Tetiba nak buat entry ni sebab baru dapat news dari my sis in law yang hubby kesayangan dia a.k.a Abang... baru dilantik sebagai Datuk Malim Panglima dalam adat pepatih yang terkenal di Negeri Sembilan.
Ramai orang takut dengan orang perempuan yang berasal daripada Negeri Sembilan sebabnya... takut sangat harta dia kena bagi isteri yang berasal daripada Negeri Sembilan itu... Takut sangat isteri tu bolot semua harta suami dia... Tapi sebenarnya siapa nak bolot harta siapakan... ramai orang keliru dengan Adat Pepatih ni...
Macam dalam buku Sejarah, adat Pepatih ni berasal dari Minangkabau Sumatera... di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh Raja Melewar... adat Pepatih ni totally berlainan dengan adat Temenggung... Adat Pepatih ini merangkumi perlantikan pemimpin, harta, nikah kahwin, hukuman yang langgar adat... Contohnya pemilihan pemimpin eg. Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan... Pemilihan Yang di Pertuan Besar bukan ikut keturanan..contohnya dari bapa jatuh ke anak lelaki tetapi melalui mesyuarat dan kesepakatan Undang Luak berempat yang terdiri daripada Undang Luak Sungai Ujung atau lebih dikenali dengan Seremban, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol & Undang Luak Jelebu... So siapa pula yang pilih Undang Luak ni pulak???
OK.. dalam Adat Pepatih ini ada 3 kumpulan... Kumpulan yang paling asas dipanggil Perut, pastu yang besar sikit di panggil Suku pastu Luak. Perut ini berasal daripada moyang (keturunan perempuan - sebab Adat Pepatih ni ikut nasab Ibu) yang sama. So setiap Perut diketuai oleh seorang Buapak yang dipilih oleh anak-anak buah Perut tu.... Suku pulak dibentuk dengan beberapa Perut... Kira macam ini lah Perut A1 + Perut A2 = Suku A dan suku diketuai oleh orang yang bergelar Dato' Lembaga... Luak pulak ialah kawasan pentadbiran adat... Yang Utama adalah yang empat itu lah... Sungai Ujong, Rembau, Johol & Jelebu yang diketuai oleh Undang... tapi ada satu Luak dipanggil Luak Tanah Mengandung... Luak Tanah Mengandung ini terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Inas, Ulu Muar, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol. So kalau nak tittle Yang di Pertuan Besar tu sangat... rasuah la semua orang di Negeri Sembilan.... Ada 12 suku semuanya kat Negeri Sembilan...
(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka
Orang kata Adat Pepatih ni sangat sinonim dengan perempuan = harta... Well adat Pepatih ni memang lebih pentingkan perempuan sebab perempuan mengandung dan lahirkan zuriat dan kesinambungan keturunan... sebab tu dalam Adat Pepatih, harta pusaka diberikan pada perempuan sebab harta pusaka itu memang harta pusaka belah pihak perempuan tapi pelik lak bila si suami yang sibuk-sibuk nak tuntut kononnya itu harta sepencarian.... Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat Pepatih ini
ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun
temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan
kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah
kaum wanita adat Perpatih. Reasonnya ialah walaupun miskin macam mana pun
wanita itu tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke
kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan
sebagai penyambung rezeki. Tetapi, kalau itu adalah harta sepencarian makan pembahagiannya ikut Islam iaitu ikut Faraid... Tujuan harta pusaka termasuk tanah & rumah induk diwarisi oleh perempuan sebab bukan sahaja perempuan mengandung dan melahirkan anak sekaligus membawa darah keturunan... tapi ia juga bertujuan agar kaum wanita ini terabai jika diceraikan suami... Sebab itu harta pusaka tidak boleh dijual sebenarnya...
Secara logiknya dalam sebuah kampung biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagikan dari awal keturunan hingga sekarang... Sebab tu kita selalu dengar daerah Rembau, Jelebu & Kuala Pilah ni antara pengikut kuat adat Pepatih... So kesimpulannya ada 5 prinsip utama dalam adat Pepatih ini
1. Keturunan dikira
melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan
yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota
masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan
anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu
isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan
meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya
sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan
tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki
menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka
(jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta
pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah
dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si
lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara
perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku
ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang
haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan
hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang
luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau
waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku
dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu
akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan
disertainya.