasa Ana akan menangis kot... menangis terharu.....sebabnya Ana ada orang untuk bertekak time konvo.....hahahaha... Jika dahulu masa Degree, Ana ada Jasmin, Eza, Danial, dan Yassir sebagai teman baik dan juga rakan seperjuangan yang bersama Ana dikala susah dan senang, kali ini Ana ada Farhana, Anuar dan Hafiz anak Uncle Jantan tu.... Zaza & Azlie (John) tidak berjaya... Bersama-sama kita doakan mereka berjaya untuk semester baru ini....
Pada sesiapa yang berjaya konvo, tahniah diucapkan...



Buat rakan seperjuangan yang melangsungkan hari bahagia mereka nampaknya tahun ini double happiness.... begitu juga ada yang akan menimang cahaya mata.... Salah seorang classmate Ana, lelaki lah... dia kata time last semester ni...takde masa nak bermanja dengan isteri... Ni dah habis semester nak konvo pun tak boleh nak bermanja sebab isteri berpantang.... hahahaha.... Bahagia hidup suami isteri yang sah... dan Ana.... Ana yakin jodoh Ana ada... susah senang itu semua ujian Allah pada Ana... mematangkan diri Ana... mungkin Allah nak Ana lihat dunia ini bagaimana dan orang macamana yang Ana nak jadi... Adakah seorang ibu yang menyusahkan anak-anak mereka? atau seorang Ibu yang bertanggungjawab pada masa depan anak-anak dia tanpa mengharapkan balasan? Ya Allah, berkatilah jalan yang hamba-Mu pilih...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.... Amin~